5 Sebab Telegram Lagi Bagus Daripada Whatsapp

Tech, ZAP, ZeKool

Memang sudah kita ketahui sebahagian besar pengguna smartphone adalah pengguna aplikasi Whatsapp messenger. Aplikasi Whatsapp adalah antara must have aplikasi media sosial yang terdapat di dalam setiap telephone pintar atau smartphone.  

Ianya juga adalah aplikasi yang mudah untuk digunakan selain ianya juga adalah features yang mengantikan penggunaan SMS untuk kita semua berhubung dengan pengguna smartphone yang lain. Whatsapp juga adalah aplikasi pesanan media sosial yang paling top yang digunapakai yang dimiliki oleh syarikat media sosial gergasi Facebook.

Sehebat-hebat aplikasi Whatsapp ini pula, sudah tentunya pesaing untuk aplikasi Whatsapp ini juga tak kurang hebatnya, dan aplikasi tersebut adalah aplikasi bernama Telegram. Kebanyakkan ‘geek freak’, dan mereka-mereka yang bijak IT akan lebih cenderung mengunakan Telegram daripada Whatsapp. Saya sendiri mengunakan kedua-dua aplikasi ini sebab setiap aplikasi ini ada kelebihan masing-masing.

Okay kita cerita sikit fasal sejarah ringkas aplikasi Telegram ni. Aplikasi Telegram ini diwujudkan pada tahun Ogos tahun 2013 oleh dua adik beradik yang bernama Nikolai dan Pavel Durov berasal dari Rusia. Mereka berdua ini juga adalah pencipta platform media sosial yang dikenali sebagai VK, ianya merupakan aplikasi media sosial terbesar di Rusia. Selepas berjaya mencipta laman media sosial VK, dua beradik ini akhirnya tinggalkan syarikat media sosial yang mereka ciptakan itu apabila berlakunya pertukaran hak milik.

Pada tahun 2013, dua beradik ini mula mengembangkan idea untuk membina sebuah aplikasi perkhidmatan pesanan ringkas yang dikenali sebagai Telegram. Namun syarikat Telegram adalah syarikat nonprofit yang terletak di Berlin, Jerman yang tidak ada kaitan langsung sama sekali dengan aplikasi media sosial VK.

Kalau dilihat, hasil aplikasi ciptaan Nikolai dan Pavel secara asasnya memang seperti aplikasi messsaging standard sama seperti Whatsapp. Tetapi Telegram mempunyai ciri-ciri yang lebih better kalau berbanding Whatsapp yang lebih basic untuk menghantar text secara ringkas.

Jom kita usha apa features yang unik terdapat dalam aplikasi Telegram yang ramai tak tahu.

UNLIMITED STORAGE

Aplikasi Telegram ini sebenarnya menyediakan unlimited storage atau simpanan tanpa had. Maksudnya semua gambar, video, media files, dan dokumen yang korang hantar kepada sesiapa akan disimpan dalam cloud storage secara percuma. Korang boleh log out dan log in semula beberapa kali daripada pelbagai devices dalam pada masa yang sama tanpa hilang data daripada Telegram yang korang gunakan. Jadi tak perlu risau kalau perlu backup atau restore.

Berbeza dengan aplikasi Whatsspp yang akan menyimpan file-file data ini bergantung pada kapasiti size iCloud atau Google Drive korang.

HANTAR FILE SIZE BESAR

Kebanyakkan smartphone zaman sekarang ni dilengkapkan dengan ciri-ciri yang memberikan pengguna gambar atau video yang berkualiti tinggi, yelah setiap smartphone zaman sekarang ni pun kualiti average dalam 12-30 megapixel. Dengan kualiti yang tinggi, tentunya akan memakan kadar file size yang tinggi jugak.

Antara yang menjadi tarikkan aplikasi Telegram ini adalah ianya mampu menghantar gambar atau video bersaiz besar tanpa menurunkan kualiti gambar atau video tersebut. Telegram support penghantaran file sehingga file size sebesar 1.5gb. Pengguna boleh hantar gambar atau video secara uncompressed dalam bentuk original file size.

Beza dengan Whatsapp yang mempunyai limit file size sehingga 16mb, kalau hantar file uncompressed pulak, hanya file size bawah 100mb je yang dibenarkan.

SUPERGROUP!

Kalau buat group chat dalam Telegram, sebanyak 200 ahli yang boleh dimuatkan, namun bila group ni dah penuh. Pengguna boleh transform group biasa ni kepada Supergroup dengan kapasiti ahli sebanyak lebih 5,000 pengguna. Supergroup juga ada lebih banyak features daripada group biasa.

Ciri-ciri yang menarik dalam Telegram group chat ni adalah nombor telefon pengguna tidak akan dipaparkan dalam group Telegram. Yang hanya boleh nampak dalam list ahli group hanyalah username pengguna didalam group. Jadi selamat sikit la kalau korang masuk dalam mana-mana group dengan ahli-ahli yang tak familiar sangat tu.

CHAT RAHSIA

Let say korang tengah membawang dengan member korang dan korang tak nak perbualan tu tertinggal dalam chat tersebut. Korang boleh hantar dalam bentuk Secret Chat dengan pilihan timer pada jam tertentu.

Bila dah set timer, message yang korang hantar tu akan padam secara automatik setelah ianya dibaca. Jadi boleh membawang dengan selamat!

CHANNEL OFFICIAL

Yang ni boleh dikira sebagai features lain daripada yang lain lah dalam Telegram. Dengan fungsi Channel, pengguna boleh join mana-mana Channel untuk dapatkan update terbaharu on the spot daripada Channel tersebut, bilangan ahli subscribers dalam channel adalah unlimited.

Dalam features channel ni korang boleh join mana-mana channel artis kegemaran korang, portal berita atau channel bola sepak, channel-channel informative, channel gaming, channel filem terbaharu dan banyak lagi channel Telegram best yang korang boleh join.

Neelofa antara antara selebriti Malaysia yang mempunyai channel rasmi di Telegram dengan jumlah subscribers sebanyak lebih 180,000. Kementerian kerajaan kita pun ada channel rasmi di Telegram. Contoh macam Kementerian Kesihatan Malaysia, so boleh la dapatkan info dan perkembangan up to date.

Oh btw, Thelaki pun ada channel rasmi kat Telegram tau, nak dapatkan update terbaharu daripada Thelaki. Dekat dalam channel rasmi Thelaki korang boleh dapatkan artikel terbaharu, video-video dan gambar-gambar terbaharu. Korang boleh search channel @thelakione di Telegram atau klik je kat SINI https://t.me/thelakione.

KATALAKI: Fungsi hantar gambar/video hires kat Telegram ni memang membantu sangat…

Last modified: 19 May 2020