Di setiap pelusuk negara, terdapat beberapa restoran yang boleh dikatakan agak pelik dan juga terkenal. Bila bercakap tentang pelik ini ia sama ada menu yang dorang hidangkan itu pelik, konsep restoran yang dorang bawakan itu yang pelik ataupun kedua-duanya sekali.
Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa restoran pelik yang ada diseluruh dunia. Kalau korang berani, korang cubalah datang makan dekat restoran yang aku dah senaraikan ini!
KAYABUKIYA TAVERN

Image Via: http://www.storytrender.com
Restoran yang pertama ini tak adalah pelik sangat. Dia lebih kepada comel berbanding pelik. Restoran yang terletak di bandar Utsunomiya, Jepun ini nampak seperti sebuah restoran yang normal daripada luarannya tapi bila korang masuk sahaja ke dalam restoran ini, korang mesti akan pelik dengan pekerja-pekerja dia.

Image Via: http://www.storytrender.com
Restoran ini terkenal sebab dia mempunyai dua ekor monyet yang dalam masa yang sama bekerja sebagai pelayan dalam restoran ini. Salah seekor monyet yang dinamakan sebagai Yat-Chan lengkap berpakaian seragam dan akan mengambil pesanan dan juga menghantar pesanan makanan dan minuman pelanggan ke meja dorang. Monyet kedua pula dinamakan sebagai Fuku-Chan akan membawa tisu panas kepada pelanggan!.
NEW LUCKY RESTAURANT

Image Via: http://sanjayausta.photoshelter.com
Korang nak merasa makan dengan orang yang dah mati? Kalau korang ada cita-cita pelik macam itu, aku cadangkan korang pergi ke New Lucky Restaurant yang terletak dekat Ahmedabad, India ini. Nama yang selalu orang gunakan untuk panggil restoran ini adalah The Graveyard Restaurant.

Image Via: http://sanjayausta.photoshelter.com
Tengok nama pun korang mesti dah tahu macam mana keadaan restoran inikan? Restoran ini termasuk dalam list aku sebab ianya dibina diatas kubur-kubur lama. Korang mungkin ingat kubur ini mungkin ada dibawah restoran tapi sebenarnya kubur-kubur ini akan berada betul-betul dekat tepi meja korang!
THE CLINIC

Image Via: https://www.designboom.com
Salah satu restoran paling pelik di dunia ini terletak betul-betul dekat negara jiran kita iaitu Singapura. Restoran ini mendapat nama The Clinic kerana segala perabot yang dorang gunakan untuk restoran ini datangnya daripada hospital-hospital di Singapura.

Image Via: https://www.designboom.com
Bila korang masuk dalam restoran ini, korang akan nampak kerusi yang dorang gunakan adalah kerusi roda, meja pula menggunakan meja bedah dan pelayan di restoran ini akan memakai uniform jururawat sama macam korang nampak dekat hospital. Malangnya restoran ini telah pun ditutup pada tahun 2018.
MODERN TOILET RESTAURANT

Image Via: https://www.ourawesomeplanet.com
Kalau korang bawa mak dan ayah korang makan dekat restoran ini, aku berani jamin telinga korang akan bernanah kena bebel hahaha! Restoran yang mula popular di Taiwan ini membawa tema tandas dalam semua benda dekat restoran dia.

Image Via: https://www.ourawesomeplanet.com
Kerusi tempat duduk korang adalah daripada toilet dan makanan korang juga akan dihidangkan dalam pinggan dan mangkuk yang berbentuk seperti tandas. Restoran Modern Toilet ini pernah ada dekat area Bukit bintang tapi rasanya dah lama tutup sebab siapa dia nak makan dalam tandas!
THE ROBOT RESTAURANT

Image Via: https://blog.gaijinpot.com
Di sebuah bilik bawah tanah yang terletak di bandar Shinjuku, Jepun terdapat sebuah restoran yang akan membuatkan korang berada seperti di masa hadapan dan membuatkan korang pening dalam masa yang sama.

Image Via: https://blog.gaijinpot.com
Restoran ini dipenuhi dengan robot dan sambil korang menikmati makanan dan minuman korang, satu persembahan robot akan diadakan dihadapan korang. Tak dilupakan semasa persembahan robot ini diadakan, pelbagai lampu neon berwarna-warni akan menghiasi restoran ini. Sebab itu aku cakap korang akan makan dalam keadaan pening kepala hahaha!
KATALAKI: Impian aku nak pergi dekat Kayabukiya Tavern tu sebab monyet dia comel gila!