5 Tempat Rare Yang Korang Mungkin Tak Pernah Dengar!

Sembang

Pernah tak korang tengah scroll Instagram lepas itu nampak gambar kawan korang tengah bercuti dekat tempat yang sangat cantik tapi korang tak pernah dengar nama tempat tersebut? Terdapat banyak tempat-tempat percutian yang popular yang kita dah biasa dengar seperti Eiffel Tower, Vatican dan banyak lagi.

Tapi kita tak nak pergi tempat orang dah biasa pergi. Korang mesti nak pergi tempat yang rare dan lebih cantik daripada tempat kawan korang pergi betul tak? Korang tak perlu risau sebab hari ini aku akan share dengan korang beberapa tempat yang rare untuk korang pergi melancong pada masa akan datang!

HAIKU STAIRS

Korang mesti pernah dengar ayat “Stairway to Heaven” betul tak? Selalu kita nampak ayat ini dekat lagu-lagu cinta sahaja. Kalaulah Stairway to Heaven itu betul-betul wujud, aku rasa Haiku Stairs yang terletak di Oahu, Hawaii inilah tempat dia!

Tangga ini terletak di pergunungan Oahu dan ia sebenarnya dibina untuk menghantar radio signal kepada kapal-kapal navy disekitar lautan Hawaii. Ia telah dibina pada tahun 1942 dan mempunyai 3922 anak tangga dari bawah sampailah ke puncak. Korang rasa korang larat tak nak daki?

HITACHI SEASIDE PARK

Kalau korang datang ke Jepun, korang kena pergi tempat ini untuk dapatkan gambar-gambar yang menarik. Hitachi Seaside mempunyai perbagai jenis bunya dengan pelbagai jenis warna-warna yang menarik.

Tapi dingatkan bila korang ambil gambar dekat kawasan ini, janganlah korang pergi baring ataupun pijak bunga-bunga yang cantik ini. Tempat ini hanya dua jam perjalanan daripada bandaraya Tokyo.

ENCHANTING RIVER

Dekat Filipina ramai orang tahu dia ada pelbagai pulau-pulau yang cantik. Antaranya seperti Baracay, Palawan dan juga Siargao Island. Tapi tempat-tempat ini semua orang dah biasa pergi. Kalau korang nak lain daripada orang lain, aku cadangkan korang pergi ke Hinatuan River ataupun dipanggil sebagai Enchanting River.

Enchanting River ini terletak dikawasan pergunungan Surigao Del Sur. Korang tengok saja warna air dia, cantik gila bro! Korang juga dibenarkan untuk berenang dalam Enchanting River ini kalau korang berminat.

DOOR TO HELL

Yang ini bagi aku adalah tempat paling rare sekali. The Door to Hell ataupun The Gateaway to Hell ini terletak di Derweze, Turkmenistan. Pada mula tanah pada kawasan ini telah mendap pada tahun 1971 dan pihak geologist telah bertindak untuk membakar kawasan dalam tanah mendap ini bagi menghalang methane gas dari bawah tanah merebak ke udara.

Dan sejak daripada hari itu, kawasan tanah mendap ini telah terbakar dan terus mendapat nama The Door to Hell. Bagi pelancong yang berani, korang boleh pergi dekat dengan kawasan ini untuk ambik selfie. Korang berani tak?

MONTREAL BOTANICAL GARDEN

Satu lagi tempat rare yang jarang orang tahu adalah Montreal Botanical Garden. Taman yang sebesar 75 hektar ini sememangnya layak digelar sebagai salah satu botanical garden paling cantik di dunia!

Montreal Botanical Garden ini terletak di Canada. Taman bunga ini mempunyai 30 thematic garden dan juga 10 exhibition greenhouse untuk pelancong lawati. Bagi orang yang suka dengan nature, tempat ini adalah tempat wajib untuk korang pergi!

KATALAKI: Aku nak sangat pergi Door to Hell tu and ambik gambar dekat situ!

Last modified: 8 November 2019