5 Majalah Yang Buat Korang Rindu

Sembang

Bila dah masuk tahun baru, tentunya perkara yang paling ketara sekali adalah apabila geng-geng yang lahir pada zaman 90an dapat merasakan berubahan pada zaman yang kita hidup sekarang ni. Yela, dengan wujudnya pelbagai jenis platform social media yang ada pada zaman sekarang ni seperti Youtube, Facebook, Instagram, Twitter, Tik-Tok(eh macam-macam lagilah) dan jugak dengan adanya kemudahan yang boleh kita lakukan almost apa saja dengan adanya smartphone.

Tapi perkara yang paling ketara buat mereka yang lahir pada era 90an, semestinya adalah kewujudan majalah yang semestinya sesuatu yang diperlukan sebelum adanya Internet dan social media.

Ingat lagi tak zaman bila kita selalu pergi kedai majalah, lepak dan usha majalah apa yang nak beli bulan ni. Macam-macam jenis majalah yang kita boleh dapatkan. Ada majalah local, mahupun yang international. Pada era 90an dan awal 2000, siapa tak baca magazine confirm akan ketinggalan zaman.   

Thelaki nak mengimbau kembali 5 majalah yang pernah menjadi antara bahan bacaan wajib kita semua. Jom usha!

1. Ujang

Siapa tak kenal majalah Ujang, memang confirm korang lahir lepas era 90an. Dengan tagline “Majalah Lawak Antarabangsa” , majalah Ujang ni berjaya menjadi majalah humor yang diminati ramai sejak bermulanya penerbitan mereka pada tahun 1994. Apa yang paling kita ingat sekali, Ujang ni tampilkan kartunis yang mengunakan nama gelaran berdasarkan sayur dan buah-buahan. Tak lupa jugak dengan watak Pak Cik Din dan tagline “Lawak Antarabangsa”.     

Isu pertama ROTTW featuring Noordin Search.

2. ROTTW

Pada era 90an dan awal 2000 ni. Inilah majalah yang diperlukan dan merupakan salah satu sumber rujukan utama untuk kita tahu band-band indie yang tengah in dan trending. ROTTW bermaksud Rhythm of the Third World atau dalam bahasa melayu, “Irama Dunia Ketiga”. Majalah ini diasaskan oleh Mohd Rom bin Mohd Nor atau lebih dikenali dengan gelaran Abang Rom. ROTTW merupakan majalah muzik tempatan yang berpengaruh dikalangan peminat muzik underground. Kiranya kalau sesiapa ada band time tu, confirm bangga gila bila keluar dalam ROTTW. Majalah ROTTW ni boleh dikatakan setaraf dengan majalah Rolling Stones lah. “Kena ikut sistem, ini time semua digital, kalau kau tak ikut, kau mati” kata Abang Rom yang dah berjaya transform ROTTW daripada versi cetak ke versi digital.

3. Gempak

Diperkenalkan pada tahun 1998 dengan tagline “Satu Isu, Satu Surprise” lepas tu bertukar kepada “Majalah Komik Generasi Baru”. Atas sambutan yang mengalakkan majalah Gempak ni dikeluarkan 2 kali sebulan bermula pada isu 37 yang dikeluarkan pada 1 Jun 2001. Yang menariknya, majalah Gempak ni bukan saja untuk pengemar komik, tapi disertakan jugak dengan info terkini permainan video, animasi dan filem.

Majalah Gempak jugak turut memperkenalkan bakat pelukis komik kepada pembaca antarabangsa. Keith, Zint, Kaoru, Ben, Oga, Kenny Chua antara pelukis-pelukis yang berjaya membuat pembaca melekat dengan karya-karya diorang seperti Under 18, MFEO, 2 Dudes, Le Gardenie, 5th Dimension, Jinggo. Eh banyaklah hasil karya diorang ni. Man, those where the days.

Isu pertama Utopia. Time ni semua tengah tergilakan Avril Lavigne.

4. Utopia

Okay bila sebut je Utopia. Ini personally, adalah majalah kegemaran aku. Start daripada first issue diorang. Utopia ni dah berjaya membuatkan aku hook sebagai pembaca setia diorang. Bukan saja Utopia menyajikan komik-komik yang best dengan hasil lukisan setaraf mangga Jepun, Utopia turut menampilkan bermacam maklumat tentang dunia hiburan seperti muzik, filem, drama dari Malaysia dan antarabangsa. Dengan hanya berbekalkan RM3.90 lalu dinaikkan kepada RM4.20, Utopia banyak bagi ramai anak muda info yang terkini dan trending.

Yang paling tak boleh lupa bila Utopia turut sediakan cara-cara manual untuk korang buat ringtone monophonic untuk phone Nokia time tu. Isu 204 pada 15 Jun 2011 merupakan tarikh yang sedih buat peminat dan pembaca Utopia apabila majalah tersebut ditamatkan penerbitan. Aku sempat bekerjasama dengan Editor Utopia ni, Fariz Abdullah untuk terbitkan sebuah majalah online yang bernama NETX yang seakan Utopia, tapi apakan daya, majalah tu pun dah bungkus adess.

Isu terakhir Galaxie menampilkan Elton John, Eminem, Mariah Carey, Michael Jackson.

5. Galaxie

Pada era tahun 90an ke 2000an. Memang tak sah lah kalau korang tak beli majalah Galaxie ni. Yang paling best sekali bila setiap bulan, pembaca akan dapat poster besar FREE artis yang tengah top time tu. Galaxie pernah dinobatkan sebagai Entertainment Magazine Of The Year daripada Advertising + Marketing pada tahun 2011, 2012 dan 2013. Majalah Galaxie ni dah diterbitkan sejak Oktober 1974 lagi dan boleh juga dibeli di Singapura. Malajah Galaxie berjaya bertahan selama 39 tahun penerbitan. Lama tu weyh.

Rindu tak rindu zaman kita rajin membaca dulu kan? Tapi, walaupun zaman dah berubah, itu bukan alasan kita dah tak perlu baca buku dan terus membaca. Ada macam-macam cara untuk kembali membaca.

Last modified: 17 January 2019