5 Sidekick Terbaik Filem-Filem Marvel!

Sembang

Sememangnya kita semua tahu dah betapa besar sebenarnya dunia Marvel Cinematic ini dan kalau bab-bab superhero dalam Marvel Cinematic Universe ini memang banyak lah kalau nak disenaraikan. Yang paling ramai orang ingat dan tahu luar dan dalam seperti Captain America, Iron Man, Black Panther, dan tak lupa juga senarai supervillains macam Loki, Killmonger, Red Skull.

Tapi disebabkan dunia MCU ni besar, sehinggakan terdapat juga beberapa watak yang yang diciptakan sebagai superhero supporting atau sidekick. Jadi kali ni kita nak senaraikan beberapa sidekick yang memang patut diangkat sebagai sidekick yang terbaik dalam dunia MCU.

THE WARRIORS THREE AND LADY SIF

Pertubuhan kumpulan yang dikenali sebagai The Warriors Three didalam siri komik Thor ini mula terjadi apabila Volstagg the Velte, Fandral the Dashing dan Hogun the Grim mula menjadi kawan baik, dari situ mereka bersetuju untuk menubuhan The Warriors Three ini demi menjaga dan menyelamatkan warga Asgard daripada bermacam jenis bahaya atau bencana. Kiranya, The Warriors Three ini adalah pahlawan-pahlawan yang hebat ditugaskan untuk menjaga dunia Asgard.

Apabila The Warriors Three join Lady Sif dan Loki untuk singgah dan melawat bumi manusia pada abad ke sebelas, lawatan mereka itu dianggapkan sebagai suatu yang menakjubkan dan mereka disembah oleh masyarakat Norse yang menyangkakan mereka ini adalah dewa-dewa dari kayangan.

The Warriors Three dan Lady Sif ini boleh dikatakan sebagai bestfriend kepada Thor, dan mereka sangat setia dalam membantu dan menolong Thor daripada pelbagai jenis ancaman. The Warriors Three dan Lady Sif ini korang boleh saksikan dalam dua filem pertama Thor. Namun watak mereka telah dibunuh dalam sekelip mata dan seterusnya watak mereka tidak pernah disebutkan lagi.

MARIA HILL

Commander Maria Hill atau lebih dikenali sebagai Maria Hill ni adalah orang kanan dan watak yang akan selalu ada apabila munculnya watak Nick Fury dalam filem-filem Avengers. Maria Hill ni sebenarnya merupakan Timbalan Pengarah untuk pertubuhan S.H.I.E.L.D, tu sebab Maria Hill ni ada pangkat “Comannder” dan memang layak digelarkan sebagai orang kanan atau sidekick kepada Nick Fury. Jangan ingat dia ni assistant pulak. 

Dalam filem Avengers: Civil War, Maria Hill telah dipecat daripada Stark Industries oleh Tony Stark, dan Maria juga tersenarai sebagai salah satu daripada lima puluh peratus sebahagian penduduk universe yang ghaib oleh kuasa petikkan Infinity Gauntlet yang dipakai oleh Thanos.

WONG

Wong ni pula adalah orang kanan buat Dr Strange, dan bukan saja orang kanan tapi boleh dikatakan sidekick yang paling setia untuk superhero yang mempunyai kuasa misteri itu.

Wong pertama kali dikenalkan menerusi penerbitan komik Strange Tales isu #110 yang dipasarkan pada tahun 1963. Menerusi filem-filem Dr Strange, Wong ini merupakan salah seorang Master of the Mystic Arts yang bertempat di Kamar-Taj. Apabila watak liberian of Kamar-Taj dibunuh oleh Kaecilius dan Zealots, Wong kemudian menjadi penjaga yang melindungi kesemua buku kuno yang berkuasa dalam pengajaran Mystics Arts sehinggalah Wong bertemu dengan Dr Strange dimana Wong banyak membantu Dr Strange dalam mempelajari Mystic Arts.

JARVIS

Kalau dalam filem-filem terawal Iron Man dan juga siri The Avengers, Jarvis ini merupakan suatu personaliti yang disuarakan oleh Paul Bettany, jadi senang cerita, sebelum Paul Bettany melakonkan watak sebagai Vision. Beliau merupakan “sidekick” untuk Iron Man atau A.I assistant Tony Stark.

Apa yang paling best tentang watak Jarvis ni adalah Jarvis ni bukan je robot yang boleh membantu Tony Stark aka Iron Man dalam bermacam bentuk keadaan saja. Tapi Jarvis ini jugak boleh faham emosi dan memberikan tindak balas atau response yang menepati situasi tersebut.

Pasti ramai nak tahu juga kenapa nama dia Jarvis? Okay sebenarnya nama Jarvis ni di inspirasikan daripada Edwin Jarvis yang merupakan seorang pembantu atau butler yang pernah berkhidmat untuk Howard Stark. Jadi Tony Stark memberikan tribute buat Edwin Jarvis dengan menamakan A.I assistant beliau sebagai Jarvis.

Kehebatan Jarvis ni tak boleh disangkalkan lagi, walaupun kita hanya mampu mendengar suara Jarvis ni saja, tapi Jarvis ini juga dikuasakan dengan sistem artificially intelligent yang membolehkan beliau untuk menjalankan business Stark Industries, menjadi penjaga Tony Stark Mansion dan Stark Tower.

DORA MILAJE – OKOYE & AYO

Mungkin ramai penonton filem-filem MCU tak aware atau perasan tentang kewujudan pahlawan wanita yang digelarkan sebagai Dora Milaje. Dua ahli yang paling terserlah daripada Dora Milaje adalah Okoye dan Ayo.

Okoye merupakan pangkat General memerangkap ketua Wakandan Armed Forces manakala Ayo pula adalah second in command dalam kumpulan pahlawan Dora Milaje di Wakanda ni. Mereka berdua ini juga boleh dikatakan sidekick yang banyak membantu dan menjaga T’Challa dalam setiap misi yang diperlukan. Tugasan ahli kumpulan Dora Milaje ni boleh dikatakan sebagai penjaga untuk ketua negara Wakanda. Selain itu mereka ini adalah pahlawan wanita yang bersedia mengadaikan nyawa buat bumi Wakanda.

KATALAKI: Top 5 ni kira sidekick yang main peranan penting dalam MCU la jugak an…

Last modified: 10 August 2020