5 Wajib Tahu: Tinggalkan Kereta Lama Tak Start

Life x Tips, Sembang

Bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan ni, makin lama lah kereta dibiarkan tersadai dekat rumah. Kalau jenis semuanya cukup dekat rumah, memang sebulan lah kereta tu tak berjumpa tuannya. Tapi jangan ambil mudah perkara ni, takut nanti kereta tu merajuk bila dah lama tak start. Ini 5 perkara yang korang perlu tahu tentang penjagaan kereta sepanjang tempoh PKP ni.

Memang semua sedia maklum sepanjang tempoh PKP semua pergerakkan kita dihadkan. Kerja pun kena buat dari rumah. Jadi kereta kita pun akan dibiarkan lama tak start. Risiko yang bakal dihadapi adalah kereta korang terus tak boleh hidup sebab dah lama terbiar. So ada beberapa tips yang korang boleh buat untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku.

TANGGALKAN SAMBUNGAN KABEL BATERI

Yang ni memang ramai yang tahu kalau nak tinggal kereta dalam satu masa yang lama memang kena cabut bateri. Ini untuk mematikan arus bateri kereta dan mengelakkan daripada bateri menjadi lemah seterusnya mengakibatkan kereta korang susah nak start atau tak boleh langsung. Cabut bateri pun bukan boleh main cabut je. Ada caranya. Gunakan sepana untuk melonggarkan nut pada terminal bateri dan cabut terus sambungan dari bateri.

 

View this post on Instagram

 

PORTABLE 12V MINI ELECTRIC AIR COMPRESSOR CAR TIRE INFLATOR PUMP EMERGENCY TOOLS Harga: RM73 Promo: rm46 . Postage : akan dikira mengikut jumlah pembelian . . Follow 👇 untk lihat product lain: @homefeed.shop @homefeed.shop @homefeed.shop Atau watsap : 011-26303509 (nkay) Boleh tekan link di bio kami 😊 . . Features: 100% Brand new and high quality Compact and portable, easy to use Provide pressure gauge and 3 nozzle adapters Ideal for inflating tires, balls, rubber floater, hovercraft and so on Can also inflate Bicycle/Scooter/Moped tyres and also allows inflation of many other inflatable leisure items using Specification: Type:Car Air Compressor Material:ABS Size: 17.5×17.5×6.5cm Flow rate: 35L/Min Voltage: DC12V Color: As Shown Due to the different monitor and light effect,the actual color maybe a slight different from the picture color. Please allow 2-3cm differs due to manual measurement . Package including: 1 x Air Compressor Pump #TopKillerSprayOrganik #HargaMampuMilik #PamTayar #PamTayarKereta #SayaJual #BazarPaknil #DecoRumah #SprayMurah #Travel #Pancing #Keluarga #PestControl #HomeDecor #HiasRumah #PerabotRumah #Hiking #BarangRumah #BarangDapur #Review #FoodPornMalaysia #NkayTopkiller #TipsKecantikan #TipsMasakan #BajuPengantin #TipsRumahtangga #Like4Like #LikeLikeLike #LikeFollow #LikeForFollowBack #bazarpaknilmurah

A post shared by H.F.S catalogue (@homefeed.shop) on

PAM TAYAR

Pernah nampak tak kereta usang yang ditinggalkan lama di tepi jalan mesti tayar dia kempis. Ini apa yang akan terjadi sekiranya korang biarkan kereta korang terlalu lama tak bergerak. Untuk mengelakkan tayar kempis, pastikan korang isi angin tayar mengikut spesifikasi tayar kenderaan. Berat kenderaan sebenarnya menekan tayar sehingga menjadi kempis. Proses ini akan lebih cepat pada waktu sejuk. Nak lagi extreme korang cabut je tayar kereta kalau rasa tak nak guna kereta tu.

PARKING DI TEMPAT TERTUTUP

Meletakkan kenderaan korang di tempat tertutup juga penting untuk kesejahteraan kenderaan. Jika kereta terdedah kepada cuaca luar yang panas, hujan dan berembun untuk tempoh yang lama, cat pada badan kereta akan pudar atau karat. Selain itu, bahagian interior kereta korang juga akan rosak. Kalau tak ada tempat tertutup, pastikan korang buka sedikit tingkap kereta dan angkat wiper ke atas. Kalau ada canvas kereta tu, boleh lah korang selimutkan kereta tu. Lagi bagus kalau korang basuh kereta seminggu sekali untuk buang segala kotoran yang melekat pada badan kereta.

ELAK GUNA BREK TANGAN

Brek tangan yang digunakan dalam masa yang lama kebiasaannya akan menyebabkan break pad melekat pada break disc. Bila dah melekat ni memang leceh sikit nak betulkan. Jadi antara cara yang boleh korang guna kalau tak nak guna brek tangan adalah dengan meletakkan kenderaan korang pada gear satu. Boleh juga letakkan wheel stopper pada tayar korang.

ISI MINYAK PENUH

Tangki minyak yang sikit atau kosong boleh menyebabkan wap terhasil dan sekaligus mengakibatkan tangki minyak berkarat. Selain itu, gas petrol juga boleh terhasil dan boleh menyebabkan kereta lebih mudah meletup atau terbakar. Untuk mengelakkan daripada perkara tak diingini berlaku, sila isi penuh minyak kereta korang tu. Harga minyak pun tengah murah sekarang ni.

Tapi cara paling senang untuk memastikan kereta korang tidak mempunyai masalah bila tempoh PKP habis adalah korang sendiri yang kena rajin hidupkan enjin kereta untuk beberapa minit setiap hari. Lagi baik kalau dapat bawak kereta pusing-pusing kejap.

KATALAKI: Minyak tengah murah tapi tak boleh merayap jauh-jauh..

Last modified: 19 April 2020