5 Destinasi Untuk Lari Daripada Stres Bekerja

Collab, Sembang

ϟ Trending

Memandangkan tinggal beberapa bulan je lagi kita nak masuk ke tahun 2020, takkan korang nak biarkan baki annual leave korang tu macam tu je, betul? Dari Isnin hingga Jumaat, setiap minggu korang perah kepala otak untuk bekerja, mungkin dah tiba masanya untuk korang lari jap daripada stres bekerja tu.

Korang jangan tak tahu, sekarang ni korang boleh pergi travel dengan harga yang paling murah. Tapi sebelum kami kongsikan macam mana cara paling jimat untuk korang bercuti, dan ini 5 destinasi terbaik untuk korang lari daripada stres bekerja.

BARCELONA

Siapa je yang tak teringin untuk pergi ke Barcelona? Barcelona merupakan bandar paling besar dan canggih di Catalonia. Walaupun dilengkapi dengan kemudahan yang canggih untuk pengunjung dari luar negara, Barcelona masih mengekalkan elemen sejarah-sejarah lama yang dapat dilihat pada bangunan-bangunan bersejarah dan makanan tradisi dorang.

Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh Barcelona ialah sistem kemudahan pengangkutan awam yang mudah dan tak pening kepala. Kemudahan awam tersebut termasuk lah bas, teksi, basikal, tram, train dan macam-macam lagi lah. Takkan ada masalah untuk korang bersiar-siar kat sekitar Barcelona dan boleh gak singgah stadium pasukan bola sepak teragung kat sana iaitu FC Barcelona. Silap-silap boleh jumpa Luis Suarez dan Lionel Messi tengah lepak minum kopi.

MOSCOW

Kalau korang nak bercuti di tempat yang sejuk dan berkemungkinan juga untuk merasa bercuti di tempat yang bersalji, Moscow lah jawapannya. Tempat pertama yang wajib korang tuju selepas jejakkan kaki di Moscow ialah Kremlin. Kremlin betul-betul terletak di tengah bandar Moscow dan merupakan tempat paling berkuasa di Rusia. Di Kremlin lah terletaknya kediaman rasmi presiden Rusia, Vladimir Putin.

Image Via : bigseventravel.com

Mungkin agak susah untuk korang berinteraksi dengan orang yang tinggal di Moscow memandangkan dorang tak berapa fasih berbahasa Inggeris. Korang boleh download siap-siap aplikasi alih bahasa yang terkenal kat Moscow iaitu “Yandex Translate” untuk memudahkan lagi aktiviti percutian korang kat sana nanti.

AMSTERDAM

Image Via : headout.com

Destinasi impian untuk korang yang sangat memerlukan ketenangan. Amsterdam merupakan bandar yang paling ramai penduduk di Belanda. Tempat yang korang wajib singgah bila dah sampai kat Amsterdam ialah muzium Van Gogh. Kat muzium Van Gogh ni korang boleh tengok sendiri depan mata hasil-hasil seni yang pernah dihasilkan oleh pelukis terkenal di dunia, Vincent Van Gogh. Kat mana lagi tempat terbaik untuk tengok karya Vincent Van Gogh kalau bukan di negara kelahiran Vincent Van Gogh sendiri, betul?

Tip penting untuk korang yang nak bercuti di Amsterdam, pastikan korang tahu untuk bezakan mana satu cafe dan coffee shop. Peringatan penting gak untuk korang, kalau jalan-jalan kat Red Light District di Amsterdam, jangan suka-suka nak tangkap gambar okeh!

COPENHAGEN

Image Via : nomadicmatt.com

Copenhagen terletak di negara paling gembira di dunia iaitu Denmark. Kenapa Denmark merupakan negara paling gembira di dunia? Antara sebab-sebabnya ialah rakyat Denmark menerima kemudahan perubatan dan pendidikan secara percuma.

Image Via : escapism.to

Tempat yang paling patut korang pergi di Copenhagen dah tentu sekali Tivoli Gardens yang merupakan taman tema permainan nombor satu di Denmark dan taman tema permainan kedua tertua di dunia. Nak menuju ke Tivoli Gardens dari bandar Copenhagen pun senang, gunakan Copenhagen Trail Station, jalan kaki 2 minit terus sampai di Tivoli Gardens. Pastikan korang sentiasa awasi apa yang korang buat di Copenhagen sebab undang-undang di Copenhagen sangat ketat. Kalau nak melintas jalan pun kena ikut laluan yang sepatutnya untuk elak disaman oleh pihak berkuasa.

