5 Tips Elak Terkena Road Bully!

Collab, Sembang

Kes-kes pembuli jalanan atau road bully bukan lah suatu topik yang baru, tapi ia sememangnya isu yang serious. Bahkan setiap hari kita akan dapat dengar tentang kes road bully ni. Sama ada ia adalah perkongsian menerusi group-group Whatsapp yang di forwardkan oleh ibu bapa atau pakcik makcik kita, nak-nak dengan zaman social media ni, begitu senang bahan-bahan road bully ni menjadi viral.

Kes road bully yang kita selalu dapat tengok tentunya daripada perspective si mangsa yang diugut oleh pemangsa. Tapi kadang-kadang ada juga situasi dimana mangsa cuba sedaya upaya untuk lari dan tidak terperangkap dalam konfrontasi bersama si pemangsa.

Harini kami di Thelaki nak kasi tips yang korang patut ikut untuk elak menjadi mangsa si road bully!

5. Jangan Panik

Yes, ini benda pertama yang korang kena ingat. Jangan panik, keep cool. Cuba control situasi yang korang hadapi dengan tenang. Walaupun si pembuli tu provoke, marah dan menjerit-jerit atau menunjuk tanda isyarat lucah. Kalau boleh, korang cuba tenangkan juga si pembuli tu, if dia masih lagi mengamuk, maksudnya dia dah tak berfikir secara rasional.

4. Kunci Kereta / Install Dashcam / Record Video

Antara perkara penting juga adalah untuk jaga keselamatan. Kalau si pembuli jalanan ni berjaya untuk berhentikan korang di tepi jalan, pastikan korang kunci pintu kereta. Kalau terpaksa turunkan tingkap kereta, turunkan sikit je.

Kalau ada dashcam, pastikan dashcam korang record situasi road bully ni sebagai bukti jika keadaan semakin serious. Kalau takde dashcam, boleh cuba guna smartphone korang. Tapi jangan la korang buat IG Live pulak time tu, takut takleh pulak nak save video tu lepas 24 jam.

3. Kawasan Selamat

If is pembuli tu mula mengekor dan follow kereta korang. Pastikan korang drive dengan kadar selamat dan juga ke kawasan yang lapang atau kawasan public. Nak lagi selamat, drive je terus ke Balai Polis yang berhampiran. Tak sure Balai Polis kat mana? Takpe, bukak je Waze. Waze akan point ke direction balai polis yang terdekat. Mudah bukan?

2. Elak provokasi

Sama macam nombor 5 tadi. Cuba tenangkan keadaan dan elak daripada mengeluarkan kata-kata kesat dan provokasi yang akan sama-sama keruhkan lagi keadaan. Lagipun tak guna kalau dua-dua pihak meninggikan suara. So sabar dan pastikan korang jaga kata-kata okay.

1. Buat laporan

Last sekali, pastikan korang buat laporan kalau keadaan semakin serious. Jangan terus viralkan apa-apa dulu atau ambil tindakan dengan sendiri. Maklumkan dulu kepada pihak berkuasa, share video atau gambar dengan pihak polis dahulu sebelum memuat naik di laman social.

KATALAKI: Tak payah layan la orang-orang yang suka buli. Chill je lahhh

Last modified: 30 May 2019