Mantapkan Security Media Social Korang!

Gadget, Tech

Macam yang korang tahu, zaman sekarang adalah zaman internet. Semuanya ada dihujung jari. Semua orang mesti ada satu social media akaun tak kiralah Facebook, Instagram, Twitter or apa saja media social yang ada dekat Malaysia sekarang ni.

Tak dilupakan e-banking pun boleh dikatakan semua rakyat Malaysia dah tahu guna. Baru-baru ini kecoh pasal cerita duit hilang daripda bank, akaun social media kena hack dan sebagainya. So hari ni aku nak kongsikan dengan korang 5 cara untuk mantapkan lagi akaun social korang dari kene hack.

KATA LALUAN YANG UNIK

First sekali dah tentulah korang kena mantapkan lagi korang punya password. Elakkan daripada menggunakan password yang senang orang dapat agak. Walaupun dah nak masuk 2019, ada lagi orang yang guna password yang senang orang nak teka macam “Password123”!

Lagi satu adalah elakan daripada menggunakan password yang sama untuk semua social media punya akaun. Ini dah lah password guna “Password123” lepas tu semua akaun macam Facebook, Instagram & Twitter semua guna akaun yang sama. Kalau kena hack semua akaun habis kena!

BERHATI-HATI BUKAK EMAIL!

Ada kes akaun kena hack berlaku bila pengguna membuka email yang agak meragukan yang dihantar kepada dorang. Teknik yang dipanggil sebagai Phishing ini telah digunakan sejak dari dulu lagi untuk menggodam segala maklumat sulit yang terdapat pada peranti korang.

So bila dapat emailemail yang meragukan yang selalunya dorang sertakan link dalam email tu, janganlah korang gatal-gatal tangan pergi klik pulak link tu. Dapat je email yang meragukan terus delete tak payah layan!

JANGAN TERLALU PERSONAL

Selain password yang senang hacker nak teka macam “password123” yang aku sebut tadi, korang juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan password yang terlalu personal dengan diri korang.

Elakkan menggunakan password yang ada tarikh lahir korang, nama penuh, dan benda yang korang minat contohnya macam “adam69”, “muhammadijal” ataupun “mirza125z”. Pilih password yang orang tak tahu tentang diri korang.

GUNAKAN SEGALA JENIS LOCK DI PERANTI

Sekarang ni dekat smartphone contohnya ada bermacam jenis lock. Bukan just sekadar letak lock yang simple macam swipe up tu saja. Gunakan segala jenis lock yang korang boleh gunakan dekat peranti korang macam FaceUnlock, FingerScanner dan Pin Code.

Sebab dekat smartphone korang sekarang ni bermacam jenis akaun yang ada, termasuklah segala maklumat peribadi yang boleh digunakan untuk peras ugut. So selain dari pastikan peranti korang sentiasa ada dengan korang, make sure juga korang gunakan segala lock yang aku sebut tadi.

GUNAKAN BLOCK BUTTON

Bila korang terima email or message dari akaun-akaun yang mencurigakan, jangan hanya delete je email dan message tu. Make sure juga korang block akaun orang yang hantar tu supaya dorang tak boleh hantar apa-apa lagi kepada akaun korang.

Yelah sebab kadang-kadang kita tak perasan. Ada satu masa kita tertekan juga link benda yang bukan-bukan ni. So untuk elakkan dapat lagi email dan message yang merepek-merepek korang kenalah block juga akaun-akaun durjana ni!

Sekarang ni zaman memang dah serba canggih, tapi korang kena ingat juga bila zaman dah canggih, genggeng hacker ni jugak akan bertambah canggih. Protect akaun media social korang. Jangan nanti dah kena hack barulah meroyan!

KATALAKI: Nak lebih bagus jangan kongsi password korang dengan sesiapa pun. Even dengan awek sekali pun hehe

Last modified: 21 December 2018