5 Pelakon Suara Watak Animasi Popular

Sembang

Filem atau pun siri animasi yang diterbitkan telah menjadi sebahagian daripada childhood buat kita semua, yelah. Mana tidaknya, kalau kita dari zaman kecik lagi dah start belajar tengok cerita kartun jadi memang dah menjadi salah satu cara untuk kita juga mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi (in a way lah).

Tapi pernah tak korang terfikir macam mana rupa paras para pelakon suara latar yang memegang watak-watak favourite animasi yang korang tengok dulu-dulu. Harini kami nak bagi korang usha rupa paras actual para pelakon yang banyak memberikan sumbangan suara mereka untuk karya animasi terhebat pernah diterbitkan.

WINNIE-THE-POOH

Dalam dunia lakonan suara Jim Cummings merupakan pelakon seni suara yang sangat legend, kenapa beliau digelarkan legend adalah disebabkan suara beliau telah diterbitkan didalam sebanyak 400 filem animasi. Antara karya seni suara yang amat dikenali dibawah nama Jim Cummings ini adalah suaranya yang memegang watak sebagai Winnie-the-Pooh dan Tigger yang diterbitkan bermula sejak 1988 dan masih diterbitkan sehingga ke hari ini.

Antara filem-filem dan karya animasi yang amat dikenali dengan sumbangan suara Jeremy Cummings adalah seperti Aladdin, Shrek, Chicken Run dan Shrek

BUBBLES

Mungkin kalau sekali pandang, muka Tara Strong kelihatan seperti suara pelakon televisyen, tapi tidak. Sebenarnya suara beliau amat dikenali dengan watak-watak animasi, antara yang popular adalah suara beliau sebagai Bubbles, dan juga watak Timmy Turner dalam siri animasi The Fairly Odd Parents.

Tara Strong bukan sahaja banyak menyumbangkan suara beliau untuk siri animasi sahaja, tetapi suaranya juga turut digunapakai dalam video games antaranya video game popular adalah seperti Metal Gear Solid dan juga francais Final Fantasy.

BUGS BUNNY

Image via: https://ew.com/

Untuk pemegang suara bagi watak siri animasi Bugs Bunny, ianya dilakonkan oleh Mel Blanc yang mempunyai gelaran sebagai “The Man of a thousand voices”. Jika didalam komuniti seni suara, Mel Blanc merupakan seorang yang sangat berbakat dan berpengaruh. Memulakan kariernya didalam lakonan suara untuk siaran radio, nama dan suara Mel Blanc mula menjadi ingat apabila beliau memegang watak sebagai Bugs Bunny untuk siri animasi francais Looney Tunes.

Namun watak suara Bugs Bunny bukan sahaja hasil daripada sumbangan Mel Blanc kerana beliau juga turut menyumbangkan suara sebagai Daffy Duck, Porky Pig, Sylvester dan Tweetie Bird.

BART SIMPSONS

Mungkin satu dunia dah kenal perangai dan juga suara kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun daripada keluarga The Simpsons ini tapi tahu tak sebenarnya watak Bart Simpson itu adalah hasil suara daripada Nancy Cartwright, siapa sangka sebenarnya suara watak kanak-kanak lelaki ini rupanya adalah hasil suara seorang wanita.

Nancy Cartwright telah menyumbangkan suaranya untuk siri animasi manusia-manusia kuning ini sejak terbitannya pada tahun 1989, selain suara Bart Simpson, beliau juga menyumbangkan suaranya sebagai watak Nelson dan juga Ralph. Selain siri The Simpsons, Nancy Cartwright juga turut memberikan hasil suaranya kepada siri animasi Rugrats, dan juga Kim Possible.

SPONGEBOB

Untuk suara watak kegemaran yang juga merupakan pekerja paling setia untuk syarikat burger Krusty Krab, Spongebob ini dipegang oleh Tom Kenny! Selain watak paling popular yang dipegang oleh Tom Kenny, beliau juga turut memberikan hasil suaranya dalam animasi seperti Adventure Time sebagai Ice King, suara The Narrator untuk The Powerpuff Girls. 

DRAMA SUARA

Image via: Thelaki.com.my

Selain siri francais animasi, mereka yang memiliki suara emas ataupun suara yang berbakat ini juga mampu melakonkan sesebuah watak dengan hanya mengunakan suara dan muzik latar sahaja. Antara seperti suara mereka juga turut digunakan untuk drama-drama siaran radio atau digunakan untuk voice-over. Kalau korang nak dengar macam mana bunyi dan gaya drama radio, korang boleh usha drama radio berjudul Cerita Kita yang diterbitkan untuk siara di Kool FM. Didalam drama ini, ianya menampilkan beberapa penyampai radio ternama antara seperti Shuib dan Deen daripada Hot FM, AG, Muaz dan juga Haiza daripada Kool FM. Eh tak lupa juga, dalam siri dramatikool Cerita Kita ni korang boleh dengar juga suara Helmie yang mewakili kami daripada Thelaki. Kalau nak dengar, korang boleh klik je kat SINI.

KATALAKI: Aaaa tak perlu pun badan cantik atau sado kalau nak jadi “pelakon” popular. Pakai suara pun boleh jadi pelakon geng….

Last modified: 3 September 2020