5 Smartphone Paling Mahal Di Dunia!

Sembang

Zaman sekarang ini, banyak smartphone daripada pelbagai jenama mula membanjiri pasaran. Dengan pelbagai pilihan smartphone, banyak jenama yang mula mengeluarkan smartphone pada harga mampu milik bagi menarik lebih banyak pembeli.

Namun ada beberapa jenama dan versi smartphone yang dijual dipasaran yang dilihat cuma mampu dibeli oleh golongan bangsawan. Kalau korang tengok harga dia pun korang boleh tahu yang korang memang tak mampu nak beli. Jadi hari ini aku nak share dengan korang lima smartphone paling mahal di dunia dan hanya geng bangsawan sahaja mampu beli!

VERTU

Mungkin ada diantara korang yang tak pernah langsung dengar tentang jenama Vertu ini namun untuk pengetahuan korang, Vertu merupakan antara pengeluar smartphonesmartphone mewah dan hanya orang kaya sahaja mampu beli.

Pada tahun 2015, Vertu telah mengeluarkan Vertu Aster Diamonds Red Alligator yang didatangkan dengan screen sebesar 4.7 inci, 64GB memory, red alligator leather cover dan juga stainless steel case yang dihiasi dengan 55 ketul belian. Harga untuk sebuah smartphone ini adalah USD10,550!

88 TAURI

Kalau korang nak tahu, smartphone 88 Tauri ini merupakan sebuah smartphone yang dikeluarkan oleh Lamborghini, sebuah syarikat yang terkenal dengan kereta-kereta sport mewah dorang. Smartphone yang dijual pada harga USD6,000 sememangnya satu benda wajib korang beli kalau korang ada kereta Lamborghini, baru boleh betul-betul flex!

Smartphone ini didatangkan dengan screen sebesar 5 inci, Qualcomm Snapdragon 801 processor, 20 Megapixel camera, battery sebesar 3,400mAh, 3GB RAM dan banyak lagi. Smartphone ini dikeluarkan dalam tiga warna iaitu, Black, Steel dan juga Gold.

GRESSO

Didatangkan dengan screen sebesar 5 inci, Quadcore processor, 2GB RAM dengan 32GB storage dan tak dilupakan camera sebesar 13 Megapixel. Apa yang membuatkan smartphone Gresso Regal Collection ini mahal adalah disebabkan body-nya disaluti dengan emas 18 Karat dan tak dilupakan body untuk smartphone ini diperbuat daripada single plate grade 5 titanium.

Smartphone Gresso Regal Collection ini merupakan antara smartphone yang termahal pernah dikeluarkan oleh jenama Gresso. Harga untuk smartphone ini bermula pada USD3,000 sehingga USD6,000! Kalau convert ke RM dah dekat RM12,000+ sebuah untuk smartphone dia yang paling murah bro!

SAVELLI

Savelli merupakan satu pengeluar barang kemas dan mereka telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan smartphone mereka sendiri iaitu Savelli Jardin Secret. Smartphone ini dibaluti dengan kulit iguana, 18 Karat emas dan tak dilupakan belian.

Terdapat satu lagi versi yang mana smartphone ini dibaluti dengan black alligator leather, white diamond dan pada bahagian button dia terdapat white gold finishing. Kalau korang dekat bahagian atas smartphone ini, korang boleh nampak belian-belian dia berkelip-kelip! Harga untuk smartphone ini bermula daripada USD10,000 sehingga USD120,000!

DIAMOND CRYPTO

Kalau korang nak tahu, smartphone Diamond Crypto ini merupakan smartphone yang paling mahal yang pernah dijual di dunia. Harga untuk smartphone Diamond Crypto ini boleh mencecah sehingga USD1.3 juta! Bapak mahal wey!

Smartphone ini menggunakan Windows SE dan tak mempunyai spec yang canggih macam smartphone sekarang pun cumanya ia mempunyai security yang sangat dasyat. Selain dihiasi dengan belian, smartphone Diamond Crypto ini mampu melindungi korang daripada terkena cyber blackmail, hacking dan pelbagai lagi. Patutlah nama dia Diamond Cryto!

KATALAKI: Kalau aku ada duit bersepah memang aku beli Gresso Regal tu sebijik!

Last modified: 8 October 2019