5 Kisah Angker Thailand Paling Seram!

Sembang

Kembali lagi kita dalam kisah-kisah seram yang popular di setiap negara. Hari itu aku ada tulis tentang urban legends yang seram dekat Jepun so minggu ini aku ingat nak tulis tentang kisah-kisah seram yang popular dekat negara jiran kita iaitu Thailand!

Kalau korang tengok moviemovie horror Thailand dulu, memang boleh dikatakan dorang ini memang pandai buat horror story. Yang paling seram aku tengok adalah movie Nang Nak. Aku ingatkan itu dah paling seram dah tapi rupanya banyak lagi urban legends dorang yang lagi seram bro!

KRASUE

via GIPHY

Krasue dikatakan semasa dia masih hidup merupakan seorang wanita yang sangat cantik. Nak dijadikan cerita dia telah dibakar hidup-hidup tapi tiada orang yang tahu kenapa dia dbakar. Disebabkan roh dia tidak tenteram, Dia telah menjelma menjadi Krasue. Krasue ini dia lebih kurang macam hantu penanggal dekat Malaysia. Pada waktu pagi dia dilihat seperti manusia biasa tapi pada waktu malam kepala dan isi perut dia akan tertanggal dari badan dia.

Dia kemudiaannya akan mencari wanita hamil dan bayi yang baru lahir untuk dia makan. Kalau dia tak jumpa, dia akan makan binatang yang dia nampak dan akan lap mulut dia yang penuh darah dekat pakaian yang masih disidai di luar rumah. Sebab itu orang Thailand tak akan biarkan kain baju dorang tersidai dekat luar bila waktu malam.

PHI AM

Pernah tak korang tengah tidur lepas itu korang rasa sesak nafas. Rasa macam ada ada benda yang tengah himpit dada korang sampai korang rasa susah betul nak bernafas. Ada kemungkinan besar Phi Am tengah himpit badan korang tidur!

Phi Am dikatakan akan duduk diatas dada orang yang sedang tidur terutamanya orang lelaki yang mana akan membuatkan orang yang sedang tidur itu sesak nafas. So petua untuk tak nak bagi Phi Am ini datang bila korang tengah tidur adalah pakai lipstick masa korang tidur sebab Phi Am tak akan attack perempuan. Patutlah dekat Thailand banyak lelaki jadi perempuan, dorang takut dengan Phi Am rupanya hahahaha!

NANG TANI

Aku rasa hantu macam ini pun ada dekat Malaysia tapi dorang panggil hantu pokok pisang. NaTani dikatakan akan menyerupai seorang wanita yang sangat cantik dengan rambut yang panjang. Dia dikatakan telah disumpah dan roh dia telah terperangkap dalam pokok pisang.

Dia akan menggoda pemuda-pemuda lelaki dan andaikata korang tangkap cintan dengan dia, habislah korang sebab Nang Tani tak suka bila korang bercakap or bergaul dengan perempuan lain. Andai kata korang kantoi, Dia akan datang masa korang tengah tidur dan patahkan leher korang. Ingatkan bila awek normal jeles dah cukup seram dah.

PRET

Yang ini pun lebih kurang macam hantu Malaysia juga. Alah yang selalu orang panggil hantu galah tu. Pret dikatakan sangat tinggi, sama tinggi dengan pokok kelapa. Semasa dorang masih hidup, Pret adalah seorang manusia yang sangat tamak dan tidak tahu bersyukur.

Pret juga mempunyai mulut yang sangat kecik kerana selalu melawan cakap orang tua dia. Pret akan merayu-merayu meminta maaf dan dorang juga ada perayaan dorang sendiri yang disambut setiap tahun pada malam bulan mengambang bulan ketujuh.

MAE NAK

via GIPHY

Hah cerita yang ini mesti korang pernah dengarkan. Movie yang di adaptasi daripada cerita dia pun dah banyak kali keluar. Kisah tentang seorang wanita yang telah mati semasa mengandung dan seorang suami yang terlalu sayangkan isteri dia.

Semasa masih hidup, Nak sangat merindui suami dia yang mana suaminya telah panggil untuk berperang. Setia menunggu suami dan anak yang bakal lahir, Nak dan anaknya telah mati semasa sedang bersalin. Bila suami dia balik dari berperang dia tak tahu yang isteri dan anak dia dah mati sebab roh Nak setia menunggu dia di rumah. Semua orang kampung bagi tahu yang Nak dah mati tapi suami dia tak percaya sampailah satu hari dia nampak tangan isteri dia boleh memanjang. Beberapa orang sami telah menangkap hantu Mae Nak yang mana roh dia dikurung dalam satu gelang tangan. Ada yang menyatakan gelang tangan ini disimpan oleh keturunan raja-raja Thailand.

KATALAKI: Korang dah baca belum pasal kisah seram dekat jepun? Kalau belum pegi baca dekat SINI!

Last modified: 20 March 2019