7 Filem Terbaik Yang Diharamkan Di Beberapa Negara!

Sembang

Agama, politik, keganasan mahupun ianya mengandungi babak atau adegan-adegan yang agak dikatakan seksual yang dijadikan sebagai suatu topik yang diangkatkan sebagai salah satu tema untuk menjayakan sesebuah filem. Namun topik-topik sebegitu rupa yang digunakan sebagai tema atau jalan cerita sesebuah filem selalu akan menerima kecaman atau kena banned terus daripada ditayangkan di negara sendiri atau di mana-mana saja.

Ada pepatah yang mengatakan setiap publisiti yang diterima masih lagi dikira sebagai “good publicity”, dan ternyata ada juga filem-filem yang meraih publisiti dan populariti selepas menerima kecaman serta diharamkan daripada tayangan umum.

Kalini Thelaki nak kongsikan korang info tentang filem-filem yang diharamkan tetapi mempunyai storyline atau jalan cerita yang terbaik dihasilkan oleh pengarah-pengarah tersohor antarabangsa.

A CLOCKWORK ORANGE

Stanley Kubrick adalah salah seorang pengarah yang tersohor dan filem yang diarahkan oleh beliau ini adalah filem yang amat dikenali oleh keganasan yang dapat disampaikan dengan hebat oleh pengarah dan para pelakon yang terlibat menjayakan filem ini.

Filem ini merupakan sebuah adapatasi daripada novel tahun 1962 dengan judul yang sama hasil karya tulisan Anthony Burgess. Antara sebab kenapa filem ini adalah salah satu karya terbaik daripada pengarah Stanley Kubrick adalah disebabkan ianya mempunyai babak-babak yang dipuji ramai dalam industri perfileman dan paling diingati ramai peminat karya Stanley Kubrick, ramai yang menganggap filem ini adalah filem masterpiece daripada Stanley Kubrick.

A Clockwork Orange mengisahkan tentang dunia dalam keadaan tunggang terbalik dimana Alex yang merupakan protagonis filem ini bersama sahabatnya terpaksa menjadi bahan ujikaji experiment kerajaan dalam memulihkan semula permasalahan sistem jenayah. Disebabkan penggambaran grafik babak rogol dan keganasan yang keterlaluan yang disampaikan didalam filem ini, ianya telah dibanned di beberapa negara antaranya di Ireland dan juga Singapura selama 30 tahun.

APOCALYPSE NOW

Salah lagi seorang pengarah tersohor di Hollywood yang telah mengarahkan filem-filem yang diclaimkan sebagai “Best Of” dibawah arahannya. Filem Apocalypse Now ini juga boleh dikatakan antara filem-filem yang saing-saing dengan filem The Godfather bahagian satu dan dua dibawah arahan Francis Ford Coppola.

Namun berlainan dengan filem francais Godfather Francis Ford Coppola, filem ini menerima kontroversi yang hangat oleh kerana dibanned oleh kerajaan Korea Selatan disebabkan ianya mengisahkan tentang anti-war ­yang disampaikan didalam filem ini. Ramai juga yang berdebat sama ada filem ini adalah filem anti-war ataupun sebuah filem pro-war. Apa yang pasti, filem ini ramai yang menganggapnya sebagai antara filem perperangan yang terbaik yang pernah dihasilkan.

THE BLUE KITE

Antara banyak filem-filem yang telah di banned, ini mungkin filem yang boleh dikatakan terkena tempias yang teruk apabila filem ini bukan sahaja dibanned di tanah besar China, pengarah filem ini Zhuangzhuang Tian telah dikenakan tindakkan iaitu diharamkan selama 10 tahun daripada mengarahkan apa saja jenis filem.

Namun walaupun filem The Blue Kite ini menerima bermacam-macam jenis kontroversi, ianya juga adalah filem yang menerima beberapa anugerah serta pengiktirafan daripada ruangan perfileman antarabangsa sewaktu ianya dikeluarkan. Filem ini mengisahkan tentang pandangan seorang kanak-kanak didalam realiti kehidupan yang berlaku pada zaman 50-60an dimana sedang berlakunya revolusi budaya di tanah besar.

