5 Single Player Game Terbaik

Game, Tech

Zaman sekarang, genre gaming mostly fokus kepada gamegame online, mobile games atau senang cerita apa saja games yang dorang boleh jadikan sebagai competition dan masukkan dalam Esports. Jadi bila jadi macam ini, gamer yang minat single player games macam aku akan ketandusan game untuk dimainkan.

via GIPHY

Tapi walaupun lambakan game developer mula fokus kepada gamegame multiplayer dan competitive, masih ada gaming developer yang keluarkan dan ingat tentang single player gamer dan dorang keluarkan single player games yang bagi aku sangat-sangatlah best. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa single player games yang terbaik bagi aku.

RED DEAD REDEMPTION 2

Aku tak pernah main game Red Dead Redemption yang pertama sebelum ini tapi Red Dead Redemption 2 aku boleh kata single player games yang paling aku suka dan paling berbaloi aku pernah main. Dengan storyline dia yang mantap, game ini berjaya buat aku menangis disebabkan ending dia!

Game yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh Rockstar Games telah berada dipasaran sejak Oktober 2018 untuk Playstation 4 dan juga Xbox One. Game ini merupakan game ketiga untuk siri Red Dead dan merupakan prequel untuk Red Dead Redemption yang dikeluarkan pada 2010.

GOD OF WAR

Selepas beberapa tahun akhirnya Sony Interactive Entertaiment keluarkan juga game terbaru untuk siri God of War. Berbeza dengan game sebelum ini, God of War 2018 membawakan storyline dan gameplay yang berbeza daripada siri God of War yang lain.

Kali ini Kratos bukan lagi melawan tuhan-tuhan Greek tapi kini Kratos akan melawan tuhan-tuhan daripada Norse mythology pula. Dia juga sekarang sudah semakin tua dan mempunyai anak lelaki. Dengan weapon yang baru, korang memang akan puas hati bila habiskan game God of War 2018 ini.

OKAMI

Okami merupakan game Playstation 2 yang pertama aku main dan game Playstation 2 yang paling aku minat. Aku tak ingat berapa kali dah aku main game Okami ini tapi setiap kali aku main, aku sentiasa tertarik dengan storyline dan juga design game ini.

Okami merupakan action-adventure game yang dihasilkan oleh Clover Studio dan dikeluarkan oleh Capcom. Ia telah dikeluarkan untuk PlayStation 2 pada tahun 2006 di Jepun dan Amerika Syarikat manakala untuk Eropah dan Australia pada tahun 2007.

BATMAN ARKHAM SERIES

Antara games superhero yang paling aku minat dan aku rasa satu-satunya game superhero yang pernah dikeluarkan tapi tak flop macam game superhero yang lain. Ye aku tahu Batman Arkham Knight punya storyline tak best, jangan risau sebab aku pun rasa macam itu tapi tiga series dia sebelum ini aku tetap suka!

Batman Arkham Series ada empat siri utama. Yang pertama sekali dikeluarkan adalah Batman: Arkham Asylum pada tahun 2009, Batman: Arkham City pada tahun 2011, Batman: Arkham Origin pada tahun 2013 dan yang terakhir sekali Batman: Arkham Knight pada tahun 2015.

TOMB RAIDER

Untuk trilogi Tomb Raider, aku cuma suka Tomb Raider pertama yang dorang keluarkan pada tahun 2013 sahaja. Untuk Tomb Raider kedua iaitu Rise of the Tomb Raider aku rasa just meh dan yang terakhir Shadow of the Tomb Raider aku rasa storyline dia sangat teruk dan nampak macam dorang terlampau rush untuk siapkan game ini.

Walaupun dua game terbaru dorang aku tak minat tapi the first game Tomb Raider tetap menjadi pilihan aku dan layak untuk aku masukkan dalam list single player games terbaik yang pernah aku main. Time ini memang jatuh cintalah dengan watak Lara Croft!

KATALAKI: Korang rasa single player games akan pupus ke?

Last modified: 25 June 2019