5 Koleksi Kereta Mainan Paling Mahal Di Dunia!

Sembang

Korang ingat lagi tak article yang kitorang pernah keluarkan tentang kenapa lelaki dewasa suka kumpul mainan? Kalau korang tak pernah baca lagi, korang boleh klik dekat SINI. Masa aku baca balik article ini, aku terfikir, hobi kumpul mainan ini bukanlah satu hobi yang murah. Lagi-lagi kalau korang sememangnya pengumpul yang tegar sebab aku ada ternampak yang kereta Hot Wheel contohnya boleh mencecah sehingga berpuluh ribu USD!

Kalau korang baru terfikir nak jadi pengumpul kereta Hot Wheel, hari ini aku nak share dengan korang beberapa kereta Hot Wheel yang paling mahal di dunia!

CUSTOM VOLKSWAGEN WITHOUT SUNROOF

Kereta ini pada awalnya telah dihasilkan di Hong Kong namun hanya dijual di Eropah sahaja. Kebanyakan kereta ini hanya dijual di United Kingdom dan juga di Jerman sahaja. Terdapat dua versi yang berbeza untuk kereta ini. Satu lagi versi merupakan versi yang dihasilkan semula untuk pasaran Amerika Syarikat.

Versi ini unik berbanding versi yang lain kerana ia tidak mempunyai sunroof dan juga menampilkan front engine. Ia juga didatangkan dengan tinted blue glass pada bahagian hadapan, suspension yang lebih detail dan juga steering wheel yang berwarna hitam. Satu kereta 1968 Custome Volkswagen Without Sunroof ini dikatakan bernilai USD1,500!

WHITE ENAMEL CAMARO

Ramai pengumpul-pengumpul Hot Wheel yang bersetuju yang White Enamel Camaro tahun 1968 ini merupakan kereta Hot Wheel yang pertama telah dijual oleh Mattel. Terdapat 16 versi yang dikeluarkan untuk kereta Hot Wheel Enamel Camaro ini namun hanya 35 buah sahaja yang dikeluarkan dalam warna putih.

Satu lagi yang membuatkan kereta White Enamel Camaro 1968 ini sangat rare adalah kerana kereta ini hanyalah sebuah prototype sahaja. Biasanya kilang akan mewarnakan prototype kereta Hot Wheel warna putih ataupun hitam bagi memudahkan mereka untuk memeriksa sebarang masalah pada kereta ini sebelum mereka warnakan pada warna lain dan jualnya pada pasaran. Kereta ini dikatakan bernilai USD2,500 sehingga USD4,000 sebuah.

“CHEETAH” BASE PYTHON

Terdapat kisah yang menarik untuk kereta Hot WheelCheetahBase Python tahun 1968 ini disebabkan sepatutnya kereta ini tidak boleh dijual dipasaran. Kereta ini telah dihasilkan di Hong Kong dan mempunyai masalah dari segi Patent. Sebelum mengeluarkan kereta ini, pihak Mattel tidak melakukan research terlebih dahulu dan akhirnya terdapat conflict semasa mereka mula-mula menjual kereta Hot Wheel ini dipasaran.

Disebabkan itu, hanya beberapa buah sahaja yang berjaya dijual sebelum mereka memberhentikan penjualan dan menukar kembali nama kereta Hot Wheel ini. Jika korang jumpa kereta ini yang berwarna merah dan terdapat perkataan Cheetah pada bahagian bawah kereta ini, korang mungkin boleh menjualnya kembali pada harga sehingga USD10,000! Setakat hari ini, hanya lapan buah “CheetahBase Python tahun 1968 sahaja yang berjaya dijumpai.

RED BARON WITH WHITE INTERIOR

Kereta Hot Wheel Red Baron with White Interior ini cuma dikeluarkan sebanyak sepuluh buah sahaja dan ini membuatkan kereta sangat-sangatlah rare dan menjadi idaman pengumpul-pengumpul kereta Hot Wheel. Kereta ini mempunyai design Iron Cross dan juga mempunyai topi WW1 German Infantry pada bahagian atasnya.

Kereta ini dikatakan mengambil inspirasi daripada Manfred von Richthofen, seorang German World War 1 fighter pilot. Ia juga dikatakan mengambil inspirasi daripada watak villain dalam animasi Snoopy. Kalau korang menjumpai kereta ini ataupun korang ada kereta ini dalam koleksi korang, korang memang bertuah sebab kereta Red Baron with White Interior tahun 1970 ini dikatakan bernilai sehingga USD3,000 sebuah!

PINK REAR-LOADING VOLKSWAGEN BEACH BOMB

Kalau korang nak tahu, Hot Wheel Pink Rear-Loading Volkswagen Beach Bomb tahun 1969 ini boleh dikatakan merupakan kereta Hot Wheel yang paling mahal dan kini ia dimiliki oleh pengumpul kereta Hot Wheel paling terkenal iaitu Bruce Pascal.

Prototype untuk kereta ini telah dihasilkan pada tahun 1969 dan terdapat dua buah surfboard yang diisikan pada belakang kereta ini. Namun ketika mereka mengeluarkannya untuk kali kedua, surfboard ini telah dipindahkan pada bahagian tepi. Sebab utama kenapa kereta versi ini tidak dijual dipasaran adalah kerana ia dikatakan tidak muat untuk diletakkan dalam Hot Wheel track. Namun Bruce tidak kisah tentang masalah tersebut dan terus membeli Hot Wheel ini pada harga USD72,000!

KATALAKI: Dulu aku beli yang harga RM10.00 je hahaha!

Last modified: 4 December 2019