5 Video Games Mafia & Gangster Terbaik!

Game, Tech

Bila main games, kadang-kadang kita nak jadi orang jahat juga sebab itu video games yang fokus pada storyline gangster dan mafia sangat laku dekat pasaran. Asyik jadi hero sahaja mana seronokkan. Contohnya macam siri permainan video Grand Theft Auto.

via GIPHY

Aku ingat lagi masa sekolah dulu aku selalu pergi ke cyber cafe bila balik dari sekolah sebab nak main game Grand Theft Auto San Andreas sebab nak kacau orang awam dalam game tersebut. Terdapat beberapa lagi permainan video yang storyline dia yang fokus pada gangsters dan mafia yang memang aku suka gila main. Jom check out sama ada korang pernah main tak gamegame yang aku senaraikan ini.

THE WARRIOR

Game ini agak klasik sikit. Game ini dihasilkan oleh Rockstar Toronto dan dikeluarkan oleh Rockstar Games. Game ini dikeluarkan pada tahun 2005 untuk Playstation 2 dan kemudiannya dikeluarkan untuk Playstation Portable (PSP).

Kalau korang nak tahu game ini sebenarnya diadaptasi daripada movie yang mempunyai nama yang sama pada tahun 1979. Dalam game ini kumpulan korang yang diberi nama The Warrior sedang melarikan diri daripada kumpulan-kumpulan lain kerana korang dituduh membunuh ketua kepada kumpulan paling kuat masa itu.

SCARFACE: THE WORLD IS YOURS

Satu lagi permainan video klasik yang dikeluarkan untuk Playstation 2. Permainan video ini dihasilkan oleh Radical Entertaiment dan dikeluarkan oleh Vivendi Games pada tahun 2006. Permainan video ini juga dikeluarkan pada tahun Xbox dan juga PC.

Kalau korang peminat movie gangsters, mesti korang tahu yang permainan video ini juga diadaptasi sebuah filem klasik lakonan Al Pacino yang berlakon sebagai Tony Montana, seorang pelarian daripada Cuba yang bermula sebagai ahli kongsi gelap kecil-kecilan dan kemudian yang menjadi ketua kumpulan pengedaran dadah terbesar di Miami.

MAFIA

Terdapat tiga series untuk permainan video Mafia ini. Mafia yang pertama dikeluarkan pada tahun 2002 dan yang terakhir dikeluarkan pada tahun 2016. Bagi aku antara ketiga-tiga ini, aku rasa Mafia 2 paling sedap dia punya storyline.

Permainan video ini diihasilkan dan dikeluarkan oleh 2K Games dan pertama kali dikeluarkan untuk Playstation 2. Untuk siri dorang yang terakhir iaitu Mafia 3, Storyline dia agak bagus cumanya aku tak berapa nak suka dia punya gameplay sebab rasa agak semak dengan benda-benda yang tak penting.

SLEEPING DOGS

Aku rasa ini merupakan satu-satunya game yang fokus kepada kumpulan kongsi gelap cina dan merupakan antara game gangsters yang terbaik yang pernah aku main. Permainan video ini dikeluarkan pada tahun 2012 untuk Playstation 3, Xbox 360 dan juga PC.

Permainan video yang dihasilkan oleh United Front Games dan dikeluarkan oleh Square Enix ini menceritakan tentang Wei Shen, seorang anggota polis yang terpaksa menyamar menjadi ahli kumpulan Sun On Yee demi menghapuskan kumpulan ini. Tapi ending dia ada plot twist sikit sebab dia dah mula anggap ahli kumpulan ini macam ahli keluarga dia sendiri.

YAKUZA

Kalau korang nak berangan jadi Yakuza, game ini korang wajib kena main walaupun sekali dalam hidup korang. Aku first time main siri Yakuza ini dekat Playstation 2. Terdapat tujuh series utama untuk siri Yakuza ini dan yang terbaru adalah Yakuza 6: The Song of Life.

Yakuza atau nama Jepun dia, Ryu ga Gotoku pertama kali dikeluarkan pada tahun 2005. Permainan video ini dihasilkan dan dikeluarkan oleh Sega. Dalam permainan video ini korang akan bermain sebagai Kazuma Kiryu yang mana dia cuba untuk keluar daripada kehidupan sebagai Yakuza tapi setiap kali dia nak keluar mesti ada benda yang tarik dia balik ke kehidupan lama dia.

KATALAKI: Tahun ini tak ada gamegame bergenre crime baru yang akan keluar 🙁

Last modified: 28 June 2019