5 Fun Facts Tentang: Sansa Stark aka Sophie Turner

Sembang

Sweetheart untuk drama bersiri Game of Thrones yang kita akan bincangkan kali ni ialah pasal Sophie Turner yang berlakon sebagai Sansa Stark. Korang dah betul-betul kenal siapa Sophie Turner? Jom kita tengok, korang dah tahu ke belum 5 fakta menarik ni pasal Sophie Turner.

Kali Pertama Keluar TV Sebagai Sansa Stark

Image Via : thedailybeast.com

Drama bersiri Game of Thrones merupakan drama pertama lakonan Sophie Turner yang mula ditayangkan kat TV pada tahun 2011. Untuk info, watak Sansa Stark merupakan watak besar pertama yang dipegang oleh Sophie Turner sejak mula terlibat dalam dunia lakonan.

Bini Orang 

Image Via : stylecaster.com

Korang jangan tak tahu lak, Sophie Turner telah bertunang dengan salah seorang ahli kumpulan Jonas Brothers iaitu Joe Jonas pada tahun 2017. Baru-baru ni je 2 Mei 2019 dengar khabar mereka sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis mengejut di Las Vegas.

 

View this post on Instagram

 

Happy Valentine’s Day my love. You make me the happiest.

A post shared by Sophie Turner (@sophiet) on

Pencinta Sosej Sejati

Image Via : imgur.com

Betapa sayangnya Sophie Turner dengan sosej, siap ada akaun Instagram istimewa buat review pasal sosej yang pernah dimakan. Tapi macam dah lama Sophie Turner tak update akaun Instagram yang ni. Gambar terakhir ialah pada tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Passionate Bout The Saus (@sophiessausagereviews) on

Pernah Berlakon Dalam 2 Video Muzik

Image Via : YouTube

Pada tahun 2014, Sophie Turner pernah berlakon dalam video muzik untuk kumpulan Bastille yang bertajuk Oblivion.

Image Via : YouTube

Yang terbaru, Sophie Turner berlakon lak dalam video muzik demi tunang kesayangan, Jonas Brothers untuk lagu Sucker. Priyanka Chopra pun ada dalam video muzik ni. Korang dah tengok belum?

Blonde

Image Via : accessonline.com

Walaupun dalam Game of Thrones rambut Sophie Turner berwarna gelap kemerah-merahan, tapi sebenarnya Sophie Turner merupakan seorang wanita yang mempunyai warna rambut blonde yang asli. Korang lagi suka yang mana satu? Rambut gelap ke rambut blonde?

KATALAKI: Filem terbaru lakonan Sophie Turner, Dark Phoenix akan ditayangkan pada 6 Jun 2019 nanti.

Last modified: 3 May 2019