5 Pemain Portugal Yang Pernah Main Kat Man Utd

Aktif, Bola

Tahniah kepada penyokong-penyokong “Setan Merah” selepas secara rasmi, pemain yang dinanti-nantikan setelah sekian lama, Bruno Fernandes kini sah bergelar pemain Manchester United. Dah lama sangat dah Bruno Fernandes ni merengek nak pindah ke Manchester United.

 

View this post on Instagram

 

🔴 🤝 🇵🇹

A post shared by Manchester United (@manchesterunited) on

Penyokong Manchester United puas hati tak dengan pembelian Bruno Fernandes ni? Harap-harap Bruno Fernandes boleh la membantu Manchester United untuk layak bertanding di kejohanan UEFA Champions League musim baru nanti. Bosan sikit UEFA Champions League kalau Manchester United takde. Syahdu gak Bruno Fernandes nak tinggalkan Sporting CP sebab masa kat Sporting CP lah nama Bruno Fernandes mula diperkatakan di seluruh dunia.

Hari tu sampai ada beberapa orang hooligan yang mengamuk dan menyerang rumah naib pengerusi eksekutif Manchester United, Ed Woodward sebab tak puas hati dengan cara pengurusan dan prestasi Manchester United.

Kalau tengok prestasi Bruno Fernandes kat atas padang sebelum ni, Bruno Fernandes pernah menjaringkan 63 gol dan mencipta 52 bantuan gol sepanjang 137 perlawanan bersama Sporting CP. Mula menyertai Sporting CP pada tahun 2017, Bruno Fernandes dah pernah menang 3 piala ketika beraksi di liga bola sepak Portugal dan 1 piala bersama pasukan bola sepak kebangsaan Portugal.

Ini menjadikan Bruno Fernandes sebagai pemain bola sepak Portugal ke-6 yang pernah menyertai Manchester United. Korang tahu tak siapa pemain Portugal pertama yang pernah beraksi bersama Manchester United sebelum ni? Cristiano Ronaldo la siapa lagi. Mari kita tengok siapa 5 pemain Portugal yang pernah beraksi dengan Manchester United selain daripada Cristiano Ronaldo.

NANI

Selepas kejayaan Sir Alex Ferguson membentuk Cristiano Ronaldo untuk menjadi pemain ternama di Premier League, Manchester United meneruskan lagi pencarian bakat dari Portugal dengan membeli Nani daripada Sporting CP pada tahun 2007.

 

View this post on Instagram

 

Flashback time! What year did I score this goal? Remember? 🤔🔴⚪#FlashbackFriday #FBF #mufc #manutd

A post shared by Luís Nani (@luisnani) on

2 tahun bergandingan dengan Cristiano Ronaldo di Manchester United, akhirnya Nani terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan oleh Cristiano Ronaldo selepas Real Madrid membeli Cristiano Ronaldo pada tahun 2009. Selama 7 tahun Nani bertahan di Manchester United, Nani berjaya menjaringkan 40 gol dan mencipta 73 bantuan gol dalam 230 perlawanan ketika beraksi bersama Manchester United. Banyak gak piala yang Nani menang masa bersama dengan Manchester United. Sebanyak 13 piala yang berjaya dijulang oleh Nani semasa menyarung jersi Manchester United termasuk piala UEFA Champions League pada tahun 2008.

BEBE

Rasanya penyokong Manchester United mesti malu nak mengaku yang Bebe merupakan bekas pemain Manchester United. Berpindah ke Manchester United pada tahun 2010, Bebe hanya beraksi dalam 7 perlawanan bersama Manchester United sebelum dipinjamkan kepada beberapa pasukan lain dan akhirnya berpindah ke Benfica pada tahun 2014.

JOEL PEREIRA

 

View this post on Instagram

 

🇪🇸 🇦🇷 🇵🇹 @manchesterunited 😁

A post shared by Joel Pereira (@joelpereira1) on

Penjaga gol muda Manchester United ni merupakan pemain bola sepak yang didik oleh akademi bola sepak Manchester United sendiri selepas dibeli daripada pasukan tak ternama di Switzerland ketika Joel Pereira berumur 16 tahun. 28 Jun 2020 nanti Joel Pereira akan berumur 24 tahun. Susah untuk kita menjangkakan sama ada Joel Pereira mampu untuk ambil alih tempat David de Gea suatu hari nanti sebab Manchester United ada seorang lagi penjaga gol muda yang beraksi lebih baik daripada Joel Pereira iaitu Dean Henderson yang kini dipinjamkan kepada Sheffield United.

DIOGO DALOT

 

View this post on Instagram

 

Getting ready for what’s coming 💪🏻 Missed wearing this shirt on the pitch ❤️@manchesterunited

A post shared by Diogo Dalot (@diogodalot) on

Diogo Dalot merupakan satu-satunya pemain dari Portugal yang beraksi bersama Manchester United buat masa ni sebelum ketibaan Bruno Fernandes. Diogo Dalot dibeli oleh Manchester United pada tahun 2018. Tahun ni Diogo Dalot baru berumur 21 tahun. Muda lagi. Banyak lagi potensi Diogo Dalot yang belum dipamerkan kat Premier League. Kalau Diogo Dalot kekal konsisten dan sentiasa berusaha untuk membalas kepercayaan Manchester United dan penyokong Manchester United sendiri, Diogo Dalot mungkin mampu untuk menjadi pemain pertahanan sayap terbaik Manchester United suatu hari nanti.

KATALAKI: Gandingan Paul Pogba dan Bruno Fernandes nampak macam mantap.

Last modified: 31 January 2020