5 Sebab Parasite Filem Asia Pertama Memenangi Oscars

Sembang, ZAP, ZeKool

ϟ Trending

Baru saja kita dikejutkan dengan kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang baru saja berlangsung pada 9 Februari 2020. Keesokkan paginya kehangatannya tertumpu pula kepada kehangatan anugerah Oscars atau dikenali sebagai Academy Awards yang ke-92.

Ketika korang sedang menghadam artikel ini, korang juga sedia maklum bahawa filem dari Korea Selatan berjudul Parasite sudah berjaya membawa pulang anugerah terbesar di Academy Awards. Keseluruhan pelakon dan team kreatif filem tersebut menakluk pentas Academy Awards yang berlangsung pada 9 Februari 2020 dengan 4 anugerah yang berjaya dimenangi.

FILEM ASIA PERTAMA DALAM SEJARAH

Fenomema kemenangan filem Parasite adalah yang pertama dalam sejarah Academy Awards kerana filem tersebut berjaya menjadi filem pertama bukan berbahasa inggeris untuk memenangi anugerah filem terbaik di Academy Awards. Parasite juga adalah filem pertama dari Korea Selatan untuk memenangi anugerah Best Picture, ianya juga adalah satu-satunya filem yang memenangi anugerah filem terbaik hasil para pelakon sepenuhnya dari Asia.

ini dengan secara automatik melonjakkan nama pengarah dan penerbit filem Parasite; Bong Joon-ho dengan total sebanyak empat anugerah Oscars yang telah ditapau oleh filem Parasite iaitu Best Picture, Best Director, Best International Feature Film, dan Best Original Screenplay.

Tak lupa juga, filem Parasite meletakkan negara Korea Selatan sebagai filem pertama negara tersebut untuk tercalon dalam kategori International Feature Film atau kategori yang sebelum ini dikenali sebagai Foreign Language Film.

10 FILEM ASING SEJARAH OSCARS

Image via: https://www.empireonline.com/

Menurut laman web Theguardian.com, dalam sejarah Academy Awards, hanya ada 10 filem berbahasa asing yang berjaya tercalon dalam ketegori Best Picture, dan kemenangan filem Parasite berjaya mencipta sejarah pada anugerah yang berprestij Hollywood.

PARASITE KALAHKAN JOKER!

Bukan hanya filem Joker, tetapi filem-filem hebat seperti Ford v Ferrari, The Irishman, Marriage Story, Little Women, 1917, Once Upon a Time in Hollywood, Jojo Rabbit juga telah berjaya dikalahkan oleh filem Parasite ini.

Antara yang paling mengejutkan industri perfileman Hollywood adalah apabila filem ke-11 arahan Bong Joon-ho itu berjaya mengalahkan filem epik tentang peperangan dunia pertama; 1917 dan filem arahan pengarah living legend Quentin Tarantino; Once Upon a Time in Hollywood dan filem yang disangkakan ramai untuk merangkul anugerah filem terbaik; Joker.

FILEM LAIN DARIPADA 91

Dengan kemenangan filem Parasite ini, ianya membuktikan pihak Academy Awards telah membuat pilihan yang tepat untuk menghargai filem yang berlainan daripada filem yang pernah disanjungi sejak 91 kali berlangsungnya acara kemuncak Academy Awards. Memetik sumber yang diambil daripada laman rasmi CNN.com, menurut seorang pakar socialogist; Nancy Wang Yuen berkata dengan kemenangan filem Parasite yang dinobatkan sebagai anugerah filem terbaik Oscars, ini sedikit sebanyak membuka peluang kepada lebih ramai lagi pelakon Asian-American yang sukar mendapat peluang di arena penganugerahan Hollywood.

“Lebih banyak orang Asia berjaya di pentas antarabangsa, saya rasa orang Asia di Amerika Syarikat berasa seperti itu akan membuka lebih banyak peluang untuk pelakon Asia-Amerika di Hollywood.” kata penulis buku “Reel Inequality: Hollywood Actors and Racism,” Nancy Wang Yuen.

FENOMENA #BONGHIVE

Bukan sahaja filem Parasite yang berjaya melakar sejarah pada anugerah berprestij Hollywood tersebut. Tetapi filem Parasite juga berjaya mencipta fenomena buat pengarah filem Bong Joon-ho. Pengarah filem Parasite; Bong Joon-ho juga berjaya melonjakkan nama beliau di media sosial apabila namanya menjadi bualan di Twitter dengan rata-rata para peminat yang mengunakan #Bonghive sebagai tanda sokongan buat filem dan pengarah tersebut. Tanda #Bonghive itu dikatakan di inspirasi daripada #Beyhive yang pernah digunakan oleh para peminat Beyonce.

Dengan kemenangan yang diterima oleh Bong Joon-ho dan filem Parasite; ianya turut memperkenalkan filem-filem hasil karya pengarah tersebut kepada lebih ramai lagi peminat filem di Amerika Syarikat sekaligus membuka ruang yang lebih besar untuk filem-filem Asia bertanding pada peringkat antarabangsa. Tahniah buat Bong Joon-ho dan filem Parasite!

KATALAKI: K-pop dah take-over music Amerika, sekarang filem pula hewhewhew…

ϟ Trending

Last modified: 19 February 2020