5 Letupan Paling Dahsyat Sejarah Dunia

Sembang, ZAP, ZeKool

Explosions atau letupan yang terjadi di dunia ini sama ada ianya sesuatu yang berlaku secara semula jadi atau letupan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Ianya tetap meninggalkan kesan sampingan yang mengejutkan serta kemusnahan yang diingati sepanjang zaman.

Dalam sejarah di dunia, terdapat beberapa letupan ataupun explosions yang pernah tercetus yang mengemparkan dunia dan telah pun memusnahkan kawasan-kawasan persekitaran. Sejarah letupan yang pernah direkodkan ini juga adalah dari seawal tahun 1917 dan termasuk juga sejarah letupan yang pernah terjadi di dunia serta yang pernah berlaku di angkasa lepas. Jom kita baca senarai di bawah!

LETUPAN TUNGUSKA

Dalam banyak-banyak kes sejarah letupan. Apa yang terjadi di Sungai Podkamennaya Tunguska Rusia boleh dikatakan sebagai letupan yang misteri kerana letupan misteri ini telah meratakan kurang lebih 500,000 ekar hutan Siberia, iaitu kawasan yang hampir sama besar dengan bandar Tokyo.

Menurut pakar dan ahli sains, mereka semua berpendapat bahawa kejadian letupan yang berlaku pada tahun 1908 ini adalah daripada impak asteroid atau komet berdiameter 65 kaki (20 meter) dan berjisim 185,000 tan metrik iaitu boleh dikatakan tujuh kali besar kapal laut Titanic. Letupan ini juga boleh dikatakan lebih kuat dan ianya sekuat empat megatons dinamit TMT.

TEXAS CITY

Kisah tragedi letupan yang berlaku pada tahun 1947 ini tercetus apabila kebakaran yang terjadi pada kapal kargo SS Grandcamp yang berlabuh di Texas City. Kebakaran yang melanda kapal tersebut meletupkan sebanyak 2,300 tan bahan ammonium nitrat yang merupakan bahan sebatian yang digunakan dalam baja serta bahan letupan tinggi.

Disebabkan tragedi kebakaran tersebut, impak daripada letupan tersebut meledakkan dua pesawat dari langit dan mencetuskan chain reaction yang turut meletupkan kilang-kilang yang berhampir dan juga kapal kargo yang berada disekitar kawasan kebakaran yang juga menyimpan kira-kira 1,000 tan lagi bahan ammonium nitrat yang lain.

Bencana Texas City ini mengorbankan lebih 600 orang dan seramai kira-kira 3,500 orang yang tercedera. Kemalangan yang berlaku ini dianggap sebagai kemalangan industri paling teruk direkodkan dalam sejarah Amerika Syarikat.

CHERNOBYL

Dalam sejarah kes kemalangan letupan, tentunya tragedi Chernobyl harus diambil kira. Kisah letupan yang berlaku pada tahun 1986 ini disebabkan berlakunya letupan daripada reaktor nuklear yang ditempatkan di Chernodyl, Ukraine, yang pada ketika itu merupakan sebagai daripda Soviet-Union. Ianya adalah kejadian letupan yang paling teruk pernah terjadi sejarah dunia.

Hasil letupan yang berlaku akibat daripada bahan letupan nuklear sebanyak 2,000 tan. Ianya juga telah menghasilkan kimia radioactive kira-kira 400 kali lebih banyak daripada bom Hiroshima dengan mencemarkan 77,000 batu persegi di Eropah. Sebanyak 600,000 orang awam terdedah dengan penceraman radiasi dosis tinggi dan dilaporan sebanyak 350,000 orang terpaksa dipindahkan dari kawasan yang tercemar. Kalau nak tahu lagi tentang sejarah bagaimana impak Chernobyl ni, korang boleh baca kat SINI.

LETUPAN GUNUNG TAMBORA

Letupan semula jadi yang berlaku pada tahun 1815 ini terjadi di gunung Tambora Indonesia. Menurut sejarah, letupan yang terjadi ini direkodkan kira-kira 1,000 megatons TNT, dan ianya adalah antara letusan gunung berapi terbesar dalam sejarah. Ianya juga telah meragut seramai 71,000 ribu nyawa di kepulauan Sumbawa dan juga berdekatan dengan Lombok.

LETUPAN HALIFAX

Pada 1917, sebuah kapal kargo milik negara Perancis yang membawa muatan bahan letupan yang digunakan untuk tujuan World War I secara tidak sengaja bertembung dengan kapal milik negara Belgium di pelabuhan Halifax yang bertempat di Kanada. Akibat kemalangan dua kapal kargo tersebut telah mencetuskan letupan yang lebih kuat daripada letupan buatan manusia, ianya setara dengan hasil letupan kira-kira 3 kiloton bahan letupan TNT.

Sejauh kira-kira 2km menyelubingi kawasan letupan dengan kemusnahan yang meragut sekitar 2,000 orang awam dan 9,000 yang tercedera. Letupan Halifax ini dikira sebagai antara letupan artifisial terbesar di dunia.

KATALAKI: Benda-benda melibatkan bahan letupan ni tak boleh buat main-main geng!

Last modified: 6 August 2020