BROKEBACK MOUNTAIN

Filem arahan pengarah Asia terbaik, Ang Lee ini adalah filem yang banyak menerima anugerah, boleh dikatakan filem ini juga adalah filem yang banyak meraih anugerah Best Picture dan Best Director kalau dibandingkan dengan filem-filem yang lain namun ianya juga menerima kontroversi yang hangat disebabkan kekalahnya untuk merangkul anugerah filem terbaik Academy Awards, filem ini tumpas pada filem Crash di dalam penyertaan anugerah tersebut.

Rasanya ramai yang aware kenapa filem ini dibanned. Kalau yang tak tahu, filem ini mengenai percintaan yang kompleks disebalik perhubungan seksual antara dua orang cowboys. Disebabkan storyline yang agak kontroversi, ianya telah dibanned di negara timur tengah dan di China oleh kerana perhubungan yang cuba ditonjolkan tersebut. Apa yang pasti, filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti mendiang Heath Ledger, Jake Gyllenhaal, dan Anne Hathaway. Filem ini juga turut diharamkan daripada tayangan di Malaysia, so faham faham lah kan kenapa filem ni kena banned. 

HAIL MARY

Filem yang mempertaruhkan tentang agama dan seksual merupakan kombinasi yang terbaik untuk ianya diharamkan di negara-negara yang lain. Maka filem arahan Jean-Luc Godard ini tak lari daripada diharamkan.

Hail Mary menceritakan kembali tentang the virgin birth dalam dunia moden dan ianya menyentuh tentang isu-isu keagamaan yang menyalahi ajaran yang benar. Disebabkan ianya menyentuh isu agama tersebut, filem Hail Mary ini diharamkan di Brazil dan juga di Argentina. Namun ramai pengkritik filem yang memuji filem ini bukan kerana kontroversi ataupun jalan ceritanya, tetapi memuji cara penataan sinematografi yang disampaikan.

LAST TANGO IN PARIS

Image via: https://ascmag.com/

Filem keluaran tahun 1972 ini adalah filem kedua yang menampilkan bintang terkenal Hollywood, Marlon Brando dibawah arahan Bernardo Bertolucci. Disebabkan filem ini mempunyai banyak kandungan seksual yang disampaikan secara eksplisit, filem ini diharamkan selama tiga puluh tahun di beberapa negara seperti di Korea Utara, Portugal, Singapura, Itali dan di Chile.

Kalau di Britain pula, filem ini dikeluarkan dalam versi re-cut untuk menyingkatkan adegan seksual yang digambarkan didalam filem ini. Filem ini memfokuskan hubungan seksual antara seorang lelaki Amerika Syarikat dan wanita Parsi, dan dianggap oleh beberapa pengkritik filem sebagai salah satu filem paling erotik dan liberal yang pernah dihasilkan.

PERSEPOLIS

Siapa sangka filem animasi juga boleh kena pengharaman, dan filem tersebut adalah filem Persepolis dihasilkan oleh Marjane Satrapi dan Vincent Paronnaud.

Berlatarbelakangkan tentang Revolusi Iran dan juga berdasarkan daripada novel grafik autobiografi hasil karya Marjane Satrapi dikeluarkan pada tahun 2007. Menariknya sekali, walaupun ianya adalah filem animasi yang menerima kecaman dan pengharaman, filem ini meraihkan sebanyak 22.8 juta kutipan box office.

Walaupun pada mulanya filem ini dilarang di Lebanon setelah beberapa ulama menganggapnya filem ini menyinggung perasaan antara Iran dan agama Islam, namun filem ini dikeluarkan juga selepas menerima teriakan hebat daripada kalangan intelektual dan parti politik. Walaupun kerajaan Iran masih tidak berpuas hati dengan penerbitan filem ini, dan mereka masih lagi meneruskan kecaman serta menarik semula penyertaan filem ini daripada festival filem yang ada.

Sebagaimana filem-filem ini diharamkan daripada beberapa negara, apa yang pasti kita cuba ambik perkara dan benda-benda yang positif daripada karya para pengarah dan pembikin filem ini supaya kita dapat berfikiran terbuka dan meluas. Jangan jadi seperti katak bawah terpurung pulak, dah masuk zaman 2020 ni gais!

KATALAKI: Filem-filem camni best kalau kita study seni dan apa yang cuba disampaikan. Bincangkan!

Last modified: 27 July 2020