5 Produk Kreatif Idea ‘Start-Up’ Berjaya!

Collab, Sembang


Sebelum ni Thelaki pernah tulis pasal idea-idea pelik yang pernah diusulkan di rancangan siri realiti popular di Amerika Syarikat, Shark Tank (korang boleh baca kat SINI). Tapi kali ni kami nak kongsikan pula idea-idea daripada peserta-peserta yang telah pun berjaya menjadi produk jualan yang hebat.

Bagi para pembaca yang sukakan dunia perniagaan, rancangan realiti Shark Tank ni adalah rancangan yang korang kena tengok sebab daripada rancangan ni kita boleh tengok betapa banyak usahawan-usahawan muda yang datang persembahkan idea-idea mereka. Ada yang berjaya dan ada yang tak berapa nak berjaya sebab tricky part pada rancangan ini adalah untuk mereka meyakinkan idea mereka kepada enam orang investor. Kalau idea mereka ni menarik, maka investor ataupun “Sharks” ni akan melaburkan modal untuk merealisasikan idea-idea para peserta.

Kali ni kita nak ceritakan tentang 5 idea yang dah berjaya dihasilkan melalui rancangan realiti Shark Tank ni. Jom usha!

THE DROP STOP

Pernah tak korang terjatuh barang atau benda seperti smartphone, duit syling, kertas, parking tiket, lighter atau pun serpihan makanan kat tepi celah-celah seat kereta. Kalau jawapannya adalah ya, maka product The Door Stop ni adalah solusi kepada masalah korang. Dan ianya adalah sebuah produk yang berjaya mendapat modal laburan. Memang berbaloi bila korang ada idea macam ni dan terus usulkan di dalam rancangan seperti Shark Tank ni.

Basically The Drop Stop ni hanyalah foam panjang yang dimuatkan untuk mengisi ruang kecil kosong diantara tempat duduk kereta dan center console kereta untuk mengelakan apa-apa saja terjatuh daripada celahan kosong tersebut. Sejak idea untuk The Drop Stop muncul di rancangan Shark Tank, mereka berjaya mendapat pulangan sebanyak $24 juta daripada 2.4 juta hasil pengeluaran produk The Drop Stop.

LUMIO

Dalam season ke enam Shark Tank. Seorang arkitek bernama Max Gunawan telah berjaya mendapatkan pelaburan untuk produk ciptaan beliau yang bernama Lumio Book Lamp. Ianya merupakan sebuah lampu mengunakan bateri yang boleh dilipatkan dalam bentuk sebuah buku. Dengan hasil pelaburan sebanyak $350,000, pada tahun 2015 produk Lumio berjaya menjana sebanyak $3 juta jualan dan memenangi beberapa anugerah ternama.

SQUATTY POTTY

Dalam banyak idea-idea yang dibentangkan dalam Shark Tank, ada yang pelik tapi ada juga yang sangat-sangat simple tetapi berjaya mendapat kelulusan daripada pelabur-pelabur Shark Tank. Salah satu contohnya, merupakan produk Squatty Potty dan ianya adalah kejayaan segera buat pencipta produk ini. Menurut sumber Mentalfloss.com, syarikat produk Squatty Potty berjaya mendapat pulangan sebanyak $1 juta dalam masa kurang lebih 24 jam selepas produk ini disiarkan. Tahun 2016, mereka juga berjaya membuat jualan sebanyak $30 juta.

Dan sebenarnya ianya hanyakah bangku plastik kecil berfungsi untuk diletakkan di bawah kaki untuk membantu penguna membuang air besar dengan lebih senang.

RING

Pada tahun 2013, produk Ring diperkenalkan dalam rancangan Shark Tank, tetapi CEO produk ini, James Siminoff tidak berjaya untuk mendapatkan melaburan dan idea untuk produk ini direject daripada Shark Tank. Akan tetapi, pada tahun 2018, idea untuk Ring berjaya dibeli oleh Amazon sebanyak $1.1 billion. Ring merupakan sebuah doorbell yang dilengkapkan dengan kamera keselamatan untuk rumah.

SCRUB DADDY

Ini adalah produk yang dikatakan antara produk yang paling laris selepas ianya disiarkan di Shark Tank. Pencipta Scrub Daddy ini, Aaron Krause berjaya mendapatkan pelaburan sebanyak $200,000 dan sepanjang tahun 2017, Scrub Daddy berjaya menjual sebanyak 10 juta spons pencuci dengan keuntungan sebanyak $50 juta.

