5 Video Games 2020 Yang Ramai Tak Sabar!

Game, Tech

Tahun 2020 adalah permulaan dekad baru dalam industri permainan video dan tahun 2020 juga boleh dikatakan merupakan pengakhiran untuk permainan video apabila siri console terbaharu juga bakal dikeluarkan oleh Sony dan Microsoft pada penghujung tahun 2020 jadi ianya juga menandakan permulaan fasa baru dalam permainan video kerana video games yang bakal dilancarkan adalah video games yang dikatakan terbaik buat generasi terbaharu untuk dekad ini.

Kali ini kita nak listkan video games yang sudah tentunya ramai gamers kat luar sana tak sabar nak main sejurus di lancarkan. Jom kita usha 5 games yang membuatkan ramai gamers terliur.

CYBERPUNK 2077

Steampunk, action, adventure, graphic yang cun melecun dan Keanu Reeves. Cyberpunk 2077 adalah antara game yang paling hype dan dinantikan ramai gamers yang bakal muncul tak lama lagi dalam tahun 2020 ini. Selepas berjaya dengan game The Witcher 3, team produksi CD Projekt Red berjaya membuat video games daripada dunia fantasi zaman madieval hinggalah ke era dunia cyber tahun 2077.

Dengan berlatar belakangkan konsep open-world action RPG yang membolehkan pemain membuat watak kustom dan hidup didalam era dunia cyberpunk, kawal system sekuriti. Paling penting sekali, gamers semua dapat memegang watak hero yang “dilakonkan” oleh bintang filem Hollywood; Keanu Reeves.

Cyberpunk 2077 bakal menemui consol PC, Xbox One dan PS4 pada 17 September 2020.


FINAL FANTASY VII REMAKE

Image via: https://www.businessinsider.my/

Muncul pada tahun 1997, ini adalah video game yang ramai otai-otai gamers tak sabar nak tunggu. Selepas lebih 20 tahun, para peminat game Final Fantasy VII dapat saksikan kelahiran semula Cloud, Aerith, dan Sephiroth dengan grafik yang lebih padu dan corak permainan yang sudah tentu berbeza.

Atas permintaan ramai fans, developer Square Enix berjaya mengumpulkan semula team produksi asal Final Fantasy VII termasuk character designer Tetsuya Nomura selaku pengarah untuk game ini. Permintaan untuk remake game Final Fantasy sudah dirancang sekitar tahun 2000, pada ketika itu pihak Square Enix mengumumkan remake untuk console PlayStation 2 tetapi projek tersebut tergendala atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan.

10 April 2020 bakal menyaksikan Final Fantasy VII Remake dikeluarkan untuk platform konsol PlayStation 4. Fans dah boleh start preorder sekarang di laman web rasmi Final Fantasy VII Remake.


DOOM ETERNAL

Ini antara francais yang mengembalikan zaman kegemilangan first-person shooter dalam siri trilogi Doom. Doom Eternal ini pula boleh dikatakan seakan Doom yang dirilis pada tahun 2016 tetapi ianya lebih perfect memberikan kepuasan untuk pemain menyelamatkan Bumi daripada dihancurkan oleh beratus-ratus setan durjana.

Peminat bakal berperang dengan hantu-hantu dan jin jembalang di console PC, PS4 dan Xbox One bermula 3 Mac 2020.


THE LAST OF US PART II

Siapa yang pernah main The Last of Us memang tahu yang penceritaan dalam video game ni sememangnya padu, plot dan jalan cerita dalam siri pertama The Last of Us dah macam sebuah filem dan ianya bukan sahaja sebuah game dengan misi membunuh zombie, tapi ada selit juga drama tentang seorang lelaki bernama Joel yang mempunyai masa silam yang lampau dan Ellie, seorang gadis yang mampu menyelamatkan dunia. Untuk game terbaharu ini, Part II adalah kesinambungan daripada Part I dan watak Joel dan Ellie pula nampak lebih matang.

The Last of Us Part II akan di lancarkan untuk console PlayStation 4 pada 29 May 2020.


HALO INFINITE

Kalau korang memang pengikut video games yang tegar, maka nama Halo ini memang nama yang tidak asing lagi lah. Tak perlu kita ceritakan sangat tentang storyline game Halo yang terbaharu ini, cuma apa yang kita perlu tahu adalah ianya sebuah game FPS yang memang terbaik macam siri Halo yang sebelum ni. Apa yang pasti, game terbaharu Halo Infinite ini dikatakan akan di lancarkan bersama dengan console terbaharu Microsoft X Box siri X.


HALF-LIFE ALYX

Image via: https://www.businessinsider.my/

Jika sebelum ini, ramai fans game Half-Life dikatakan kecewa kerana projek Half-Life 3 tidak menjadi dan penuh dengan khabar angin. Maka selepas 10 tahun, developer Valve kembali dengan siri terbaharu untuk Half-Life bertajuk “Half-Life: Alyx dan ianya merupakan prequel kepada game Half-Life pertama dan kedua. Oh iya, lagi satu yang fans harus tahu. Game terbaharu Half-Life: Alyx ini hanya boleh dimainkan di console VR headset sahaja.

Half-Life: Alyx bakal mengegarkan peminat-peminat game VR pada bulan Mac 2020.


KATALAKI: Bila la diorang nak buat remake metalslug?

Last modified: 16 February 2020