5 Red Army Dilamar Darkhorse Esports!

Game, Tech

Agak lama kita tak dengar tentang pasukan Mobile Legends Five Red Army. Aku rasa kali terakhir aku tengok dorang bertanding adalah pada kejohanan Mobile Legends eCurve Gaming Championship (EGC) 2019 yang dijalankan pada sepanjang bulan Mac yang lepas.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan Five Red Army cuma mampu memperolehi tempat ketiga selepas dikalahkan oleh pasukan All is Well dan Fruity Warriors. Namun baru-baru ini pasukan Five Red Army telah membuat kejutan bila mereka telah dilamar untuk bergabung dengan satu Esports agency terkemuka di Malaysia iaitu Darkhorse Esports.

Darkhorse Esports telah mengambil pasukan Five Red Army bagi memeriahkan lagi scene Esports competitive Mobile Legends di Malaysia. Pasukan terbaru daripada Darkhorse Esports ini dilihat kini lebih bersedia dan mereka juga mempunyai rekod pernah mengalahkan beberapa pasukan Mobile Legends terkemuka di Malaysia seperti GeekFam dan juga Axis Bosskur, Dalam satu kenyataan yang di post di Facebook Page rasmi Darkhorse, mereka menyatakan yang mereka telah bersedia untuk memasuki kejohanan MPL MY/SG season hadapan.

Berikut adalah senarai nama ahli pasukan Mobile Legends Darkhorse Five Red Army:

  • Muhammad “Sepat” Irfan
  • Wan “4Meyz” Usman
  • Muhammad “Inferni” Saiful
  • Muhammad “CooL” Aizat
  • Muhammad “Anip” Haniff
  • Hisyam “Dragon” Bin Hardira (Analyst)

Selain memperkenalkan pasukan terbaru Mobile Legends mereka, Darkhorse juga menyatakan yang pasukan Darkhorse CS:GO mereka akan mewakili Malaysia ke kejohanan WESG SEA setelah mereka berjaya memenangi WESG MY National Qualifiers. WESG SEA akan berlangsung pada 31 Oktober sehingga 3 November 2019.

Pasukan ini juga turut dilihat mempunyai prestasi yang bagus apabila mereka dinobatkan pasukan nombor 1 di Malaysia berdasarkan statistik daripada HLTV. Berikut merupakan senarai nama players yang akan mewakili Malaysia bagi pasukan Darkhorse CS:GO:

  • Chun “Divine” Ting
  • Ryan “dReamy” Tan
  • Hoc “Fayde” Wah
  • Kai “Fish” Fong
  • Aiman “r3flex” Hakim

Darkhorse juga menyatakan yang mereka akan bekerjasama bersama-sama dengan Fitlion dan HEAL Studio untuk promoting healthy gaming dan juga hubung kait antara kecergasan fizikal dan juga competitive performance. Kerjasama ini dilihat untuk memastikan pemain-pemain mempunyai kecergasan fizikal yang mantap dan mampu untuk memberikan performance yang terbaik.

KATALAKI: Semoga pasukan Darkhorse CS:GO berjaya bawa pulang piala semasa WESG SEA nanti!

Last modified: 10 October 2019