Yang menariknya tentang produk ini, dengan suhu air sejuk ianya akan menjadi lebih teguh, membolehkan penguna menggunakannya untuk kotoran yang lebih dalam tanpa melecehkan atau menggaruk apa-apa. Ia menjadikannya mudah untuk membersihkan pada kotoran yang sukar seperti sudu-garpu atau cawan. Ia juga mudah dibasuh dan bebas daripada bau kotoran.

SHARK TANK DI MALAYSIA?

Amacam? Best tak kalau idea-idea yang korang ada ni berjaya menjana keuntungan yang lumayan. Kalau korang ada idea untuk perniagaan yang inovatif dan kreatif, Thelaki nak sarankan korang masuk program SUPERB atau dahulunya dikenali sebagai Skim Usahawan Permulaan Bumiputra.

Basically SUPERB ini adalah sebuah program yang berasaskan seperti business pitching untuk mencari idea-idea perniagaan yang menerapkan unsur inovatif dan kreatif. Tujuan utama program SUPERB ini juga adalah untuk mengenal pasti usahawan ‘start-up’ Bumiputra yang mempunyai amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaan mereka. Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, SUPERB telah berjaya melahirkan seramai 201 usahawan ‘start-up’ Bumiputra dan membantu membawa idea perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi.

KITAMEN

Antara salah satu produk atau syarikat yang telah berjaya dalam program SUPERB ini adalah syarikat bumiputra KITAMEN. KITAMEN merupakan salah satu syarikat tempatan yang menerajui industri Esports di Malaysia. KITAMEN bertujuan memberi ruang dan peluang terbaik buat golongan belia dan anak-anak muda especially untuk para gamers dan atlet Esports untuk bersosial dan melibatkan diri di dalam bidang dan ekosistem Esports. Mengunakan platform permainan video untuk melancarkan pelbagai acara-acara ternama sejak ditubuhkan pada pada tahun 2017, selain menyediakan platform Esports, KITAMEN juga adalah satu agensi pemasaran kreatif khusus untuk bidang Esports.   

Menerusi anugerah yang dicapai melalui program SUPERB, KITAMEN berjaya melakar nama sebagai salah satu syarikat pilihan untuk acara-acara Esports dan permainan video di Malaysia untuk acara-acara korporat, badan-badan persatuan mahupun kerajaan dan komuniti setempat. KITAMEN juga merupakan antara salah satu peneraju dalam program acara Kejohanan E-sukan Kampus (KEK) bersama Media Prima pada tahun 2019.

GRUB CYCLE

Selain KITAMEN, syarikat bumiputra Grub Cycle juga antara syarikat yang sudah berjaya dalam program SUPERB siri ketiga tahun 2016. Diasaskan oleh Redza Shahid, Grub Cycle Sdn Bhd merupakan pasar raya social yang berdedikasi untuk mengurangkan pembaziran makanan. Sejak dilancarkan pada tahun 2016, Grub Cycle telah berjaya mengurangkan hampir 10,000 kilogram makanan daripada terbuang sementara membantu pelanggan jimat sehingga RM75,000. Grub Cycle juga telah mendapat geran dan pelaburan bernilai RM1 Juta serta mendapat sokongan daripada Mountain Parnets, 1337 Ventures dan beberapa lagi agensi kerajaan.

Tak cukup disitu, selepas kejayaan mereka bersama dalam program SUPERB, Grub Cycle berjaya membuka lebih banyak lokasi secara mampan dan membantu lebih lagi masyarakat untuk menjimatkan wang perbelanjaan harian mereka.

Untuk korang yang ada idea kreatif dan inovatif untuk perniagaan, korang boleh try masuk dalam program SUPERB 2019 ni sebab ada peluang menang geran pembangunan sehingga RM500,000. So jangan lepaskan peluang ini untuk bawa idea perniagaan korang ke next level! Untuk info lanjut, korang boleh layari https://superb.teraju.gov.my/home

Image via: Thelaki.com.my

KATALAKI: Fuhh tetiba rasa macam banyak idea mencurah-curah ni


Last modified: 28 August 2019