MUNICH

Munich merupakan bandar di Jerman yang penuh dengan sejarah, teknologi, budaya, seni dan macam-macam lagi. Banyak benda yang korang boleh belajar sambil bercuti kalau berada di Munich. Syarikat dan jenama terkenal di dunia iaitu Allianz, BMW, Siemens dan pasukan bola sepak FC Bayern Munich semuanya berpusat di Munich.

Image Via : sxdrv.com

Selain daripada korang boleh beli barangan berjenama dan berkualti dengan harga yang lebih murah, korang boleh gak singgah kat muzium BMW dan posing gambar ootd dengan infrastruktur yang lain daripada yang lain di Munich.

Image Via : floornature.com

Tip penting, penduduk di Munich kebanyakkannya menggunakan basikal sebagai kenderaan ke tempat kerja dan sebagainya. Pastikan korang tak menghalang laluan basikal yang diutamakan untuk pengguna basikal. Silap-silap korang yang akan kena saman walaupun korang yang dilanggar oleh basikal.

PULAU MATAKING, SABAH

Kalau nak korang betul-betul nak lari daripada kehidupan di kota konkrit ni tapi nak bercuti dalam negara. Korang boleh juga try bercuti di Pulau Mataking. Terletak di daerah Semporna, Sabah dan hanya kira-kira 45 minit dari Pulau Sipadan, Pulau Mataking ni memang destinasi yang ideal untuk pasangan yang nak berbulan madu. Kalau yang nak cari ketenangan disini, boleh try aktiviti seperti snorkeling, kayak, tak lupa spa dan jungle trekking yang menarik.

Antara speciality di Pulau Mataking adalah pantainya yang berpasir putih dan halus serta air yang jernih crystal clear kebiruan dan seperti kebanyakkan pulau yang terdapat di Sabah, Pulau Mataking ni juga adalah lokasi yang terbaik untuk mereka yang ingin menyelam dan bermesra dengan kehidupan laut dan coral-coral yang terdapat di laut dalam juga memang cantik. Kalau korang bertuah, korang boleh terjumpa juga ikan paus jerung, ikan tuna, pari, baraccuda.

Keunikan ekosistem Pulau Mataking juga menempatkan habitat natural bagi jenis burung dan rama-rama, jika korang ke sini pada bulan Mei sehingga Ogos, ada peluang yang besar untuk saksikan penyu spesies Green Turtles dan Hawksbill datang bertelur di Pulau Mataking.

Cara Paling Senang Dan Jimat Untuk Travel

Image Via : traveloka.com

Sempena dengan kempen Sale-Abration yang dijalankan oleh Traveloka dari hari ni sehingga 27 September 2019, masa ni la untuk kita ambil kesempatan untuk book siap-siap lokasi percutian mana yang kita nak. Ini kami ajar dan tunjukkan kat korang cara satu per satu untuk korang dapatkan harga terbaik dan termurah termasuk tiket penerbangan, hotel dan aktiviti kat sana nanti. Ayuh!

Image Via : traveloka.com

Contohnya, Barcelona ialah destinasi percutian yang dipilih menerusi aplikasi Traveloka di smartphone atau boleh dibuka di website Traveloka klik KAT SINI.

Image Via : traveloka.com

Langkah seterusnya, pilih tempat untuk korang stay selepas mendarat di Barcelona nanti.

Image Via : traveloka.com

Ini antara harga yang ditawarkan oleh Traveloka untuk tarikh dan tempoh yang dipilih.

Image Via : traveloka.com

Dah settle pasal flight dengan hotel, jangan lupa korang boleh gunakan aplikasi Traveloka untuk cari dan cuba aktiviti yang ada di tempat percutian korang tu. So dah siap plan destinasi percutian tu, korang boleh download dan check terus aplikasi Traveloka untuk harga yang berpatutan, atau boleh juga layari www.traveloka.com.

Image Via : traveloka.com

KATALAKI: Kalau nak lari daripada stress realiti dan pekerjaan, korang tak payah pening-pening dah sebab semuanya di hujung jari. Buka je website Traveloka untuk dapatkan promosi-promosi travel paling murah ke destinasi yang korang inginkan. Selamat bercuti!

ϟ Trending

Last modified: 24 September 2019