5 Perkara Wajib Tahu Final AFC Asian Cup 2019

Aktif, Bola

AFC Asian Cup 2019 dah pun masuk ke peringkat final selepas Jepun berjaya kalahkan Iran dan Qatar berjaya kalahkan UAE di peringkat separuh akhir. Final nanti antara Jepun dan Qatar akan berlangsung pada 1 Februari 2019 pukul 10 malam waktu Malaysia.

Antara Jepun dan Qatar, susah juga kita nak agak team yang mana boleh menang AFC Asian Cup kali ni sebenarnya. Masing-masing ada kekuatan dan sejarah bertanding di peringkat tertinggi yang tersendiri. Sebelum kita layan final nanti, ada beberapa benda yang perlu korang tahu pasal Jepun dan Qatar dalam AFC Asian Cup 2019 untuk membantu korang kaji rasa-rasanya siapa yang akan menang nanti.

Jepun Tak Pernah Kalah Kat Final

Sejak Jepun mula layak untuk masuk dalam AFC Asian Cup pada tahun 1988, dah 4 kali Jepun pernah layak ke peringkat final. Untuk tahun 2019 ni, kiranya kali kelima Jepun dah pernah masuk final. Maknanya Jepun dah pernah jadi juara AFC Asian Cup sebanyak 4 kali pada tahun 1992, 2000, 2004 dan 2011.

Qatar Lagi Banyak Pengalaman

Qatar dah bertanding dalam AFC Asian Cup sebanyak 10 kali pada tahun 1980, 1984, 1988, 1992, 2000, 2004, 2007, 2011, 2015 dan 2019 berbanding Jepun yang dah 9 kali bertanding. Tapi sekali pun belum pernah lagi Qatar layak sampai ke final sebelum ni. Tahun 2019 ni, kali pertama Qatar berjaya layak sampai ke peringkat final. Nampaknya persiapan Qatar untuk jadi tuan rumah Piala Dunia 2022 memang mantap teruk. Artikel pasal Piala Dunia 2022 korang boleh baca kat sini.

Qatar Tak Pernah Lagi Bocor

Dalam 6 perlawanan AFC Asian Cup 2019 sebelum ni, daripada peringkat kumpulan sampai separuh akhir, Qatar tak pernah lagi bolos satu gol pun. Padu betul barisan pertahanan Qatar ni. Sepanjang AFC Asian Cup 2019, Qatar dah berjaya kalahkan Lebanon, Korea Utara, Arab Saudi, Iraq, Korea Selatan dan tuan rumah, UAE dengan jumlah 16 gol tanpa bolos. Son Heung Min yang power teruk kat Tottenham Hotspurs tu pun tak berjaya tembus gawang gol Qatar.

Sebagai Pengurus Pernah, Sebagai Pemain Pun Pernah

Kalau Jepun berjaya menang dalam perlawanan final nanti, pengurus pasukan Jepun, Hajime Moriyasu akan jadi manusia pertama yang pernah menang AFC Asian Cup sebagai pemain dan pengurus dalam sejarah kejohanan AFC Asian Cup. Hajime Moriyasu sebelum ni dah pernah menang AFC Asian Cup pada tahun 1992.

Pengurus Sepanyol Pecah Tradisi

Pengurus pasukan Qatar pun akan cipta satu rekod baru kalau berjaya bawa Qatar untuk menang AFC Asian Cup 2019. Felix Sanchez akan jadi pengurus pasukan yang berasal dari Sepanyol pertama yang berjaya membimbing pasukan Asia untuk menang AFC Asian Cup kalau berjaya kalahkan Jepun di peringkat final nanti.

KATALAKI: So, korang rasa siapa akan menang nanti ni? Jepun ke Qatar?

Last modified: 30 January 2019