5 Komik Paling Mahal Di Dunia!

Sembang

Walaupun sekarang ini industri komik boleh dikatakan agak kurang berbanding pada zaman dahulu, namun masih ada lagi pembaca dan pengumpul komik-komik daripada seluruh dunia. Dan yang menariknya, ada diantara mereka yang merupakan pengumpul komik-komik yang rare. Dan untuk pengetahuan korang, komik-komik yang rare ini boleh mencecah harga sehingga USD3 juta! Jadi hari ini aku nak share dengan korang lima komik yang paling mahal di dunia!

INCREDIBLE HULK #1

Komik yang dihasilkan oleh Stan Lee dan Jack Kirby pada tahun 1962 ini merupakan komik pertama yang memperkenalkan watak Hulk kepada semua peminat-peminat komik. Setiap komik-komik yang rare ini mempunyai grade dia tersendiri. Grade ini dinilai kepada berapa elok kondisi komik tersebut. Lebih tinggi grade komik itu, lebih mahallah harga dia. Untuk komik Incredible Hulk ini, ia mempunyai grade 9.2 dan ianya telah dijual pada harga USD320,000 pada tahun 2014!

TALES OF SUSPENSE #39

Dalam komik Tales of Suspense isu 39 ini, ia merupakan isu dimana Iron Man pertama sekali diperkenalkan. Komik yang dikeluarkan pada tahun 1963 pada mulanya tidaklah popular sangat berbanding komik-komik lain namun selepas sahaja movie pertama Iron Man dikeluarkan, pengumpul-pengumpul komik rare mula mencari komik ini dan pada tahun 2012, ianya telah dijual pada harga USD375,000.

AMAZING FANTASY #15

Dijual pada harga USD447,000, komik Amazing Fantasy isu 15 ini merupakan komik pertama yang memperkenalkan watak SpiderMan yang masih remaja. Komik yang dikeluarkan pada tahun 1962 telah mula dicari oleh pengumpul-pengumpul komik rare dan mereka sanggup membayar sehingga setengah juta USD!

BATMAN #1

Walaupun komik Batman isu 1 ini bukanlah komik pertama yang menampilkan watak Batman namun ia merupakan komik pertama yang menggunakan nama Batman sebagai tajuk. Kalau nak di ikutkan, komik pertama yang memperkenalkan watak Batman adalah komik Detective Comic isu 1. Walaupun begitu, komik Batman isu 1 ini telah berjaya dijual pada harga USD534,000.

ACTION COMIC #1

Dan komik yang paling mahal sekali sudah tentunya adalah komik Action Comic isu pertama yang dikeluarkan pada tahun 1938. Tengok daripada muka hadapan komik ini pun korang dan boleh tahu kenapa ia merupakan komik yang paling mahal di dunia. Komik ini merupakan komik pertama yang memperkenalkan watak Superman kepada seluruh dunia. Action Comic isu 1 ini telah dijual pada harga USD3.2 juta

 

KATALAKI: Rugi aku tak jadi pengumpul komik kalau tak mesti dah boleh jual balik komik-komik yang rare!

Last modified: 14 October 2019