6 Perkara Wajib Tahu – Filem Terbaharu The Batman!

Sembang, ZAP, ZeKool

Kami rasa semua sudah tahu tentang kejadian-kejadian yang telah berlaku disebalik dunia DC Extended Universe (DCEU) dimana Ben Affleck yang telah bersara (atau menarik diri) daripada memegang watak sebagai Bruce Wayne aka Batman dan juga dengan pengumuman terbesar apabila team produksi DCEU memilih Robert Pattinson untuk memegang peranan sebagai superhero kelawar tersebut. Selain itu, kita dah juga dipertunjukkan dengan rupa suit terbaharu yang bakal dipakai oleh Batman, kalau korang tak tengok lagi korang boleh baca kat SINI.

Sejurus selepas team produksi yang menjayakan filem terbaharu The Batman ini mereleasekan klip pendek suit yang dipakai oleh Batman. Maka permulalah fasa pembikinan filem The Batman dimana kita dapat saksikan gambar-gambar serta video-video ketika penggambaran filem tersebut dijalankan yang dikongsikan di laman web portal antarabangsa.

Filem terbaharu siri superhero kelawar yang berjudul The Batman kali ini kita sudah ketahui ianya dikatakan akan berkonsepkan noir atau lebih gelap dan kelam. Jadi harini kami nak kompilasikan semua yang korang wajib tahu tentang filem terbaharu The Batman.

GOLLUM SIDEKICK BATTY

Aktor yang dikenali ramai menerusi hasil lakonan wataknya sebagai Gollum dalam trilogy Lord Of The Ring , Andy Serkis bakal memegang watak sebagai Butler kepada Bruce Wayne, iaitu Alfred. Selain watak Gollum, Andry Serkis juga dikenali menerusi pelbagai watak dalam filem popular Godzilla, Dawn of the Planet of the Apes, Star Wars: The Force Awakens, Black Panther. Tidak kurang hebatnya, Andy Serkis juga merupakan pengarah untuk filem dibawah terbitan Sony, Venom 2 (Kira MCU sikit la eh?)

BULLSEYE JADI PENGUIN

Di dalam filem Daredevil yang pertama, beliau memegang watak villain yang dikenali sebagai Bullseye. Tetapi untuk filem The Batman pula, DCEU memunculkan kembali villain Oswald Cobblepot atau lebih dikenali dengan nama penjahatnya sebagai The Penguin yang dipegang oleh Colin Farrell. Ini menjadikan Colin Farrell sebagai aktor ke empat yang memegang watak sebagai The Penguin.

ANAK LENNY KRAVITZ

Untuk filem terbaharu The Batman kali ini, yang memegang watak sebagai Selina Kyle atau panggilan alter ego yang dikenali sebagai Catwoman akan dibawakan oleh Zoe Kravitz. Dalam genre filem-filem superhero dan fantasi, Zoe Kravitz ni bukan calang-calang lagi lah disebabkan sudah banyak filem-filem blockbuster yang dipegang oleh Zoe seperti X-Men: First Class, Mad Max: Fury Road. Dalam sejarah filem dan siri TV Batman, Zoe Kravitz adalah pelakon wanita ke lapan yang membawakan watak sebagai Catwoman.

ROBERT PATTINSON BELAJAR LAWAN

Untuk benar-benar membawakan watak Bruce Wayne ataupun Batman dengan memberikan impak yang memuaskan kepada para peminat DCEU. Robert Pattinson yang dikenali ramai dengan wataknya seorang vampire kacak dalam francais Twilight telah pun berlatih bersungguh-sungguh sehingga mengambil kelas untuk mempelajari Brazilian jiu-jitsu yang dilatih oleh Rigan Machado. Rigan Machado ini juga adalah jurulatih yang sama yang melatih Keanu Reeves untuk siri filem John Wick.

BEN AFFLECK TARIK DIRI

Pada awal pembikinan filem The Batman. Pelakon dan pengarah yang juga merupakan mantan watak Batman aka Bruce Wayne; Ben Affleck telah dilaporkan sepatutnya menduduki kerusi pengarah bagi filem terbaharu The Batman ini. Namun Ben Affleck melepaskan jawatan tersebut kerana ingin memberikan tumpuan yang sepenuhnya melakonkan watak Batman dalam filem terbaharu The Batman.

“Ia adalah jelas bahawa saya tidak boleh melakukan kedua-dua pekerjaan (Batman dan mengarah) ke tahap yang mereka perlukan.” Menurut Ben Affleck dalam sebuah laporan yang dipetik daripada laman web Complex.

Setelah menarik diri daripada 2 jawatan besar untuk menjayakan filem terbaharu The Batman. Kerusi tuan pengarah untuk filem tersebut di isi oleh pengarah tersohor yang dikenali ramai menerusi filem-filem blockbuster seperti Cloverfield, Rise of the Planet of the Apes dan War for the Planet of the Apes; Matt Reeves.

Pada awal pembikinan filem ini, Ben Affleck dikatakan juga bertanggungjawab sebagai screenwriter untuk filem The Batman. Malah, Ben Affleck sudah pun mempunyai skrip yang sudah siap. Ketika beliau masih lagi memegang projek untuk filem ini, Ben Affleck telah menyiapkan skrip yang dikatakan bermain dengan tahap kewarasan watak Batman, sehinggakan Bruce Wayne digambarkan dibawa ke Arkham Asylum.

SAVE THE DATE

Kadang-kadang bukan kita perlu “save the date” untuk acara wedding mahupun majlis keramaian. Untuk menyambut filem terbaharu The Batman ni pun korang kena save the date jugak. Kira-kira filem ke 10 dibawah payung produksi DC Extended Universe ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 25 Jun 2021.

KATALAKI: Tazabar nak tengok Zoe Kravitz sebenarnya…

Last modified: 16 March 2020