Senarai Litar Lumba Paling Maut Di Dunia

Motorsports, Sembang

Dalam perlumbaan kejuaraan dunia motosikal dan kereta seperti MotoGP, F1, WSBK, Nascar dan macam-macam lagi, peraturan dan tahap keselamatan pasti dikawal rapi oleh pihak penganjur untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

Tapi selalunya orang kata malang tidak berbau dan kalau nak jadi, pasti kita tak dapat elakan..

Untuk bergemar sukan permotoran, ini antara litar bahaya yang korang patut tahu. Kami sediakan Top 5 Litar Paling Maut Di Dunia. Jangan tutup mata!

5. Le Mans

Sumber Gambar: www.redbull.com

Sumber Gambar : 24h-lemans.com

Terletak di France, litar lumba ini dikenali dengan perlumbaan 24 Hours of Le Mans. Pada tahun 1955, Le Mans dibanjiri darah apabila satu kemalangan mengorbankan pelumba Pierre Levegh dan anggaran 80 hingga 100 orang penonton turut terkorban disebabkan serpihan kereta yang tercampak ke arah penonton.

Pelumba Terkorban Semasa Perlumbaan = 27

4. Daytona International Speedway

Sumber Gambar: www.usatoday.com / glenn smith, ap

Sumber Gambar : www.orlandosentinel.com

Popular dengan perlumbaan NASCAR, litar ini terletak di Amerika Syarikat. Litar ini telah mengorbankan 28 nyawa pelumba termasuk Dale Earnhardt yang terkorban selepas merempuh dinding litar dengan anggaran kelajuan pada 257 km/h.

Pelumba Terkorban Semasa Perlumbaan = 28

3. Indianapolis Motor Speedway

Sumber Gambar: www.indianapolismotorspeedway.com

Sumber Gambar: www.racingnews.co

Litar lumba yang pernah meragut 42 nyawa pelumba kereta dan seorang pelumba motosikal berusia 13 tahun, Peter Lenz pada tahun 2010.

Pelumba Terkorban Semasa Perlumbaan = 43

2. Autodromo Nazionale Monza

Sumber Gambar: www.blogbaladi.com

Sumber Gambar: www.rte.ie

Litar lumba di Itali ini telah pun mengorbankan 52 pelumba dan 35 penonton semenjak 1922. Formula One masih guna litar ini untuk perlumbaan rasmi tapi MotoGP tak guna dah atas sebab keselamatan.

Pelumba Terkorban Semasa Perlumbaan = 52

1. Nürburgring

Sumber Gambar: www.autonationdrive.com

Sumber Gambar: www.thefastlane.co.uk

Dibuka setiap hari kepada akses orang ramai yang mempunyai kereta dan motosikal untuk uji kepantasan dan skil masing – masing kecuali pada hari perlumbaan rasmi. Terletak di Jerman. Semakin ramai yang cuba untuk menawan litar maut ni, termasuklah pengeluar kereta-kereta berjenama, semakin tinggi angka kemalangan dicatatkan. Dianggarkan 3-12 kematian dicatatkan dalam setahun ketika sesi terbuka untuk orang ramai.

Pelumba Terkorban Semasa Perlumbaan = 57

KATALAKI: Walaupun dalam litar perlumbaan aspek keselamatan dan undang-undang sangat ketat untuk elakkan nyawa terkorban, tapi masih lagi berlaku kemalangan yang tragis. So, korang yang memandu di jalan raya tu jangan memandu secara melulu atau berlumba ok? Paling penting, bagi signal kalau nak belok atau tukar lorong!

Last modified: 24 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *