5 Superhero Movie Yang Korang Mungkin Tak Pernah Tengok!

Sembang

Bila bercerita tentang superhero movie, mungkin kebanyakan orang akan cerita tentang moviemovie yang masih baru dikeluarkan tak kiralah daripada Marvel mahupun daripada DC. Tapi sebelum superhero movie daripada Marvel dan DC terkenal, terdapat beberapa lagi superhero movie yang mungkin korang tak pernah tahu wujud. Jadi hari ini aku nak share dengan korang 5 superhero movie yang ramai orang tak tahu dan tak pernah tengok!

THE PHANTOM

The Phantom merupakan satu superhero movie yang ditayangkan pada tahun 1996. Pada movie ini keluar dulu, ayah aku selalu pergi kedai yang ada sewakan video tape untuk sewa movie ini dan tengok banyak kali dekat rumah hahaha!

Movie ini mengisahkan tentang Kit Walker, seorang superhero yang memakai custom purple dan sebentuk cincin berbentuk tengkorak yang mana telah diwarisi daripada moyangnya. The Phantom ini sebenarnya tidak mempunyai superpower pun dan dia cuma mengharapkan kepada kepakaran dia berlawan sahaja.

THE ROCKETEER 

Movie yang mengisahkan tentang Cliff Secord boleh dikatakan agak best juga. Cliff Secord pada mulanya hanyalah seorang stunt pilot namun dia telah terjumpa satu Jet Pack yang mana sebenarnya merupakan senjata rahsia kerajaan yang telah dicuri oleh pihak Nazi.

Sama seperti The Phantom, The Rocketeer juga tidak mempunyai apa-apa superpower dan hanya berharap kepada Jet Pack kepunyaan untuk terbang dan juga skill street fighting-nya untuk menghapuskan pihak Nazi yang dalam masa yang sama telah menculik teman wanitanya.

MYSTERY MAN

Kalau korang nak tahu, movie Mystery Man ini merupakan movieAvenger” sebelum Marvel Avenger wujud. Dalam movie ini adalah macam-macam superhero dengan superpower yang pelik-pelik seperti Mr. Furious yang mana kuasa dia datang bila dia marah, The Shoveler yang mana menggunakan penyodok sebagai senjata, The Blue Raja yang pandai menggunakan sudu dan garpu sebagai senjata dan tidak dilupakan The Bowler yang mempunyai sebiji bola bowling yang dalamnya mempunyai tengkorak ayahnya!

Kalau korang nak tengok superhero movie yang penuh dengan lawak, Mystery Man sememangnya satu movie yang korang kena tengok. Aku berani jamin yang korang mesti akan terhibur punya. Satu lagi disebabkan movie inilah lagu All Star nyanyian Smash Mouth jadi terkenal!

THE HEROIC TRIO

Asyik cerita superhero daripada barat saja, apa kata kita tengok superhero movie daripada China pula. The Heroic Trio ini mengisahkan tentang 3 orang wanita yang sama-sama bergabung tenaga untuk menyelamatkan seorang bayi daripada supervillain yang dikenali sebagai Evil Master.

Banyak pelakon-pelakon Hong Kong terkenal yang membintangi movie ini. Pelakon-pelakon utama dalam movie ini adalah Anita Mui, Maggie Cheung dan salah seorang lagenda daripada Malaysia iaitu Dato Michelle Yeoh! Disebabkan movie ini adalah satu movie lama, mungkin agak sukar sedikit untuk korang cari full movie dia.

DARKMAN

Tahukah korang yang Liam Neeson pernah berlakon jadi superhero/antisuperhero dalam movie Darkman? Kalau korang nak tahu movie ini mengisahkan tentang Dr. Peyton Wilder (Liam Neeson) yang mana telah diserang oleh sekumpulan penjenayah dan menyebabkan hampir seluruh tubuh badan dia terbakar.

Disebabkan seluruh badan dia melecur, dia terpaksa menggunakan topeng ciptaannya untuk membalas dendam terhadap kumpulan penjenayah ini. Dengan topeng ini, dia mampu menukar kepada pelbagai rupa paras dan ini menyukarkan dirinya dijejaki oleh penjenayah tersebut!

KATALAKI: Antara lima movie ini, aku syorkan korang tengok Mystery Man dulu. Confirm korang ketawa punya!

Last modified: 19 September 2019