5 Rappers Wanita Yang Korang Patut Layan

Sembang

Jika diikutkan Industri muzik tempatan bergenre Hip-Hop semakin lama semakin diterima ramai. Terutama sekali daripada komen dan feedback netizen yang sudah pun menerima rentak muzik Hip-hop dengan secara positif. Tak lupa jugak dengan kebangkitan rappers mahupun group Hip-Hop movement  yang sudah pun mempunyai pengikut mereka yang tersendiri.

Walaupun indusri Hip-Hop ini semakin berkembang. Ianya masih lagi dipelopori oleh rappers-rappers lelaki kalau nak dibandingkan dengan wanita. Tak ramai pun gadis-gadis rap yang berjaya tembusi pasaran ‘mass market’. Disebabkan itu, Thelaki nak highlight kat korang 5 gadis Hip-Hop yang korang perlu layan. Ayuh layan…

Image via: Thelaki.com.my

Zizi Kirana

Daripada menjadi seorang bintang yang memulakan kariernya selepas tersenarai sebagai salah seorang daripada 12 finalis rancangan realiti TV Akademi Fantasia. Siapa sangka yang tiba-tiba Zizi Kirana kini bergelar penyanyi Hip-Hop dan salah seorang daripada artis Hip-Hop wanita yang disegani di Malaysia.

Mungkin disebabkan tidak mahu pertanding diantara penyanyi-penyanyi wanita yang sedia ada, Zizi Kirana memilih untuk menceburi dalam industri muzik Hip-Hop sebagai salah seorang penyanyi untuk kumpulan The Fabulous Cat dan selepas itu menyumbangkan rap verse beliau bersama kumpulan Nukilan. Kini, nama Zizi Kirana tak perlu lagi diperkenalkan dikalangan peminat muzik Hip-Hop tempatan. Dibawah label Mixology bersama barisan yang diketuai oleh DJ Fuzz, antara lagu Zizi Kirana yang paling diminati ramai tentunya “Nak Ke Tak Nak” ciptaan W.A.R.I.S.

Image via: Thelaki.com.my

Sophia Liana

Memang betul tak ramai wanita di Malaysia ini yang mampu rap dengan laju dan padu, but not for Sophia Liana lah sebab beliau memang dah berjaya buktikan yang beliau mampu rap dengan kadar BPM yang tinggi dan sebutan yang jelas.

Bukan sekadar mempunyai rupa yang cantik dan jelita, salah seorang anggota kumpulan Defam ini juga mampu mendominasikan pentas dengan skill tarian persembahannya. Yang paling membuatkan aku kagum sekali apabila Sophia Liana sendiri dah pun produce lagu-lagu rap versenya sendiri dan I have to say memang padu beb! Selain tu, Sophia Liana jugak rajin share video-video cover rap verses di Instagram. Kalau korang pulak rajin, silalah layan channel Youtube, Sophia Liana kat SINI.

Image via: Thelaki.com.my

Hullera

Suatu ketika dulu nama Hullera pernah menjadi bualan di media sosial selepas viral videonya di pentas persembahan showcase Hearmeout. Berasal dari Bukit Jelutong, dibawah label 40K Records, gadis yang berusia 20 tahun ini memulakan bidangnya dalam scene Hip-Hop pada tahun 2017. Mengukuhkan tempatnya di industri Hip-Hop, “Keep it Real” merupakan single debut Hullera dan seterusnya tampil di dalam track berjudul “Bad Minah”, hasil kolaborasi bersama Ramengvrl yang merupakan rapper wanita Hip-Hop dari Jakarta, Indonesia.

Sekali lagi nama gadis ini menjadi sebutan selepas muncul dalam siri Youtube channel Hip Hop 16 Baris. Kini Hullera muncul dengan single Hip-Hop/R&B terbaharu berjudul “Biarkan”. Style rap Hullera ni antara yang berjaya menarik perhatian aku. Cara sebutan yang padu mengingatkan aku kepada rap verses Akim Jahat.

Image via: Youtube.com

Bunga Isme

Ini juga antara gadis scene Hip-Hop yang menjadi petikan Netizen. Sama seperti Hullera, nama Bunga Isme juga menjadi bualan di media sosial setelah video beliau melontarkan beberapa rap verses mendapat kiraan Retweets yang banyak dan juga kemunculannya di dalam episod ke-15 channel Hip-Hop 16 Baris di Youtube.

Yang paling menarik perhatian ramai adalah bukan saja Bunga gadis berhijab yang muncul di scene Hip-Hop, tetapi pemilik nama Noor Ayu Fatini yang berusia 19 tahun ini juga turut mengekalkan identiti dengan berbaju kurung ketika mengadakan persembahan. Something different, berlainan sangat dengan artist-artist Hip-Hop lain lah.

Image via: Kaydaaziz.com

Kayda Aziz

Terakhir dalam senarai kita ada anak kepada 2 legend muzik Malaysia, Roslan Aziz dan Datuk Sheila Majid ini yang bukan sahaja boleh rap tetapi dikenali juga sebagai seorang penyanyi, penulis lirik, penari dan juga seorang pelakon. Senang citer, Kayda ni multi-talented lah.

Walaupun mempunyai citarasa muzik yang berbeza dengan ibunya yang merupakan Ratu Jaz negara. Kayda mahu lebih dikenali dengan kontribusinya di dalam scene muzik Hip-Hop. Membesar dengan lagu-lagu daripada artis Hip-Hop ternama seperti Too Phat, Ruffedge dan Teh Tarik Crew, antara lagu Kayda Aziz yang menjadi siulan ramai adalah lagu “Go Hard or Gostan”; projek kolaborasinya bersama Hunny Madu.

Paling yang aku rasa power sekali, Kayda aziz ni bukan saja boleh rap dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu. Tapi Kayda juga pernah muncul dengan track rap dalam bahasa Mandarin. Power tak power bhai?

KATALAKI: Makin lama makin meriah scene Hip-hop….

Last modified: 2 June 2019