5 Superhero Marvel Yang Gagal!

Sembang, ZAP, ZeKool

Sejak beberapa dekad setelah syarikat penerbitan komik gergasi yang dikenali sebagai Marvel Comics mula menerbitkan komik seawal tahun 1930-an, Marvel telah banyak mengembangkan watak-watak superhero yang begitu banyak sekali. Samaada watak tersebut adalah watak manusia biasa, mutant, spesies alien, makhluk halus, spies dan juga superhuman.

Kebanyakkan watak-watak superhero ciptaan Marvel telah banyak diterbitkan dengan komik mereka yang tersendiri dan kebanyakkannya juga berjaya menambat hati para pembaca komik dan watak superhero tersebut terus dikenali ramai dikalangan pembaca. Ada yang mendapat populariti sehingga ianya berjaya muncul ke penerbitan TV dan layar perak seperti Iron Man, Spider Man dan watak-watak daripada siri Avengers.

Ternyata watak-watak ciptaan Marvel kebanyakkannya telah mengungguli bukan sahaja industri penerbitan komik, malah hingga ke industri perfileman dan lain lain. Untuk pengetahuan ramai, dikatakan terdapat lebih daripada tujuh ribu watak-watak superhero ciptaan Marvel Comics. Dan angka ini semakin meningkat tahun demi tahun.

Namun ramai juga yang tidak tahu, dalam banyak-banyak watak superhero komik ciptaan Marvel, terdapat juga beberapa watak superhero yang kurang menjadi. Ada yang telah diterbitkan dan gagal mendapat perhatian ramai pencinta komik, dan kebanyakkan superhero yang gagal ini hilang begitu saja, dilupakan atau pun telah dikeluarkan dari alam Marvel Comics.

Jom kita usha top 5 watak superhero dibawah bumbung Marvel Comics yang gagal. Kegagalan watak-watak ini kemungkinan disebabkan hasil penjualan, penerbitan, penceritaan watak tersebut dan bermacam-macam lagi faktor, kemungkinan juga watak-watak ini tak mampu menarik minat pembaca disebabkan super power yang dimiliki?

SPIDER WOMAN III 

Bila cerita tentang populariti, ada watak-watak superhero yang hanya muncul buat seketika dengan hype yang sangat besar dan ada pula yang muncul namun tidak dapat hype seperti yang diinginkan. Perkara ini jadi kepada watak Spider Woman III.

Mattie Franklin adalah watak ketiga Spider Woman dalam universe Marvel Comics yang diciptakan oleh John Byrne, watak ini diperkenalkan sepenuhnya dalam isu #441 komik The Amazing Spider-Man terbitan tahun 1998.

Disebabkan tidak begitu mendapat perhatian daripada hasil penjualan penerbitan dan populariti seperti yang diharapkan, komik Spider Woman III hanya bertahan sebanyak 18 isu sahaja. Sepanjang penerbitan tersebut, Spider Woman III sentiasa menukar kostum dalam setiap siri.

Watak Mattie Franklin ini dimatikan dalam The Gauntlet and Grim Hunt siri The Amazing Spider-Man #611-637 dimana Spider Woman III dibunuh oleh Sasha Kravinoff apabila melakukan ritual human sacrfice. Untuk memastikan watak Mattie Franklin benar-benar dihapuskan, watak tersebut dikembalikan dalam isu berjudul The Clone Conspiracy dimana badan Mattie Franklin diklonkan dan terhapus sehingga menjadi habuk.

TRIATHLON / 3-D MAN 

Delroy Garret atau dikenali sebagai Triathlon atau 3-D Man ternyata antara watak superhero Marvel yang gagal mendapat minat ramai peminat Marel. Watak superhero ini pertama kali diperkenalkan dalam siri The Avengers ciptaan Kurt Busiek dan Geogre Perez. Triahtlon aka 3-D Man dikatakan mempunyai kebolehan 3 orang lelaki dan juga watak Delroy Garret telah memiliki kuasa superhero yang dikenali sebagai 3-D Man.

Disebabkan watak Delroy Garret ini mempunyai kaitan dengan ajaran agama fiksyen yang digelarkan sebagai The Triune Understanding, penceritaan siri Triathlon ini tidak menerujakan pembaca komik. Gagal…

WOODGOD

Diciptakan oleh Bill Mantlo dan Keith Giffen, watak Woodgod ini muncul sebagai separuh lelaki separuh kambing. Menurut plot komik, watak ini dikatakan tercipta oleh sebuah eksperimen advance, Woodgod memiliki kekuatan superhuman serta mampu menangani toksin kimia dan penguasaan kejuruteraan genetik.

ALPHA

Watak superhero yang dikenali sebagai Alpha atau Andy Maguire ini diciptakan oleh Dan Slott dan Humberto Ramos dan dimasukkan kedalam isu #692 Amazing Spider-Man. Andy Maguire merupakan seorang pelajar di sekolah lama Peter Parker namun berbeza dengan Peter Parker, Andy bukanlah pelajar yang pandai di sekolah. Andy Maguire mendapat kuasa superhero beliau apabila terlibat dalam sebuah accident demonstrasi yang dikenali sebagai “Parker Particles”, dalam accident tersebut, Andy Maguire memperolehi kuasa hyper-kinetic.

Mengunakan nama superhero gelaran sebagai Alpha, Andy memulakan karier beliau sebagai superhero dimana beliau dilatih oleh Spider Man. Namun watak Andy Maguire ini tidak mampu menaikkan semangat pembaca, disebabkan itu penjualan komik miniseries Alpha gagal dan diberhentikan pada tahun 2013.

OMEGA THE UNKNOWN

Pada tahun 1970an, Steve Gerber dikenali ramai sebagai penulis komik Marvel paling inovatif disebabkan populariti watak Howard the Duck dan Man Thing ciptaan beliau. Antara watak superhero yang diciptakan oleh Steve Gerber adalah watak Omega The Unknown yang diterbitkan pada tahun 1976.

Michael Starling adalah seorang budak berusia 12 tahun yang secara misteri mempunyai kuasa alien superhuman yang dikenali sebagai Omega. Siri komik Omega The Unknown dikatakan gagal mengaut keuntungan penjualan buat Marvel dan hanya bertahan sebanyak 10 isu dimana watak Omega dimatikan pada isu terakhir.

KATALAKI: Susah juga kalau nama-nama superhero tu pun tak cool kan?

Last modified: 10 June 2020