5 Promoter Terhebat Sejarah Boxing!

Aktif, Sembang, ZeKool

Didalam setiap sukan yang ada di dunia ni, ianya bukan sahaja memerlukan kepakaran daripada atlet-atlet hebat yang menyertai acara sukan tersebut. Selain daripada sokongan daripada para peminat untuk sukan tersebut, ianya juga memerlukan “tulang belakang” yang mampu mengumpul dan menarik sebahagian besar penonton untuk menyaksikan acara sukan yang dianjurkan.

Ini juga termasuklah sukan boxing, ianya bukan sukan yang mempromosikan dengan sendirinya, tanpa seorang promoter ataupun penganjur yang hebat, iaitu individu yang bertanggungjawab disebalik dan juga dibahagian hadapan sesebuah acara perlawanan yang menentukan serta menemukan para peninju terhebat didalam gelanggang sukan boxing.

Kebanyakkan acara-acara “greatest fights” dalam sejarah scene boxing kesemuanya telah pun berlaku disebabkan oleh tokoh-tokoh promoter ataupun penganjur didalam arena sukan boxing ini. Jadi jom kita usha sedikit sejarah ringkas mengenai mereka disebalik gelanggang sukan boxing.

FRANK WARREN

Pertama sekali didalam senarai ini adalah individu yang dikenali ramai sebagai Frank Warren. Beliau merupakan promoter boxing British yang paling berjaya sepanjang masa.

Salah satu kejayaan beliau didalam arena sukan boxing adalah apabila Frank Warren merupakan tulang belakang disebalik dua fighter terhebat yang berjaya menempa nama mereka di luar United Kingdom, Ricky Hatton dan Joe Calzaghe.

Ricky Hatton bersara daripada gelanggang boxing pada July tahun 2011 dengan memegang rekod kekalahan sebanyak dua iaitu daripada perlawanan menentang Manny Pacquiao dan Floyd Mayweather Jr. Namun, Frank Warren telah berjaya menjadikan Ricky Hatton sebagai seorang superstar di U.K.

Walaupun Frank Warren berdepan dengan isu-isu serta pertikaian diantara Joe Calzaghe, namun Frank Warren masih lagi menjadi promoter untuk sebahagian besar perlawanan Joe Calzaghe sehinggakan fighter tersebut berjaya berentap didalam sebuah showdown yang menyaksikannya mengalahkan Bernard Hopkins dan Roy Jones Jr.

Sepanjang karier Frank Warren, beliau juga telah banyak mempromosikan fighters terhebat di British seperti Amir Khan, Nigel Benn dan Naseem Hamed

OSCAR DE LA HOYA

Untuk Oscar De La Hoya, namanya bukan sahaja dikenali sebagai seorang boxing promoter sahaja, tetapi beliau juga terlebih dahulu dikenali sebagai salah seorang peninju professional terkenal didalam gelanggang boxing.

Pada tahun 2011, apabila masih lagi dikenali sebagai seorang boxer full time, Oscar De La Hoya telah memulakan syarikat promosinya sendiri yang dikenali sebagai Golden Boy Promotions. Sejak ianya ditubuhkan, Golden Boy Promotions telah bertapak sebagai salah sebuah firma promosi dan penganjur dengan kontroversi yang menima, salah satu perbezaan antara syarikat tersebut dengan syarikat promoter yang lain adalah ianya dijalankan oleh peninju professional, jadi mereka mempunyai kemahiran dan mempunyai pengalaman yang hebat didalam gelanggang boxing.

Pertarungan paling menguntungkan dalam sejarah sukan tinju yang melibatkan syarikat pormosi Golden Boy Promotions adalah pertarungan yang berlaku pada tahun 2007 antara Floyd Mayweather, Jr, dan Oscar De La Hoya.

TEX RICKARD

Didalam sejarah sukan tinju, sebelum terwujudnya nama-nama boxing promoter yang terkenal secara antarabangsa, Tex Rickard merupakan penganjur pada awal abad ke-20 yang telah terlibat dalam bidang penganjurkan perlawanan tinju.

Pada tahun 1910, Tex Rickard mempromosikan pertandingan terbesar apabila beliau berjaya memujuk peninju Jim Jeffries keluar dari persaraan untuk menentang Jack Johnson untuk acara heavyweight championship. Didalam pertarungan yang dikenali sebagai “The Fight of the Century”, Jim Jeffries telah dikalahkan dengan keputusan TKO pada pusingan ke lima belas yang menyaksikan kemenangan buat Jack Johnson, peninju yang berbangsa Afrika-Amerika. Ianya juga merupakan kemenangan simbolik yang penting buat bangsa Afrika-Amerika di seluruh negara.

Tex Richard juga merupakan penganjur boxing pertama yang meraih kutipan sebanyak 1 juta apabila beliau menganjurkan perlawanan antara Jack Dempsey dan Georges Carpentier pada tahun 1921. Acara Heavyweight Title yang telah berlangsung di New Jersey, ianya juga merupakan title fight pertama sukan tinju yang disiarkan secara langsung di radio.

BOB ARUM

Menubuhkan syarikat promosinya pada tahun 1973, Bob Arum merupakan salah seorang promoter terkenal didalam sejarah sukan tinju dengan menyaksikan beliau menaikkan karier kebanyakkan bintang sukan tinju yang berjaya antaranya seperti Roberto Duran, Oscar De La Hoya, George Foreman serta Manny Pacquiao.

Dibawah syarikat penganjuran beliau yang dikenali sebagai Top Rank, mereka telah banyak menganjurkan acara-acara tinju yang bersejarah pada tahun 1980an . Dibawah syarikat Top Rank, peninju professional George Foreman memenangi title World Heavyweight Championship pada usia 45 tahun dan merupakan peninju paling berusia bernaung dibawah syarikat Top Rank.

DON KING

Image via: https://www.flickr.com/

Bila sebut tentang boxing promoter atau penganjur sukan tinju, salah seorang bintang yang terkenal dalam sejarah sukan tinju yang dikenali sepanjang masa tentunya Don King.

Antara acara-acara yang telah meletakkan nama Don King sebagai promoter yang sangat dikenali adalah apabila beliau telah mengaturkan acara perlawanan “The Rumble in the Jungle” yang menyaksikan tumbukan berbalas antara Muhammad Ali dan George Foreman. Ianya merupakan perlawanan tinju yang bersejarah, selain “The Thrilla in Manila” yang pernah dianjurkan oleh Don King.

Selain itu, beliau juga turut menandatangani Mike Tyson yang boleh dikatakan sebagai peninju paling sensasi dan terbesar dalam 25 tahun terakhir. Bintang-bintang terkenal lain dibawah nama Don King ini termasuklah superstar Mexico Julio Cesar Chavez dan Roy Jones, Jr. Dengan populariti yang diraih oleh Don King, nama beliau juga tidak terpelit daripada kontroversi-kontroversi terbesar antaranya seperti perlawanan yang “diaturkan”, serta isu-isu pertikaikan antara beliau dan bintang tinju terkenal.

KATALAKI: Tanpa promoter yang hebat, takkan ada fight yang terbaik…

Last modified: 23 August 2020