5 Tips Berhasil “Skim Cepat Kaya”

Uncategorized

Bila sebut tentang kekayaan, semua orang nak tahu macam mana nak menjana pendapatan. Nak, nak lagi zaman social media ni, ada banyak dan bermacam jenis cara untuk hasilkan duit dengan hanya mengunakan internet. Ada yang jual ubat peninggi, komen kat IG kata nak beli duit syling lama lah ataupun labur RM100 boleh dapat pulangan RM2,000 dalam masa seminggu. Eh karut lah semua tu…

Harini Thelaki nak share tips “skim cepat kaya” yang confirm-confirm korang tak payah nak labur banyak sangat duit korang. Hanya ikut kemampuan. Yang penting, pulangan yang korang dapat insyallah berlibat ganda.

Sumber: The Vocket

5. Bagi Kucing Makan

Selalu kalau korang lepak mamak, mesti akan ada dua tiga ekor kucing yang datang dekat meja dengan bunyian suara comel minta share sikit makanan. Okay apa kata korang buat macam ni, pegi kat kedai runcit biasa atau 7E yang berdekatan dan beli makanan kucing yang ada. Tak mahal pun, dalam RM3 dah boleh beli makanan kucing dalam tin yang biasa tu. Lepas tu korang bagi la kucing tu makan, confirm kucing tu tak akan kacau lagi dah.

Bonus tips: Nak lagi best, beli makan kucing yang jenis biskut tu dan simpan dalam botol. So next time korang terjumpa kucing, korang bagi makanan kucing yang ada dalam botol tu. Settle!

4. Belanja Kawan-Kawan Secara Random

Ini apa yang aku selalu buat, dan perkara ni tak perlu pun korang buat banyak kali tapi selalu amalkan pun okay dah. Aku selalu pastikan tiap-tiap bulan aku akan belanja kawan-kawan atau pun sesiapa saja yang aku kenal secara random. Tak perlu plan out ke apa ke, maksudnya kalau nampak member beli air kat kedai, then belanja la sekali dalam bill korang tu. Atau kalau tengah lepak makan, belanja je lah member tu. Tanpa sebab dan paling penting tanpa berkira.

Bonus tips: Nak lagi random, belikan nasi lemak atau pun breakfast yang sedap untuk kawan-kawan kat office. Dapat pahala tau kalau belanja orang makan.

3. Jangan Berkira

Bila cakap pasal cepat kaya, tak semestinya apa yang kita buat tu kena mengunakan duit. Tapi boleh jadi jugak dengan pertolongan tanpa rasa berkira. Belanja, bersedekah atau berkongsi ni kan amalan mulia. Jadinya tak semesti untuk kita keluarkan duit yang banyak. Cukup sekadar mengunakan usaha kederat sendiri pun dah mampu menjana hasil rezeki mahupun pahala dimasa akan datang.

Sumber: Youtube – Zulfadhli Zin

2. Soup Kitchen

Ini antara aktiviti yang korang boleh try. Kumpulkan semua member-member yang korang ada dan join aktiviti-aktiviti membantu warga-warga homeless. Sama ada hulurkan bantuan sebagai sukarelawan di Kechara Soup Kitchen Society, Pertiwi Soup Kitchen atau join je pusat komuniti yang sedia ada.

Aktiviti ni bukan sahaja dapat menolong warga-warga yang susah ni. Tapi juga korang dapat lihat dengan mata sendiri kepayahan yang mereka lalui. Senang cerita, korang boleh tengok sendiri life orang lain macam mana. Bukan saja korang dapat rezeki dan pahala, tapi jugak korang akan rasa bersyukur dengan segala nikmat yang tuhan dah berikan #brodeep.

Fakta: Tahukah korang menurut sumber daripada DBKL, jumlah homeless yang ada di Kuala Lumpur meningkat daripada 600 pada tahun 2014 ke lebih 2,000 pada tahun 2015. Jadi dengan jumlah yang semakin meningkat naik setiap tahun, banyak inisiatif yang telah dilakukan oleh NGO-NGO untuk menolong warga-warga homeless di Kuala Lumpur ni.

1. Belanja Family

Last but not least, ini suatu perkara yang kita mesti lakukan setiap kali kita dapat rezeki tiap-tiap bulan. Selalu-selalu lah belanja ibu bapa atau pun family korang tu. Walaupun tak semestinya kena belanja dengan kadar yang banyak tapi ikutlah dengan kemampuan korang sendiri. Sama ada belanja makan yang mewah sedikit ataupun belikan barang dapur. Ini semua bukan sahaja dapat menjana rezeki dan pahala. Tapi juga keberkatan yang berpanjanganya, insyaallah.

Sekian sahaja lah perkongsian “Skim Cepat Kaya” versi Thelaki yang kitorang share kali ni. Diharap dengan adanya 5 jenis skim ni, dapat lah membantu korang untuk jadi lebih kaya. Tak semestinya kaya dengan harta, tapi mungkin jugak dengan budi bahasa. Bak kata orang, “what goes around comes around”. Kalau kita tolong orang harini, insyallah esok orang akan tolong kita pulak. Apa yang penting, selalulah kita berkongsi rezeki kita yang ada tu, sebabnya bila kita Kongsi Rezeki – Setiap sen rezeki kita adalah milik asnaf, tunai sebelum 31 Disember 2018.

Yang suka layan rap battle, meh kitorang nak kongsikan dengan korang rap battle Anwar Hadi VS Helmie. Amacam? Style ke tak? Rap siapa yang lagi on?
KataLaki: Hidup kena selalu bersyukur bro baru la steady…

Last modified: 3 January 2019