5 Kereta Polis Paling Awesome Di Setiap Negara!

Sembang

Selalunya bila kita tengok kereta-kereta polis, mesti korang akan perasan yang kereta peronda dorang mesti sama sahaja semua. Namun disebabkan zaman sekarang kereta-kereta orang awam pun dah semakin laju, kereta peronda pun kenalah upgrade betul tak?

Ada beberapa buah negara yang mengambil keputusan untuk upgrade kereta peronda dorang dan meletakkan kereta paling laju yang ada dipasaran. Hari ini aku akan share dengan korang beberapa buah kereta polis peronda lain daripada lain yang digunakan di setiap negara!

AUSTRIA

Kereta peronda yang negara Austria gunakan sememangnya kena dengan dorang sebab dorang menggunakan Porsche Carrera 911. Kereta ini sebenarnya telah dipinjamkan oleh Porsche kepada jabatan polis Austria. Kereta ini mempunyai kelajuan sehingga 299km/h.

Menurut Austria Director for Public Safety, sejak dorang menggunakan kereta peronda Porsche Carrera 911, ramai rakyat dorang yang takut untuk memandu melebihi had laju. Kalau aku orang Austria, aku pun takut nak drive laju sebab confirm akan kena pintas dengan kereta peronda dorang!

AUSTRALIA

Bagi negara Australia pula, mereka telah memilih untuk menggunakan kereta yang serba canggih dan lebih maju iaitu Tesla Model X! Pihak Tesla telah bekerjasama dengan polis Australia bagi memastikan kereta Tesla Model X ini sesuai untuk digunakan oleh mereka.

Kereta ini telah diubahsuai dan beberapa cip komputer yang digunakan untuk kereta peronda ini telah ditukar dengan cip komputer yang lebih sesuai untuk digunakan pada kereta polis peronda. Sebagai contohnya screen pada Tesla Model X ini telah disambungkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Victoria, Australia.

ITALI

Untuk negara Itali, dorang telah menggunakan kereta Lamborghini Gollardo. Selain daripada Itali, terdapat beberapa negara lain yang menggunakan kereta Lamborghini Gollardo seperti London dan juga Afrika Selatan.

Tapi di Itali, kereta ini terpaksa dipulangkan kembali disebabkan terdapat beberapa kes yang mana pihak polis telah terlanggar orang awam akibat tak biasa lagi memandu kereta yang serba mewah dan laju ini. Sebelum ini pihak polis Itali cuma menggunakan kereta ini pada masa kecemasan sahaja seperti organ transportation.

DUBAI

Bila bercakap tentang Dubai, sudah tentu negara yang kaya raya ini akan menggunakan kereta polis peronda yang lebih laju dan lebih mahal daripada negara lain. Disebabkan itu, polis disana akan meronda dengan membawa Bugatti Veyron!

Kereta Bugatti Veyron ini dikatakan bernilai USD4 juta dan kereta ini telah dinobatkan sebagai kereta polis peronda paling laju di dunia iaitu dengan kelajuan 407km/h! Satu lagi fakta menarik tentang kereta polis peronda Dubai ini adalah selalunya dipandu oleh polis wanita!

ENGLAND

Korang pernah tengok movie Batman: The Dark Knight tak? kalau korang perasan dalam movie tersebut, Bruce Wayne ada menggunakan kereta Lamborghini Murcielago. Aku rasa disebabkan itu negara England telah mengambil keputusan untuk menggunakan kereta ini sebagai kereta polis peronda dorang!

Bagi korang yang tak tahu, nama Murcielago sebenarnya berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud Bat ataupun Kelawar. Kereta ini dikatakan bernilai USD380,000 sebuah. Kereta ini juga menggunakan enjin jenis V9 dan boleh mencecah kelajuan sehingga 320km/h!

KATALAKI: Polis di Malaysia pun boleh tahan juga sebab kita menggunakan Mitsubishi Evo X!

Last modified: 22 October 2019