5 Organisasi Top Secret Di Dunia!

Sembang

Tak ramai yang tahu yang dalam dunia ini terdapat beberapa organisasi rahsia yang dikatakan dianggotai oleh golongan-golongan elite dari serata dunia. Kebanyakan daripada ahli mereka ada yang merupakan ketua-ketua negara, ceoceo company multibillion dan juga para-para artis.

Ada yang menyatakan yang beberapa organisasi ini sudah wujud sejak dari zaman dahulu lagi dan mereka ini mempunyai kuasa untuk merubah satu-satu negara itu samada semakin baik ataupun semakin buruk. Aku tak adalah percaya seratus peratus tentang benda-benda ini but agak menarik jugalah sejarah-sejarah dorang ini so hari ini aku nak share dengan korang beberapa organisasi rahsia didunia.

THE ROSICRUCIANS

Organisasi The Rosicrucians ini mula dikenali sejak dari abad ketujuh belas di Europe. Organisasi ini dikatakan mempunyai pengetahuan rahsia yang mana mampu merubah nasib dan taraf kehidupan pengikutnya. Kumpulan ini dikatakan banyak bermain dengan ilmu-ilmu gelap dan organisasi ini juga dikatakan menjadi pengaruh yang besar kepada tentera-tentera Nazi. Walaupun tidak banyak info, ramai menyatakan The Rosicrucians masih lagi mengawal kerajaan Europe secara rahsia sehingga sekarang.

THE OCTOPUS

Organisasi ini boleh dikatakan antara organisasi yang paling susah nak dapatkan info tentang dorang disebabkan sesiapa sahaja yang cuba membuka rahsia tentang group ini pasti akan menerima nasib buruk. Itulah yang terjadi kepada Joseph Casolaro, seorang freelance journalist apabila dia dijumpai mati pada tahun 1991. Dia dikatakan mati bunuh diri tetapi beberapa nota telah dijumpai dan terdapat beberapa info tentang organisasi The Octopus yang mana Joseph telah bercadang untuk membongkarnya kepada orang awam.

ASSASSINS

Assassin ataupun Hashashin boleh dikatakan antara kumpulan organisasi yang ditakuti oleh orang ramai. Jika organisasi lain selalunya hanya mengawal kerajaan secara senyap, organisasi Assassin lebih ditakuti disebabkan mereka terdiri daripada pembunuh upahan yang hebat-hebat. Kebanyakan daripada mereka mempunyai kehidupan lain diwaktu pagi. Ada diantara mereka merupakan peladang-peladang diwaktu pagi namun pada waktu malam mereka menjadi Assassin yang membunuh musuh mereka secara senyap.

THE ORDER OF NINE ANGELS

Ditubuhkan pada abad keenam puluh, The Order of Nine Angels ini merupakan organisasi yang memuja syaitan. Organisasi ini mula amat terkenal di United Kingdom. Kumpulan ini juga sangat terkenal dengan pandangan NeoNazi dan ahli-ahli mereka selalunya mempunyai motif dan goals mereka sendiri bila dorang join organisasi ini. Menurut hasil siasatan beberapa orang freelance journalist, The Order of Nine Angels ini mempunyai ramai ahli-ahli yang terdiri daripada wanita-wanita bergolongan elite.

ILLUMINATI

Organisasi Illuminati boleh dikatakan organisasi rahsia yang paling popular dan dikenali oleh orang ramai namun tiada seorang pun yang tahu siapakah ahli-ahli yang ada dalam organisasi ini. Illuminati bermaksud enlightened dalam bahasa Latin dan dikatakan mempunyai hubungan dengan satu lagi organisasi rahsia iaitu Bavarian Illuminati yang ditubuhkan pada tahun 1776. Organisasi ini banyak dilihat dan diceritakan dalam buku-buku novel dan juga movie contohnya dalam movie The Da Vinci Code dan National Treasure.

KATALAKI: Benda-benda macam ini baca bolehlah tapi tak perlu nak percaya 100 peratus bro!

Last modified: 24 May 2019