5 Sebab Kenapa Aku Prefer Android Phone!

Gadget, Tech

Kadang-kadang ada juga kawan-kawan aku yang datang dekat aku and tanya “Mok, kenapa kau suka pakai Android phone eh? iPhone kan lagi padu?” Kadang-kadang aku just senyum and angguk saja tapi bila dah selalu sangat tanya aku pun naik bosanlah pula!

Bukannya aku tak ada duit nak beli iPhone sebab pernah sekali dalam setahun aku pernah beli tiga biji Android phone yang kalau ditambah semua harga phone ini memang boleh sangat aku beli iPhone X. Aku kerap tukar bukan sebab smartphone yang aku pakai sebelum ini cepat rosak ke apa cumanya aku suka dengan feature yang dorang bawakan. Jadi hari ini aku nak share dengan korang kenapa aku lebih prefer pakai Android smartphone dan bukannya iPhone.

HARGA

Walaupun aku mampu untuk beli iPhone, tapi sebagai orang yang cerdik aku lebih suka kurangkan duit yang aku spend tapi still boleh dapatkan smartphone yang terbaik. Kalau korang tengok di dalam pasaran sekarang, korang boleh nampak macam mana Android monopoli smartphonesmartphone midrange dengan harga yang yang tak masuk akal punya murah.

Dengan harga bawah RM1500, korang boleh dapatkan sebuah Android smartphone yang mempunyai battery yang besar, chipset yang bagus dan sesuai untuk bermain permainan video dan tak dilupakan quality camera yang dorang letak pada smartphone ini. So kenapa nak spend lebih?

CUSTOMIZATION

Feature ini merupakan satu feature yang korang tak akan dapat dekat iPhone iaitu kelebihan untuk customize sendiri smartphone korang. Korang boleh buat macam-macam sebagai contohnya meletakkan app icon korang dekat mana-mana yang korang nak, menggunakan pelbagai third party keyboard dan menggunakan apa sahaja browsers yang korang nak macam Chrome, Opera dan macam-macam lagi.

Korang juga boleh memilih pelbagai jenis Launcher yang korang minat. Launcher ini kegunaan dia adalah menukar permukaan desktop korang mengikut keselesaan dan pilihan korang sendiri. Antara Launcher yang aku paling suka untuk Android smartphone adalah Nova Launcher. Bagi aku Nova Launcher membuatkan desktop phone aku nampak lebih kemas.

SPLIT SCREEN

Walaupun feature ini tak ramai pengguna Android yang gunakan, tapi bagi aku feature ini adalah satu feature yang sangat berguna untuk aku. Dengan menggunakan feature Split Screen pada smartphone, aku boleh melihat video di Youtube sambil baca artikel-artikel daripada website pilihan aku.

Sebenarnya feature ini telah pun diperkenalkan pada iPad pada IOS 11 yang dikeluarkan pada tahun 2017 tapi aku tak paham kenapa Apple tidak meletakkan feature ini pada iPhone dorang. So kalau korang jenis yang suka feature Split Screen, Android smartphone adalah satu-satunya pilihan yang korang ada.

UNLOCK OPTION

Keselamatan adalah satu benda yang penting. Kita diberikan pelbagai pilihan keselamatan dan kita boleh pilih yang mana sahaja yang kita selesa untuk gunakan. Kita ada yang paling basic iaitu Password, Finger Print Scanner dan juga Face Scanner.

Kita ambik contoh Finger Print Scanner yang mana bergantung pada smartphone yang korang guna, feature ini terdapat pada belakang smartphone, di tepi smartphone, button di bahagian depan ataupun yang paling aku suka Finger Screen Scanner yang terdapat pada screen smartphone seperti Vivo V15 Pro yang aku pakai sekarang. Dulu iPhone juga ada ciri seperti ini yang dipanggil Touch ID namun Apple mengambil keputusan untuk mengeluarkan feature ini daripada smartphone dorang.

BACK BUTTON

Ini boleh dikatakan salah satu sebab kenapa aku paling tak suka nak pakai iPhone sebab back button dorang. Ya aku tahu pengguna iPhone boleh menggunakan pelbagai cara sebagai back button tapi ia cuma berpandukan pada aplikasi yang korang sedang gunakan. Antaranya korang boleh swipe up ataupun menekan back button yang berapa pada bahagian atas search browers.

Tapi bila korang menggunakan Android phone, korang dah tahu back button korang dekat mana iaitu di bahagian bawah kiri. Placing back button pada Android lebih mudah untuk digunakan berbanding back button pada iPhone yang terdapat pada bahagian kiri atas. Boleh cramp tangan aku kalau aku guna iPhone!

via GIPHY

So ini adalah antara sebab kenapa aku lebih suka memilih untuk menggunakan Android smartphone berbanding Apple iPhone. aku tak cakap Android smartphone perfect tapi featurefeature yang dorang letakkan pada smartphone dorang bagi aku lebih senang dan selesa untuk digunakan. Jadi ini adalah pendapat aku yang tak seberapa sahaja #NoHate.

KATALAKI: Tak kiralah yang mana satu yang korang pilih, in the end itu semua duit korang so lantak koranglah nak beli Android smartphone ataupun Apple iPhone!

Last modified: 27 May 2019