5 Siri Animasi Netflix Yang Memang Layan

Sembang

Kita semua pasti akan lalui suatu masa bila kita dah selalu sangat layan Netflix, sampai dah habis dah semua series-series yang kita dok layan kat Netflix. Sampai ada yang siap layan balik repeat dua tiga kali dah.

Bukan takat series yang di layan tapi filem-filem dan original series kat Netflix pun dah banyak dah korang habis tengok semua kan? Tapi korang pernah tak terfikir nak layan siri-siri animasi kat Netflix? Kalau korang tak pernah usik siri-siri animasi kat Netflix, korang boleh terus baca artikel ni, sebab kitorang nak share Top 5 siri animasi kat Netflix yang boleh korang layan.

AGGRETSUKO

Kami cuba tak nak letakkan siri anime Jepun dalam artikel ini tetapi kami tidak terdaya sebab ini adalah salah satu siri animasi yang kami personally recommended lah. Rareko, pengarah dan pencipta animasi ini pernah mengeluarkan siri pendek animasi Aggretsuko pada 2016 dan siri tersebut mendapat sambut daripada para peminat siri anime. Lalu pada tahun 2019, mereka lancarkan semula siri dan menjadinya sebagai Netflix “Original Series” dalam bahasa inggeris.

Antara sebab siri animasi ini berjaya mendapat sambutan adalah kerana ianya mengisahkan tentang Retsuko, seekor Panda berwarna merah yang bekerja mati-matian sebagai accountant, dan salah satu cara untuk Retsuko melepaskan geram adalah dengan menyanyi dan menjerit lagu-lagu dengan genre death metal di pusat karaoke. Nampak macam animasi comel-comel je tapi watak-watak ini comel bertukar menjadi penyanyi death metal sambilan.

VOLTRON: LEGENDARY DEFENDER

Tak sama macam siri-siri yang direbootkan. Voltron: Legendary Defender ini adalah salah satu siri animasi yang ramai mengatakan lebih bagus daripada yang original. Siri animasi ini juga telah berjaya mengumpul followersnya yang tersendiri sejak daripada season one, dan ramai yang memberikan kritikan yang membina untuk siri ini. Plot yang menyeluruh dan kualiti animasi yang dipuji ramai peminat siri animasi di Netflix.

BOJACK HORSEMAN

Bojack Horseman adalah salah satu animated series di Netflix yang boleh dikatakan antara yang sangat deep. Ianya mengisahkan tentang watak seekor kuda bernama Bojack Horseman yang harus melalui fasa-fasa depression dan ketagihan selepas kejatuhan kariernya di Hollywood. Bojack Horseman ini adalah salah satu animated series yang mempunyai dark humour/adult humour yang tersendiri. Jadi kalau korang suka animated series dengan lawak-lawak hambar atau lawak-lawak next level, siri ini memang sesuai untuk korang.

BIG MOUTH

Kalau korang nak layan siri animasi ni, kami cakap siap-siap baik korang jangan tengok sekali dengan budak-budak disekeliling. Siri animasi yang dicipta dan penampilkan pelakon dan comedian terkenal Nick Kroll ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang menjalani kehidupan ketika dalam proses akil baligh, dalam proses tu banyaklah kejadian-kejadian pelik yang berlaku.

Mungkin untuk sesetengah pihak yang dah biasa layan siri animasi dewasa, Big Mouth ini sama sahaja seperti animasi yang lain, tiada beza sangat tapi ramai yang memuji tentang lawak dan jalan cerita yang relatable dengan kehidupan sebenar.

RICK AND MORTY

Kalau korang suka jenis animasi yang ada dark humour dan jalan cerita yang sci-fi, Rick And Morty ni memang salah satu siri animasi yang sesuai untuk korang. Tapi kami cakap awal-awal lagi, Rick And Morty juga adalah salah satu siri animasi yang mempunyai lawak-lawak dan jalan cerita yang deep dan berat. Siri animasi Rick And Morty ini mengisahkan tentang pengembaraan luar biasa saintis super genius Rick Sanchez dan cucunya Morty Smith. Kedua-dua watak Rick dan Morty disuarakan oleh pencipta Rick And Morty; Justin Roiland.

Pada asalnya, animasi Rick And Morty ini merupakan animasi parodi short film untuk filem Back to the Future yang diterbitkan untuk Channel 101. Bermula pada 2013, siri animasi Rick And Morty kini sudah masuk musim ke-4. Tapi sama juga macam siri Bojack Horseman dan Big Mouth, siri animasi ini sesuai untuk tontonan remaja dewasa je ya.

KATALAKI: Banyak lagi siri animasi kat Netflix, ini baru sebahagian…

Last modified: 7 February 2020