5 Organisasi Jenayah Terbesar Di Dunia

Sembang, ZAP, ZeKool

Bagi golongan marhaen macam kita ni, underworld atau dunia jenayah menjadi satu dunia yang asing. Paling hebat pun yang kita pernah nampak organisasi jenayah depan mata ada dalam filem KL Gangster. Tapi tu dalam filem lah dan cuma berada di KL sahaja. So jom tengok 5 kumpulan jenayah paling besar di dunia.

1. YAMAGUCHI-GUMI, JEPUN

Di Jepun, terdapat satu organisasi jenayah yang terbesar, dan dikira sebagai organisasi jenayah paling besar di dunia. Ia dikenali dengan nama Yamaguchi-gumi yang mempunyai lebih 55,000 active members. Kumpulan ini wujud sebelum perang dunia kedua dan penubuhannya dapat dijejaki kembali ke kesatuan pekerja buruh pelabuhan. Boleh tahan ramai jugak anggota kumpulan ni yang dikatakan mengawal jenayah terancang di Jepun.

Organisasi tersebut membuat keuntungan berbilion dolar dalam setahun melalui pelbagai aktiviti jenayah termasuk peras ugut, penjualan dadah dan senjata, perjudian, pornografi dan manipulasi pasaran saham. Memang satu kumpulan yang digeruni, sehinggakan salah seorang anggota mereka pernah membunuh datuk bandar Nagasaki sebab merosakkan keretanya pada tahun 2007.

2. CAMORRA, ITALI

Ini merupakan kumpulan mafia paling tua di dunia yang pernah dicatatkan. Kumpulan ini berasal dari Naples, Itali mempunyai sejarah yang bermula pada abad ke-18. Ada juga yang mempercayai mereka bermula dari sebuah kongsi gelap di Sepanyol pada abad ke-16. Kegiatan jenayah yang dilakukan kumpulan ini pada awalnya hanyalah rompakan kecil dan peras ugut.

Tapi lama-kelamaan kumpulan ini bertukar menjadi sebuah organisasi jenayah yang mengancam keamanan penduduk setempat. Kini, Camorra terlibat dalam jenayah bunuh, pemerdagangan dadah dan pelacuran, penjualan kanak-kanak untuk dijadikan hamba, serta menguruskan pembuangan sampah secara haram yang kesannya mampu mencemarkan tanah dan udara.

3. KUMPULAN ARELLANO FELIX, MEXICO

Kumpulan ini juga dikenali sebagai Tijuana Cartel, merupakan salah satu kartel dadah yang paling ganas di Mexico. Bermula dengan hanya 11 anggota, ‘perniagaan’ dalam kalangan ahli keluarga ini telah berkembang dengan ganasnya dan menyusup masuk ke dalam sistem perundangan dan kehakiman Mexico, serta melakukan memperdagangkan kokain, ganja, heroin dan metamfetamin ke negeri-negeri lain.

Sebuah filem arahan Steven Soderbergh pada tahun 2000 yang berjudul Traffic telah menceritakan secara terperinci eksploitasi yang dilakukan kumpulan jenayah ini. Filem tersebut turut memenangi anugerah Oscar pada tahun 2001.

4. D-COMPANY, INDIA

Kumpulan jenayah yang ganas dari India ini diketuai oleh salah seorang pengganas dan bos jenayah yang paling dikehendaki dan menakutkan di dunia, Dawood Ibrahim. D-Company adalah organisasi jenayah yang membiayai dan menyokong kegiatan pengganas atau terrorist di negara mereka sendiri. Kumpulan ini juga lah yang bertanggungjawab ke atas keganasan pengeboman di Mumbai pada tahun 1993 dan juga merancang serangan selanjutnya di Gujarat.

Organisasi ini mengaut keuntungan berbilion-bilion melalui perdagangan senjata dan dadah, pembunuhan secara upahan, pemalsuan dokumen, peras ugut, hartanah dan turut didakwa terlibat dalam industry perfileman di India. Mungkin ada filem Bollywood yang diterbitkan kumpulan ini yang kita pernah tengok.

5. GENG NOMBOR, AFRIKA SELATAN

Geng Nombor atau The Numbers Gang merupakan geng penjara yang paling menakutkan di dunia. Kumpulan yang beroperasi dari penjara Western Cape ini dikatakan mengawal hampir setiap penjara di Afrika Selatan melalui keganasan. Kumpulan ini diketuai oleh nombor 28s, iaitu John Mongrel yang mengambil anggota bawahan melalui keganasan dan liwat paksa. Nombor seperti 28s, 27s dan 26s mempunyai pangkat dan fungsi masing-masing di dalam kumpulan. Sebarang ketidakpatuhan akan mengakibatkan kematian.

KATALAKI: Di Malaysia gang paling famous mungkin Gang Bas Sekolah. Tapi apa-apa pun jauhkan lah diri dari dunia gelap ni…

Last modified: 18 May 2020