7 Kedai Fast Food Tiruan Yang Wujud Di Dunia

Feature, Sembang, ZAP, ZeKool

ϟ Trending

Knockoff “ adalah sebuah terma yang membawa maksud sesuatu benda atau perkara yang ditiru ataupun tiruan. Selalunya knockoff adalah produk yang meniru sesuatu barangan daripada jenama-jenama besar yang sedia ada sama ada seperti bag, jam tangan, minyak wangi mahupun pakaian yang berjenama yang boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal di kedai.

Benda yang paling nyata sekali adalah di zaman sekarang ini, kita semua tidak boleh lari daripada dunia ataupun scene knockoff yang lebih luas. Sudah banyak yang dapat kita lihat jenama-jenama gergasi seperti Nike, Adidas, Vans yang mempunyai produk-produk mereka di ciplak kan oleh para penjual yang cuba mengeksploitasi produk-produk ini atas kehendak dan permintaan tinggi daripada para pembeli.

Sedar tak sedar, budaya knockoff ini juga bukan berlaku pada produk rekaan yang diolah semula. Tetapi planet kita ini juga bersepah dengan kedai makanan segera atau fast food jenama tiruan. Kebanyakkan francais kedai fast food knockoff ini cuba untuk menghasilkan produk-produk mereka tersendiri dengan hanya meniru jenama-jenama yang hebat di dunia.

Jenama-jenama gergasi yang dikenali satu dunia seperti Mcd, KFC, Burger King, Dunkin’ Donuts, Starbucks antara jenama yang telah banyak di “replicakan”. Yang paling dahsyat sekali, kedai makan fast food knockoff ini berjaya meniru sehingga ianya dilihat sama seperti kedai jenama yang ditiru tersebut. Ada kedai-kedai knockoff ini yang telah dikenakan tindakan undang-undang manakala ada pula yang masih lagi selamat dan bertahan sehingga hari ini.

Jom kita usha kedai-kedai fast food yang telah berjaya ditiru serata dunia. Rasanya kita semua sudah sedia maklum bahawa negara China adalah negara yang sangat popular dengan penghasilan barangan tiruan sehinggakan ada yang boleh mengelirukan para pembeli dan penguna. Kebanyakkan kedai-kedai knockoff brands ini juga sangat-sangat mengila di China. Selain negara China yang banyak mengerahkan tenaga untuk menerbitkan produk daripada jenama, terdapat juga terma polisi perjanjian perdagangan dan undang-undang yang menjadi penyebab timbulnya replika restoran dan kedai ini di serata dunia.

MCKEBAB

Image via: Reddit.com

Bila kita tengok pada nama yang bermula dengan “Mc” ni saja kita dah confirm terlintas di fikirkan bahawa kedai ini juga meniru jenama Mcdonald. Boleh dikatakan ini kiranya mashup antara Mcdonald’s dan Kebab yang digabungkan untuk menghasilkan produk kebab mereka. Mungkin ini adalah hasil buah fikirkan pemilik jenama McKebab, lagipun kedai Mcdonald’s sendiri tak jual kebab kan?

Restaurant McKebab ini bertempat di Poland dan ianya mengunakan logo yang kelihatan sama dengan lambang M pada Mcd, siap letak smileyface berbekalkan font yang juga kelihatan hampir sama. Dikatakan juga kedai ini masih lagi beroperasi.

PIZZA HAT

Image via: scoopnest.com

Dikatakan disebabkan hubungan antara negara Iran dan Amerika Syarikat tidak begitu bagus, ianya menyebabkan jenama asal kedai Pizza terkemuka; Pizza Hut untuk menutup francais jenama mereka. Ini juga menyebabkan timbulnya pula restaurant dengan mengunakan jenama sebagai Pizza Hat.

Mungkin owner kedai pizza ini sudah ketandusan idea untuk nama yang best diberikan kepada restaurant pizza ini. Dan nama yang paling catchy dengan design yang hampir lebih kurang sama digunakan. Tapi bagusnya atleast rakyat di Iran dapat la jugak lepaskan rindu mereka kepada jenama asal HAHA.

