5 Tips Penjagaan Rambut Lelaki Daripada Barber

Sembang

Rambut dan lelaki ibarat isi dengan kuku. Sekarang ni bukan perempuan je yang kena jaga kesihatan rambut, lelaki pun kena ambil berat pasal penjagaan rambut. Walaupun betapa hodohnya seseorang lelaki tu, tapi kalau rambut dijaga dengan betul dan kemas, akan sentiasa menyerlah seri muka lelaki tersebut. Mungkin agak kasar, tapi tu lah realitinya.

Kat Malaysia ni ada macam-macam pilihan untuk korang kemaskan rambut sama ada kat saloon, mamak, barbershop ataupun kawan-kawan yang potongkan rambut korang. Baru-baru ni, kami berjumpa sendiri depan mata dengan salah seorang barber yang masih lagi aktif berkarya melalui potongan rambut yang diminta oleh setiap pelanggan iaitu Mohamad Kevin Iff’wat dan bertanya mengenai tip paling penting penjagaan rambut lelaki. Tapi sebelum tu, mari kita kenal dulu siapa sebenarnya Mohamad Kevin Iff’wat ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Kevin Iffwat (@kevin.iffwat) on

Mohamad Kevin Iff’wat atau lebih dikenali sebagai Kevin yang berasal dari Taiping, Perak tak pernah terfikir pun untuk terlibat dalam bidang pekerjaan sebagai seorang barber. Semuanya bermula selepas berkenalan dan berkawan dengan seorang barber. Sejak dari tu, Kevin mula mengkaji dan minat semakin tinggi untuk menjadi seorang barber.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Kevin Iffwat (@kevin.iffwat) on

Menurut Kevin, bukan senang untuk seseorang tu menjadi barber. Bayangkan, kepercayaan sepenuhnya diberikan kepada seorang barber untuk mengerjakan rambut setiap pelanggan. Kalau tersalah potong atau tak berjaya mengikut selera pelanggan, memang makian lah yang akan diterima. Tapi tak semua pelanggan yang senang-senang untuk keluarkan kata-kata maki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Barber Beats (@thebarberbeats) on

Kevin sendiri mengaku yang dirinya pernah dimarah oleh pelanggan di depan pelanggan-pelanggan yang lain disebabkan gaya yang diminta tak menjadi. Tapi menurut Kevin, semua barber mesti melalui fasa tersebut untuk memperbaiki setiap kesilapan dan menjadi pengajaran yang boleh digunakan untuk masa akan datang.

Image Via : thelaki.com.my

Selain daripada sifat kesabaran perlu ada untuk bekerja sebagai seorang barber, daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi juga membantu untuk menghasilkan gaya guntingan rambut yang bersesuaian dengan bentuk kepala dan jenis rambut setiap pelanggan.

Image Via : thelaki.com.my

Kevin ada kongsikan gak mengenai pengalaman yang tak boleh dilupakan sejak mula bekerja sebagai seorang barber pada tahun 2016. Ada pelanggan yang datang dengan rambut botak (tapak nombor 1), tapi pelanggan tersebut minta gunting rambut menggunakan tapak nombor 2.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Kevin Iffwat (@kevin.iffwat) on

Kami ada tanya gak apa pendapat Kevin mengenai barbershop yang ada kat Malaysia ni. Menurut Kevin, barbershop di Malaysia masih lagi bersaing secara sihat. Ada gak barber di Malaysia yang dijemput dan dikumpul beramai-ramai untuk mengadakan satu program mengenai perkongsian skill guntingan masing-masing dan juga program amal melalui persatuan The Bratz & Co.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TheBratz&Co_official ✪ (@thebratzandco) on

Setiap barber mesti ada idola masing-masing untuk dijadikan sebagai contoh dan benchmark. Dua barber yang dipilih oleh Kevin untuk menjadi contoh iaitu Josh Lamonaca dari U.K dan HWL Barbar dari Batam, Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOSH LAMONACA (@joshlamonaca) on

Ini antara tip penjagaan rambut lelaki yang dikongsikan oleh Kevin.

1. Rambut lelaki yang paling mudah untuk dijaga. Syampu rambut sekurang-kurangnya sehari sekali dan bilas dengan bersih.

2. Minum air secukupnya untuk penjagaan kulit kepala, ramai lelaki yang kurang minum air dan menyebabkan kulit kepala menjadi kering. Dari situ lah punca masalah kelemumur dan kerak-kerak kering dikulit kepala.

3. Lelaki sekarang ni ramai yang pakai topi. Tak salah nak pakai topi, tapi setiap 30 minit pakai topi, lebih baik untuk buka topi sekurang-kurangnya selama 2 minit untuk kulit kepala bernafas.

4. Kebanyakan lelaki suka mewarnakan rambut, pewarna rambut boleh mengakibatkan rambut menjadi rapuh. Jadi, penggunaan serum sangat penting.

5. Jika mempunyai masalah yang kronik seperti rambut gugur atau sebagainya pergilah ke farmasi untuk membeli Vitamin rambut iaitu “keratin”. Keratin sangat bagus untuk penjagaan rambut, kerana ia boleh melebatkan dan menyihatkan rambut.

Kalau korang nak dapatkan guntingan rambut yang cun melecun daripada Kevin, boleh pergi usha kat The Barber Beats bawah ni okeh!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Barber Beats (@thebarberbeats) on

KATALAKI: Jangan lupa share tip penting ni kat member korang yang ada masalah rambut tu.

Last modified: 2 September 2019