5 Ketua Gangster Paling Digeruni

Sembang, ZAP

Dunia gangster ni memang penuh dengan orang-orang yang digeruni. Diantara diorang pun ada lagi yang paling digeruni sehinggakan ditakuti oleh kalangan atau kumpulan gangster yang lain. Orang-orang macam ni memang menjadi sasaran pihak polis, dan ditakuti oleh orang awam. Biasanya kita kenal ketua gangster yang famous je seperti Pablo Escobar dan Al Capone, yang merupakan drug lord. Tapi ada lagi ketua gangster lain yang sama dasyat macam diorang.

1. SEMION MOGILEVICH, RUSIA

Semion Mogilevich mempunyai nama gelaran “Brainy Don” dan juga “Boss of Bosses.”  Dia juga berada dalam senarai 10 penjenayah paling dicari oleh FBI sejak 2009, dan pihak FBI akan memberi ganjaran sebanyak 100,000 USD kepada sesiapa sahaja yang memberi maklumat tetangnya bagi tujuan penangkapan. Walaupun begitu, dia yang tinggal di Moscow tidak dibenarkan untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin. Pihak Interpol juga menyenaraikan Mogivelich dalam senarai most wanted di Eropah.

Pihak berkuasa daripada pelbagai negara menuduh Mogilevich ke atas lebih kurang 40 kesalahan jenayah seperti penipuan, konspirasi, bookie, memalsukan dokumen dan juga pengubahan wang haram. Dia juga diburu di atas pertuduhan membunuh serta menjual dadah dan senjata api. Pada tahun 1999, pegawai Rusia menuduhnya menggunakan syarikat luar untuk mencuci wang sebanyak 500 juta USD melalui Bank Of New York.

Di negara asalnya pula iaitu Ukraine, dia disyaki  terlibat dalam rasuah pada tahun 2005 dengan ahli politik peringkat tertinggi untuk menimport gas ke Ukraine dari Rusia dan Asia Tengah. Walau bagaimanapun, dia kekal bebas di Rusia dan disyaki dilindungi oleh rakan-rakannya yang berpangkat tinggi.

2. SHIGEHARU SHIRAI, JEPUN

Gang Yakuza sebenarnya mengalami kemerosotan selama beberapa tahun disebabkan generasi muda yang kurang berminat dan juga wujudnya undang-undang anti-gang yang baru yang tidak menggalakkan rasuah. Keanggotaan kumpulan tersebut merosot kepada 39,000 pada tahun 2016 daripada 63,000 pada tahun 2012. Kumpulan Yakuza ‘Yamaguchi-Gumi’ yang berusia lebih 100 tahun ni pun dah berpecah kepada beberapa kumpulan. Kini gang Yakuza diketuai oleh Shigeharu Shirai yang berusia 75 tahun.

Dia dikatakan telah keluar dari Jepun dan pergi ke Thailand pada tahun 2005 sehingga lah visanya telah tamat tempoh. Dia mempunyai tatu berwarna yang pelbagai di seluruh badannya. Gambarnya yang memperlihatkan tatu di badannya menjadi tular sehingga pihak berkuasa Jepun memberitahu pegawai di Thailand bahawa Shirai merupakan suspek yang dicari dalam kumpulan pembunuhan dari tahun 2003. Polis Thailand terus membuat penangkapan terhadap Shirai, tetapi dia menafikan tuduhan kes pembunuhan itu. Didapati juga jari kelingking kirinya terputus, yang merupakan satu bentuk hukuman yang biasa dalam gang.

3. MATTEO MESSINA DENARO, ITALI

Kumpulan Mafia dan jenayah terancang moden bermula pada pertengahan abad ke-19 di Itali dan negara kepualauannya di Sicily. Kumpulan mafia masih ada di sana sehingga ke hari ini dan menjadi musuh yang hamper sukar untuk dikalahkan oleh penguatkuasa undang-undang. Maksudnya kumpulan mafia di Itali sangat dasyat sampai pihak berkuasa pun tak mampu buat apa-apa. Tetapi kedudukan mafia telah merosot sejak pembunuhan dua hakim yang melawan mafia, iaitu Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino. Mereka mati dalam serangan pengeboman secara berasingan pada tahun 1992. Sejak dari itu, dengan kemarahan masyarakat Itali, undang-undang reformasi anti-mafia diluluskan dan mendorong banyak serangan dari pihak polis serta tentera dan berjaya melakukan ratusan tangkapan.

Kini, ketua gangster terbesar di Itali yang telah bersembunyi lama ialah Matteo Messina Denaro. Dia merupakan seorang kingpin yang berusia 57 tahun dan menjadi seorang penjahat yang paling dikehendaki sejak dia menghilangkan diri pada tahun 1993. Denaro merupakan suspek dalam perpuluh-puluh kes pembunuhan. Dia dikatakan pandai melarikan dan menyembunyikan diri dari dikesan dan ditangkap.

4. NEMESIO OSEGUARA-CERVANTES, MEXICO

Selama lebih dari belasan tahun, kartel narkoba yang berperang untuk mengawal market bernilai jutaan dollar hasil dari perdagangan dadah dan manusia, pemerasan, penculikan, pencurian mintak dan perlombongan haram telah membuatkan Mexico menjadi negara yang huru-hara. Sejak tahun 2006, lebih 200,000 orang telah dibunuh atau dilaporkan hilang. Usaha untuk membanteras kartel selalu gagal sebab kumpulan penjenayah ini sentiasa berjaya menyesuaikan diri. Selain itu, rasuah turut berleluasa dalam kerajaan itu sendiri.

Pihak berkuasa Mexico telah mengisytiharkan kartel Jalisco New Generation sebagai sindiket jenayah yang paling kuat. Kartel ini diketuai oleh Nemesio Oseguara-Cervantes, yang juga dikenali sebagai ‘El Mencho.’ Dia pernah disabitkan dengan konspirasi untuk menyebarkan heroin di California pada tahun 1994, dan dibebaskan tiga tahun kemudian untuk kembali ke Mexico. El Mencho kini merupakan antara pengedar daah antarabangsa yang paling dicari di peringkat antarabangsa.

5. MATTHEW MADONNA, USA

Hari ini, walaupun dah semakin ramai penjenayah moden, kejahatan mereka masih tidak boleh ditandingi dengan penjenayah lagenda seperti Al Capone, Charles Luciano, Costello, dan lain-lain yang kebanyakkannya lahir pada akhir abad ke-19. Dalam dunia digital ini juga, semakin sukar untuk mengekalkan kehidupan berprofil rendah. Kumpulan penjenayah di Amerika Syarikat, iaitu La Cosa Nostra diketuai oleh seorang lelaki tua bernama Matthew Madonna yang kini berusia 83 tahun. Dia digambarkan oleh pihak polis sebagai ‘bos jalanan’ dan terlibat dalam jenayah seperti pemerasan, pembunuhan, pemerdagangan dadah, rompakan, perjudian haram dan pengubahan wang haram.

Madonna juga pernah didakwa bersengkokol untuk membunuh Michael Meldish, seorang lelaki berusia 62 tahun yang ditembak mati di kepalanya pada tahun 2013. Lelaki yang dibunuh itu merupakan bekas anggota kumpulan Purple Gang di New york. Kalau dalam KL Gangster ni ibarat jerung besar bunuh anak jerung.

KATALAKI: Di Malaysia gang-gang kongsi gelap yang paling digeruni…

Last modified: 24 June 2020