KFG

Jenama yang ditubuhkan oleh pakcik Colonel Sanders, Kentucky Fried Chicken aka KFC adalah antara restaurant yang paling digemari di serata dunia. Dan ianya juga adalah antara jenama yang sering direplikakan oleh syarikat-syarikat di China. Antara jenama yang meniru KFC tentunya restaurant KFG.

Selain KFG yang meniru jenama restaurant KFC, terdapat juga restaurant tiruan lain seperti KLC, FBC dan MFC yang turut mengunakan tema warna merah putih dengan lukisan muka pada logo jenama mereka.

STARS & BUCKS CAFÉ

Lokasi kedai ini terletak di Palestin dan tak perlu kami mention kedai ini meniru jenama mana. Korang sudah pasti tahu kan? Bukan sahaja nama yang sudah tentunya hampir sama, cuma 2 perkataan yang dipisah dan diletakkan & ditengah-tengahnya. Daripada warna serta lambang jenama Stars & Bucks ini seboleh-bolehnya ingin dilihat sama dengan kedai jenama asal. Paling kelakar sekali, outlet ini bukan dibuat untuk para penduduk di Palestin namun ianya dibuka khas sebagai penarik pelancong.

Selain pilihan kopi yang sudah tentunya hampir sama dengan jenama asal, kedai ini juga turut menyediakan shisha untuk customer. Stars & Bucks adalah antara jenama tiruan yang masih lagi aktif, korang boleh usha Facebook Page DISINI.

MASH DONALD’S

Kalau kedai tiruan ni betul-betul wujud di negara kita, mungkin budak-budak yang nak study boleh study juga di kedai Mash Donald’s ni kot dan kita tentunya akan menyebutnya sebagai “Mash D” lah LOL.

Ini adalah salah satu lagi francais fast food yang boleh kita lihat terdapat di negara Iran. Walaupun nama jenama ini tidak mendatangkan selera, tetapi atleast rakyat di Iran cuba untuk mewujudkan sebuah francais yang tidak dapat mereka miliki di negara tersebut. Menurut pemilik kedai ini, anaknya yang mencadangkan kepadanya untuk meletakkan nama kedai ini sebagai “Mash Donald’s” supaya mereka dapat elakkan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

MICHAEL ALONE

 

View this post on Instagram

 

#meme #high #wow #sheesh #mcdonalds #michaelalone

A post shared by Le Softboi🇮🇱🇺🇸 (@stalopapi) on

Tak pasti pulak kenapa restaurant ini diberi nama sebagai Michael Alone tetapi ini adalah atnara kedai-kedai di China yang ‘berani’ untuk ripoff atau knockoff dengan begitu sebijik meniru Mcdonald’s. Walaupun namanya saja yang tidak sama, tetapi daripada lambang M yang sinonim dengan logo Mcdonald’s yang diterbalikkan dan warna Merah dan Kuning sebagai warna tema ni memang original copy teruk lah…

WICHAEL ALONE

Bila peniru ditiru oleh seorang peniru juga, maka terhasil lah pula restaurant fast food yang bernama Wichael Alone. Kedai ini yang juga terletak di China cuba untuk menjadi knockoff kepada jenama Michael Alone.

Daripada dekorasi warna kedai siap dengan figura badut seakan-akan seperti Ronald Mcdonald. Kalau kita tengok dari jauh, mungkin ramai yang akan sangkakan ianya adalah kedai Mcdonald’s.

Seperti Mcdonald’s yang mempunyai gelaran singkat sebagai “McD”. Kedai ini pun ada nama gelarannya juga yang dikenali sebagai Wickey A’s dan slogan mereka, “just kickin’ it’…..

KATALAKI: Jangan sampai kedai makan pun nak ada ori copy lah LOL…

ϟ Trending

Last modified: 6 July 2020