5 Mobile Games Buatan Malaysia!

Game, Tech

Mobile games zaman sekarang sememangnya semakin menarik dan semakin best. Teringat aku dulu zaman-zaman pakai Nokia 3310 yang mana masa itu cuma ada games Space Impact dan Snake II. Itu pun kita boleh habiskan banyak masa untuk settlekan game tersebut dan dapatkan top score paling tinggi.

Kenapa mobile games boleh jadi popular sampaikan terdapat beberapa Esports tournament yang mempertandingkan beberapa mobile games seperti Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile? Apa yang aku nampak adalah disebabkan permainan video ini adalah percuma dan senang untuk dimainkan. Korang cuma perla ada smartphone and you good to go bro!

Tengah aku mencari article tentang mobile games, aku terjumpa beberapa permainan video mobile yang dihasilkan oleh orang Malaysia. Terkejut jugalah aku sebab beberapa games yang aku jumpa ini memang menarik dan menghiburkan untuk dimain. So hari ini aku ingat aku nak share dengan korang lima permainan video mobile yang dihasilkan oleh orang Malaysia!

VOID TROOPERS

Kalau korang rindukan permainan video seperti Space Impact ataupun Galactica, korang kena download game Void Troopers ini. Dihasilkan oleh Appxplore, salah satu game developer daripada Malaysia, game ini berjaya membuatkan aku lalai sampai aku main game ini dekat dua jam!

Game ini agak senang untuk dimainkan. Korang cuma perlu tap sahaja untuk menembak musuh-musuh yang berada dihadapan korang. Perlbagai senjata dan upgrade yang korang boleh buat dekat kapal korang selepas korang unlock bila korang berjaya melepasi beberapa level. Korang boleh download game ini di Android dan IOS.

CYBERRUNNER ZERO

Dulu aku minat gila main game endless runner macam permainan video Temple Run dan juga Subway Surfers. Sekarang ini aku dapat tahu yang game developer Malaysia pun ada buat game yang lebih kurang tapi dengan suasana futuristic. Game yang aku nak share ini nama dia Cyberrunner Zero!

Permainan video mobile ini dihasilkan oleh Spacepup Entertaiment. Game ini simple saja. Korang cuma mengelak beberapa halangan sambil korang berlari. So korang kena lompat, sliding and macam-macam lagilah untuk mengelak obstacle dia. Even mak aku pun minat main game ini! Buat masa ini game ini cuma terdapat dekat Android sahaja.

SIMULACRA

Kalau bercerita pasal mobile games yang dibuat oleh orang Malaysia, aku rasa aku mesti kena include game Simulacra ini. Bagi aku game ini adalah horror mobile game yang paling terbaik aku pernah main!

Permainan video mobile yang dihasilkan oleh Kaigan Games ini sememangnya lain daripada permainan mobile lain. Storyline dia membuatkan korang terasa betul-betul berada sekali dalam game ini. Lagi satu, baru-baru ini game ini telah dicalonkan untuk The Webby Awards bagi anugerah Best User Interface. Korang boleh download game ini untuk Android dan juga IOS.

ROLL SPIKE SEPAK TAKRAW

Ini satu lagi game yang rare! Game yang mengambil inspirasi daripada sukan sepak takraw ini boleh dikatakan permainan video pertama yang meletakan sukan sepak takraw didalamnya. Game yang dihasilkan oleh Mediasoft Entertainment ini juga merupakan developer yang sama mengeluarkan permainan video sukan badminton popular seperti LiNing Jump Smash 15 Badminton. Korang boleh download game ini dekat Android dan juga IOS.

Korang boleh berlawan dengan pelbagai pemain dan team daripada pelbagai negara dan kalahkan dorang bagi memastikan korang menjadi antara pemain dan team terbaik. Kalau korang macam aku yang jenis tak pandai nak main sepak takraw in real life, game ini mungkin boleh memberikan korang feel bermain sepak takraw hahaha!

POSTKNIGHT

Postknight merupakan satu permainan video mobile berciri RPG yang dibangunkan oleh Kurechii. Sekali pandang game Postknight ini, aku teringat satu permainan video yang aku pernah main dekat cyber café dulu yang diberi nama MapleStory. Mesti korang pernah mainkan?

Dalam permainan ini, korang akan menempuh perjalanan yang penuh dengan musuh dan mission yang perlu korang selesaikan. Setiap kali korang berjaya selesaikan misi, korang akan dapat upgrade character, weapon dan armor korang! Cepat download game ini dekat Android ataupun dekat IOS.

KATALAKI: Siapa kata Malaysia tak tahu hasilkan game yang bagus?

Sumber: MyGameOn

 

Last modified: 7 May 2019