50 Kemenangan MotoGP, Berapa Kali Je Marquez Pernah Menang Kat Sepang?

Aktif, Motorsports

Kemenangan Marc Marquez di litar lumba Brno, Republik Czech, pada 4 Ogos 2019 hari tu merupakan kemenangan ke-50 Marc Marquez sejak kali pertama berlumba untuk kelas MotoGP pada tahun 2013.

Tapi berapa kali je Marc Marquez pernah menang kat salah satu litar yang paling mencabar dalam saingan MotoGP iaitu Sepang International Circuit?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Repsol Honda Team (@hrc_motogp) on

Sejak kali pertama berlumba untuk pasukan Repsol Honda Team dalam kelas MotoGP pada tahun 2013, Marc Marquez hanya pernah menang kat Sepang International Circuit sebanyak 2 kali je. Kemenangan Marc Marquez di litar Brno, Republik Czech baru-baru ni juga merupakan kali ke-76 Marc Marquez berjaya menang dalam perlumbaan kelas 125cc, Moto2 dan MotoGP.

Setakat perlumbaan di litar lumba Brno hari tu, pelumba yang masih lagi memegang rekod paling banyak menang perlumbaan dalam kelas 50cc, 125cc, 250cc, 350cc, 500cc dan MotoGP ialah Giacomo Agostini dengan 122 kemenangan, diikuti oleh Valentino Rossi dengan 115 kemenangan, Angel Nieto dengan 90 kemenangan, Mike Hailwood dan Marc Marquez dengan 76 kemenangan.

Marc Marquez masih lagi memegang rekod pelumba paling muda yang pernah menang dalam perlumbaan MotoGP, ketika berumur 20 tahun 63 hari di litar lumba Austin, Amerika Syarikat pada tahun 2013. Marc Marquez juga merupakan pelumba paling muda yang pernah menang kejuaraan MotoGP sebanyak 5 kali. Tahun 2019 ni, Marc Marquez dah pun berumur 26 tahun.

MotoGP musim 2019 ni, peluang Marc Marquez untuk merebut kejuaraan MotoGP yang ke-6 semakin cerah selepas meninggalkan Andrea Dovizioso di tempat ke-2 dengan perbezaan 63 mata selepas tamat perlumbaan di litar lumba Brno, Republik Czech.

Ada baki lagi 9 perlumbaan sebelum secara rasminya musim MotoGP 2019 tamat pada bulan November nanti.

KATALAKI: MotoGP sekarang ni memang tengah zaman kegemilangan Marc Marquez. Susah untuk pelumba lain cabar Marc Marquez kat dalam litar.

Last modified: 5 August 2019