6 Game Confirm Masuk Sukan SEA 2019!

Game, Tech


Sebelum ini aku ada menulis tentang sukan SEA 2019 yang mana esport akan dipertandingkan dalam sukan SEA tahun hadapan. Sebelum ini hanya permainan video Mobile Legends: Bang Bang sahaja yang confirm dipertandingkan pada sukan SEA 2019 yang bakal berlangsung di Philippine.

Namun minggu ini kita dah dapat confirmation 5 lagi permainan video yang bakal dipertandingkan dalam acara sukan SEA 2019. Untuk acara esport, ianya terbahagi kepada 3 jenis permainan video iaitu Mobile Games, PS4 Games dan jugak PC games. Setiap bahagian akan ada dua permainan video yang dipertandingkan.

Untuk Mobile Games, permainan video Arena of Valor akan bersama-sama Mobile Legends. Arena of Valor mempunyai ciri permainan yang sama seperti Mobile Legends iaitu 5vs5 multiplayer games.

Bagi PS4 pula, dua permainan video yang dipertandingkan adalah Tekken 7 dan jugak NBA 2K19. Tekken 7 merupakan fighting game manakala NBA 2k19 pulak merupakan permainan video bola keranjang. Kedua-dua permainan video ini bagi aku adalah pilihan yang bijak.

Manakala untuk PC pulak, Dota 2 dan StarCraft II akan dipertandingkan. Seriously aku terkejut dorang masukan StarCraft II dan bukannya Overwatch. Maybe permainan video Overwatch ni belum cukup femes lagi kot.

Setakat ini, belum ada pemilihan lagi pasukan mana yang akan mewakili Malaysia untuk Sukan SEA 2019 untuk acara esport. Ini merupakan kali pertama esport dipertandingkan dalam sukan SEA. Aku harap banyak lagi acara-acara besar sukan dunia akan mula memasukan esport sebagai salah satu acara yang dipertandingkan. Dalam masa yang sama aku harap Malaysia akan terus maju dalam esport!

KATALAKI: Kita doakan pasukan mana pun yang terpilih nanti akan membawa pingat emas untuk Malaysia

 

Last modified: 23 December 2018