6 Pemain Liverpool Yang Baru Pertama Kali Merasa Pegang Piala

Aktif, Bola

Tahniah untuk pasukan Liverpool yang secara rasminya bergelar juara UEFA Champions League 2018/19 selepas berjaya tewaskan Spurs 2-0 di Madrid hari tu. Tahniah gak la untuk fans Liverpool yang tak pernah berhenti untuk menyokong Liverpool sampai berjaya pegang piala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liverpool Football Club (@liverpoolfc) on

Apa komen korang pasal perlawanan final Liverpool lawan Spurs hari tu? Secara keseluruhan, Spurs nampak berusaha bersungguh-sungguh cari gol. Malang untuk Spurs, penyudah Liverpool lebih tajam dan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker kebal macam kubu perang. Ni statistik penuh perlawanan akhir Champions League antara Liverpool dan Spurs.

Image Via : uefa.com

Tak pasti sama ada korang perasan atau pun tak, ada beberapa pemain Liverpool yang beraksi untuk musim 2018/19, baru pertama kali rasa macam mana perasaan berjaya pegang piala selepas Liverpool menang Champions League baru-baru ni. Mari kita tengok siapa 6 orang pemain Liverpool yang baru pertama kali menang piala sejak terlibat secara profesional dalam bola sepak.

Simon Mignolet

 

View this post on Instagram

 

‪🏆🥇⭐⭐⭐⭐⭐⭐‬

A post shared by Simon Mignolet (@22mignolet22) on

Kali pertama Simon Mignolet jejakkan kaki ke Premier League ialah pada tahun 2010 untuk beraksi bersama pasukan Sunderland sebelum berpindah ke Liverpool pada tahun 2013. Maknanya, 2019 ni tahun ke-6 Simon Mignolet bersama dengan Liverpool.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Simon Mignolet (@22mignolet22) on

Lepas Liverpool beli Alisson Becker dan ditugaskan sebagai penjaga gol utama, Simon Mignolet hanya buat 2 penampilan je bersama Liverpool untuk musim 2018/19. Piala UEFA Champions League 2018/19 merupakan piala pertama yang berjaya dimenangi oleh Simon Mignolet sejak bergelar pemain bola sepak profesional.

Alisson Becker

 

View this post on Instagram

 

Sempre comigo! ❤️

A post shared by Alisson Becker (@alissonbecker) on

Memang berbaloi betul la Liverpool beli Alisson Becker dari AS Roma selepas prestasi penjaga gol Liverpool sebelum ni, Simon Mignolet dan Loris Karius kurang meyakinkan.

 

View this post on Instagram

 

12/05/19 Great honor!! God is good! #21cleansheets for the lads! ❤️💪🏼🙏🏻 #LFC #AB1 #goldenglove

A post shared by Alisson Becker (@alissonbecker) on

Musim 2018/19 ni merupakan musim pertama Alisson Becker beraksi di Premier League dan musim pertama bersama Liverpool, dah berjaya menang piala pertamanya seumur hidup iaitu piala UEFA Champions League 2018/19. Alisson Becker juga merupakan penjaga gol utama untuk pasukan kebangsaan Brazil.

Andrew Robertson

 

View this post on Instagram

 

Breakfast for champions ❤️

A post shared by Andrew Robertson (@andyrobertson94) on

Sejak Andrew Robertson beraksi dengan Liverpool pada tahun 2017, dah dua kali Andrew Robertson berjaya main di perlawanan akhir UEFA Champions League. Untuk tahun ke-2, Andrew Robertson berjaya bawa balik piala UEFA Champions League bersama Liverpool.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andrew Robertson (@andyrobertson94) on

Ini merupakan piala pertama sepanjang karier bola sepak Andrew Robertson, sebelum ni Andrew Robertson pernah beraksi dengan pasukan yang kurang ternama antaranya Queen’s Park, Dundee United dan Hull City.

Trent Alexander-Arnold

 

View this post on Instagram

 

CHAMPIONS OF EUROPE ⭐⭐⭐⭐⭐⭐ #YNWA

A post shared by Trent Alexander-Arnold (@trentarnold66) on

Trent Alexander-Arnold merupakan pemain Liverpool yang memang dilahirkan dan dibesarkan di bandar Liverpool. Trent Alexander-Arnold sekarang ni masih lagi memegang rekod pemain paling muda yang bermain dalam perlawanan akhir Champions League dan pemain paling muda yang bermain dalam perlawanan akhir Champions League untuk dua tahun berturut-turut!

 

View this post on Instagram

 

From age 6 to winning the 6th. #YNWA #UCLfinal

A post shared by Trent Alexander-Arnold (@trentarnold66) on

Berumur 21 tahun pada tahun 2019 ni, Trent Alexander-Arnold dah berjaya menang piala pertama dalam karier bola sepak dan piala paling bernilai dalam benua Eropah, UEFA Champions League 2018/19.

Divock Origi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Divock (@divockorigi) on

Divock Origi merupakan pemain yang paling banyak bagi sumbangan kat Liverpool sebenarnya walaupun jarang sekali beraksi. Kenapa banyak bagi sumbangan lak? Divock Origi yang jaringkan dua gol dalam perlawanan comeback Liverpool menentang Barcelona hari tu dan juga jaringkan gol ke-2 untuk memastikan Liverpool dengan selesanya kalahkan Spurs dalam perlawanan akhir UEFA Champions League 2018/19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Divock (@divockorigi) on

Tahun 2019 ni, Divock Origi baru berumur 24 tahun dan dah berjaya menang Champions League. Piala pertama dalam sejarah bola sepak Divock Origi.

Roberto Firmino

 

View this post on Instagram

 

Toda honra e toda glória a ti senhor🙏🏻🏆❤️

A post shared by Bobby Firmino (@roberto_firmino) on

Roberto Firmino dah beraksi bersama Liverpool sejak tahun 2015 selama 4 musim. Pada musim 2018/19, akhirnya Roberto Firmino berjaya menang piala untuk dirinya sendiri dan juga Liverpool.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bobby Firmino (@roberto_firmino) on

Sebelum bermain dengan Liverpool, Roberto Firmino beraksi di Bundesliga bersama pasukan 1899 Hoffenheim. Piala UEFA Champions League 2018/19 merupakan piala pertama yang berjaya dimenangi oleh Roberto Firmino seumur hidup.

KATALAKI: 6 orang ni je yang baru pertama kali menang piala dalam sejarah hidup dorang. Pemain Liverpool yang lain dah pernah menang piala sama ada dengan Liverpool atau pasukan lain.

Last modified: 12 June 2019