5 Penjara Paling Ganas Di Dunia!

Sembang

Bila bercerita tentang penjara, semua orang takut nak masuk dalam sana. Kita yang tak buat apa-apa jenayah pun takut apatah lagi manusia-manusia yang memang tahu nasib dia akan end up dekat dalam penjara.

via GIPHY

Kita pun tahu macam mana keadaannya hidup di dalam penjara. Dengan kotornya, terkurung dari dunia luar dan tak dilupakan korang akan dikelilingi dengan manusia-manusia yang lebih jahat dan lebih ganas daripada korang.

Tapi korang tahu tak yang ada beberapa penjara dalam dunia ini, penjenayah paling ganas pun takut nak masuk dalam sana. Boleh dikatakan terdapat beberapa penjara yang sangat ganas dan sangat ditakuti oleh penjenayah. So aku ingat nak share dengan korang beberapa penjara yang bagi aku, penjenayah paling paling jahat dekat dunia pun sanggup bunuh diri daripada masuk dalam penjara ini. Jangan risau Di Penjara Janji nyanyian Awie tak ada dalam senarai ini hahaha!

BANG KWANG PRISON

Penjara yang mempunyai nickname The Bangkok Hilton ini terletak di Bangkok, Thailand. Tapi korang jangan terpedaya dengan nickname dia sebab keadaaan dalam penjara ini tak sama langsung macam dalam Hotel Hilton bro! Penjara ini terkenal dengan rutin harian menyiksa banduan-banduan yang ada dalam penjara ini.

Banduan-banduan didalam penjara ini telah dimasukkan kedalam lokap yang sangat kecil secara beramai-ramai dan yang paling ganas, banduan-banduan yang menerima hukuman gantung, dorang tak akan diberitahu bila dorang akan digantung. Tiba-tiba sahaja pegawai penjara akan tarik banduan keluar dan terus gantung sampai mati!

CARANDIRU PENITENTIARY

Penjara yang terletak di Brazil ini boleh dikatakan top three penjara paling ganas & berbahaya didunia. Pada tahun 1992, satu pembunuhan banduan beramai-ramai telah dilakukan oleh pihak penjara yang mana mengakibatkan 102 banduan telah terkorban.

Penjara ini juga terkenal dengan penyakit-penyakit berjangkit yang dihadapi oleh banduan. Laporan daripada pihak penjara menyatakan seorang daripada lima banduan didalam penjara ini menghidapi HIV Positive dan bermacam-macam penyakit berbahaya yang lain.

ALCATRAZ ISLAND PRISON

Untuk penjara ini, korang dah boleh bertenang sikit sebab penjara ini telah pun ditutup sejak dari tahun 1963. Namun sebelum penjara yang terletak di San Francisco, California ini ditutup, ia pernah menjadi tempat penjenayah-penjenayah terkenal dipenjara contohnya Al “Scarface” Capone, seorang ketua mafia dan businessman terkenal.

Penjara ini terkenal dengan kes-kes pelarian banduan seperti kes Battle of Alcatraz yang berlaku pada tahun 1946. Dalam kes ini, berlaku perlarian besar-besar yang dilakukan oleh banduan Alcatraz namun dihalang oleh pegawai-pegawai penjara. Berlaku pergaduhan besar yang mana ia berlarutan selama dua hari. Dua pegawai penjara telah terkorban bersama-sama dengan tiga orang banduan.

LA SANTE PRISON

Penjara yang terletak di France ini terkenal dengan kes-kes kekejaman terhadap banduan-banduan yang diletakkan dipenjara ini. Disebabkan terlampau teruk diseksa, ada banduan-banduan yang bertindak membunuh diri akibat tidak sanggup lagi tinggal di penjara ini.

Pada tahun 1999, seramai 124 orang banduan telah bertindak untuk membunuh diri. Banduan-banduan didalam penjara ini juga cuma dibenarkan keluar daripada lokap mereka selama empat jam sahaja sehari. Penjara ini juga mempunyai sistem hierarchical yang mana banduan yang lebih besar dan ganas dibenarkan untuk memukul dan menyiksa banduan yang lebih kecil dan lemah.

SAN QUENTIIN PRISON

Penjara ini telah dibina pada tahun 1852 dan merupakan penjara paling lama di California. Walaupun penjara ini mempunyai bilik gas untuk memberikan hukuman kepada banduan tetapi kebanyakan banduan telah dihukum dengan diberikan lethal injection.

Pada tahun 2006, berlaku satu kes pergaduhan diantara banduan yang bermotifkan perkauman. Disebabkan kes ini, hampir seratus orang banduan telah cedera dan telah mengakibatkan dua orang lagi banduan terkorban.

KATALAKI: Dulu kita ada Penjara Pudu tapi sekarang dah kena roboh 🙁

Last modified: 29 May 2019