6 Sukan ‘Rare’ yang Pernah Dipertandingkan Di Olimpik

Sembang, ZAP, ZeKool

Mengikut kalendar asal tahun 2020, temasya sukan Olimpik sepatutnya diadakan pada 24 Julai tahun ini. Tapi disebabkan pandemik wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia, ia terpaksa dianjakkan ke 23 Julai 2021. Mungkin para atlet sukan Olimpik ada masa tambahan setahun lagi untuk training, dan kita sebagai penonton juga ada masa setahun kumpul duit untuk tengok Olimpik secara live di Jepun.

Olimpik mula diperkenalkan pada tahun 776 sebelum masihi lagi di Greece dan pernah dihentikan penganjurannya selama 1,503 tahun. Olimpik yang sekarang ini dikenali sebagai Olimpik Moden, mula dianjurkan pada tahun 1896 di Athens, Greece. Sebenarnya banyak acara sukan yang pernah dianjurkan dahulu sudah tak lagi dipertandingkan di Olimpik. Dan ada juga acara suka di Olimpik zaman dulu-dulu yang dianggap pelik jika dipertandingkan sekarang. Nak tahu pelik ke tak, jom scroll down dulu.

TARIK TALI

Acara tarik tali, atau dikenali sebagai Tug-of-War ini dihentikan pada tahun 1920. Dalam acara ini, pemainnya terdiri daripada lapan orang lelaki yang gagah bagi setiap negara. Misi mereka adalah menarik tali sehingga melepasi garisan atau titik yang telah ditetapkan. Kalau di Malaysia acara tarik tali ni biasanya akan dijadikan acara wajib sukan sekolah atau sukan kampung. Asalnya acara tarik tali merupakan acara yang dipertandingkan di Olimpik sejak tahun 500 sebelum masihi lagi. Dan selalunya acara ini akan dimenangi oleh Great Britain. Mungkin ramai lelaki gagah yang ada di Great Britain.

TEMBAK BURUNG MERPATI

Nasib baik lah acara ni cuma dipertandingkan sekali sahaja di Olimpik, iaitu semasa tahun 1900 di Paris. Acara ini dijalankan dengan peserta menembak merpati yang dilepaskan sebanyak mungkin dalam masa yang ditetapkan. Dalam acara tersebut yang diadakan cuma sekali, pemenangnya telah berjaya menembak sebanyak 21 ekor burung. Di anggarkan sebanyak 300 ekor burung merpati ditembak mati sepanjang acara itu berlangsung.

ANGKAT BERAT SATU TANGAN

Nampaknya angkat berat guna dua tangan tak cukup mencabar. Acara angkat berat menggunakan satu tangan pernah dipertandingkan sekitar akhir abad ke-19. Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan untuk bertanding dalam acara ini. Dalam acara ini, peserta perlu mengangkat pemberat ke udara, sama seperti acara angkat berat zaman sekarang, cumanya mereka menggunakan satu tangan. Ada yang nak cuba?

JEU DE PAUME

Sukan ini merupakan sukan yang melahirkan acara sukan Tenis. Sukan ini berasal dari Perancis dan secara harfiahnya bermaksud ‘Permainan Tangan’. Pada asalnya pemain tidak menggunakan raket untuk memukul bola dan hanya menggunakan tangan mereka. Untuk melindungi tangan daripada cedera, mereka akan mengenakan sarung tangan. Tapi tak lama lepas tu raket diperkenalkan dalam permainan ini. Permainan ini pula hanya dimainkan secara indoor. Sukan ini dipertandingkan pada tahun 1908 sahaja kerana kurangnya gelanggang indoor.

PANJAT TALI

Satu lagi acara sukan yang melibatkan tali. Mungkin orang dulu-dulu suka acara yang ada tali. Acara ini dipertandingkan pada Olimpik 1896. Dalam acara ini, peserta akan berlumba untuk panjat tali dengan pantas. Masa yang paling cepat akan diambil dan dinobatkan sebagai juara. Biasanya aktiviti panjat tali ni dilakukan di dalam latihan ketenteraan.

TERJUN JARAK JAUH

Biasanya kita ada acara lompat jarak jauh, tapi untuk acara dalam air kita ada terjun jarah jauh. Konsepnya lebih kurang sama macam lompat jauh, cuma peserta perlu terjun dan membiarkan badan mereka bergerak di dalam air sejauh yang mungkin. Rasanya acara macam ni biasa budak-budak buat kalau mandi kolam. Acara ini agak popular semasa abad ke-19 dan awal abad ke-20. Atlet dari Amerika Syarikat, William Dickey, pernah memenangi acara ini. Tapi cuma orang Amerika je yang bertanding dalam acara ni dulu.

KATALAKI: Ada tak acara sukan yang tak ada dalam Olimpik tapi korang nak tengok acara tu dipertandingkan dalam Olimpik?

Last modified: 1 June 2020