6 Seni Mempertahankan Diri Yang Mampu Membunuh

Aktif, Life x Tips, Sembang, ZAP, ZeKool

Seni mempertahankan diri ni memang banyak dekat dunia. Rata-rata orang mempelajari seni mempertahankan diri adalah untuk mempersiapkan diri dari menghadapi sebarang bahaya, dan ada juga yang sekadar suka-suka sebab nak tahu macam mana seni mempertahankan diri tu. Tak kurang juga yang belajar untuk jadi kaki pukul. Ye lah baru yakin sikit nak pukul orang kalau ada ilmu taekwondo kan.

Seni mempertahankan diri juga digunakan dalam acara-acara sukan seperti pertandingan Mixed Martial Arts (MMA) yang terkenal sebagai pertandingan mempertahankan diri menggunakan pelbagai seni mempertahankan diri. Yang paling bahaya, sebenarnya ada juga seni mempertahankan diri yang boleh mengakibatkan maut. Mungkin sebab tu kalau tengok filem pasal martial arts, mesti ada babak sifu buang anak murid yang ada naluri jahat. Takut ilmu martial arts tu di salah guna untuk kejahatan.

6. SAMBO

Seni mempertahankan diri ini berasal dari Rusia. Negara Rusia mempunyai sejarah diserang oleh Mongol, Perancis dan Jerman dalam masa yang sama. Jadi Rusia ada banyak peluang untuk belajar teknik-teknik mempertahankan diri yang baru. Jadi kalau berperang tu memang diorang akan gunakan martial arts semasa bertempur. Lama-kelamaan orang Rusia mengembangkan teknik ini menjadi bentuk gusti yang sangat kejam.

Tetapi semasa Revolusi Komunis pada tahun 1917, pengamal martial arts di sana merasakan gusti dan memukul musuh sehingga patah tulang tak cukup untuk melawan musuh. Jadi mereka mengubahnya menjadi Sambo, dimana dalam Bahasa Rusia bermaksud ‘pertahankan diri tanpa senjata’.

5. MUAY THAI

Seperti negara-negara Asia Tenggara yang lain semasa zaman peperangan dahulu, Thailand sering dimasuki musuh-musuh asing. Jadi orang-orang Thailand banyak berlatih cara pukul musuh sampai mati. Maka terlahir lah seni bela diri Muay Thai atau dikenali juga seni lapan anggota badan. Di dalam Muay Thai, lutut dan siku dikira sebagai bahagian badan yang terpisah, jadi ia digunakan sebagai senjata utama untuk menghentak musuh sekuat yang boleh. Di dalam Muay Thai, terdapat satu teknik yang disebut ‘Throwing Buffalo Punch’. Teknik ini dapat menjatuhkan kerbau dengan hanya satu pukulan. Iya memang diorang pernah diserang dengan kerbau satu ketika dahulu sehingga mereka mencipta teknik ini. Seni bela diri ini masih diamalkan di Thailand sehingga ke hari ini dan digunakan di dalam acara sukan.

4. MCMAP

Bagi United State Marine Corps, mereka telah melihat dan melalui banyak aksi pertempuran. Pasukan ini akan melalui sekurang-kurangnya dua pertempuran dalam setahun sejak tahun 1775. Hasilnya, satu program pertempuran jarak dekat daripada pelbagai negara dan menamakannya ‘Marine Corps Martial Arts Program’ atau singkatanya MCMAP. Teknik ini lebih cenderung dan menfokuskan cara membunuh pihak musuh. Bila MCMAP digunakan, ia mampu memusnahkan atau menyakitkan mana-mana bahagian tubuh musuh menggunakan tangan. Jadi kadang-kadang pihak musuh boleh terbunuh dengan teknik martial arts ni.

3. SILAT

Seni mempertahankan diri yang banyak diamalkan di Malaysia, dan menjadi antara warisan kita. Kalau tengok filem Hang Tuah, memang seronok tengok aksi pertarungan Silat yang penuh dengan gaya. Negara Malaysia pun banyak diserang dengan musuh-musuh luar, jadi Silat dilihat sebagai satu cara untuk mempertahankan diri daripada musuh-musuh tersebut. Teknik-teknik di dalam persilatan juga ditambah dan diperbaiki sebagai persediaan lebih baik untuk berhadapan dengan musuh baru. Terdapat juga senjata yang sinonim dengan Silat iaitu keris. Senjata keris dikatakan mampu menghunus ke perut mangsa dan memusnahkan usus di dalamnya. Memang terus meninggal lah musuh tak boleh diselamatkan.

2. ESKRIMA

Seni bela diri ini datangnya dari Filipina dan merupakan satu seni mempertahankan diri kuno. Senjata utama digunakan adalah tongkat kayu kecil yang mampu mengalahkan musuh. Selama berabad kayu kecil itu digunakan untuk memukul sesama mereka, tetapi selepas tibanya penjajah dari Portugis pada tahun 1521, orang Filipina memutuskan untuk menggunakannya sebagai senjata membunuh musuh. Tetapi senjata itu cuma perantaraan sahaja kerana falsafah mereka adalah tanpa senjata juga mereka mampu membunuh musuh dengan tangan mereka sendiri. Coldblooded!

1. KRAV MAGA

Ia pada mulanya diciptakan pada tahun 1930-an oleh seorang lelaki berbangsa Yahudi untuk mempertahankan diri daripada tentera Nazi. Lelaki tersebut memukul tentera Nazi menggunakan senjata mereka dan kemudian lari sebelum tentera yang lain datang. Pada tahun 1940 lelaki tersebut lari daripada Holocaust dan tiba di Palestin untuk mengajarkan tekniknya kepada tentera tempatan. Seperti kebanyakkan seni bela diri yang lain, Krav Maga mendorong pengamalnya untuk menghindari konfrontasi fizikal. Sekiranya ianya masih tidak dapat dielakkan, pengamal Krav Maga boleh bertarung secepat yang mungkin dengan agresif. Serangan akan ditujukan pada bahagian tubuh yang terdedah atau lemah dan boleh mengakibatkan kecatatan kekal atau maut.

KATALAKI: Seni bela diri ni bagus sebenarnya untuk mempertahankan diri korang daripada orang jahat, tapi bukan untuk tujuan tunjuk hebat…

Last modified: 20 May 2020