8 Cara Nak Tulis Huruf “X”. Korang Yang Mana Satu?

Sembang

Dunia digital ni sebenarnya kalau korang perasan, boleh juga memecahbelahkan manusia. Buktinya? Korang ingat lagi tak gambar dress biru dan hitam atau putih dan gold? Ada yang nampak biru dan hitam, ada yang nampak putih dan gold. Ah pening pening.

Tak cukup dengan tu, lepas tu viral lak pasal sebutan Yanny atau Laurel. Ada yang dengar Yanny, ada yang dengar Laurel. Sampai sekarang pun tak terjawab lagi mana satu sebutan yang sebenarnya.

Perbezaan pendapat untuk dua situasi yang viral ni bukan la bertujuan untuk pecah belahkan manusia sebenarnya. Ini lah buktinya setiap manusia tu unik dan berbeza hasil ciptaan Yang Maha Berkuasa. Ada sebabnya kenapa yang biru kita nampak putih, yang gold kita nampak hitam. Macam tu juga dengan deria pendengaran kita sama ada Yanny atau Laurel.

Sama juga macam kehidupan seharian kita, ada yang suka makan donut, ada yang suka Masdo, ada juga yang layan Kpop dari siang sampai ke malam. Setiap manusia memang berbeza. Saling memahami antara satu sama lain tu penting untuk kehidupan yang aman dan positif. Tapi kalau member korang setiap hari tak boleh decide nak makan kat mana, bagi je penampar jepun.

Semalam ada lagi satu perbezaan pendapat yang viral kat media sosial pasal macam mana manusia kat dunia ni lukis atau tulis huruf “X”. Ah sudah. Macam mana nak tulis huruf “X” pun dipersoalkan kat media sosial sekarang ni.

Pengguna Twitter, @SMASEY ada tweet gambar 8 cara untuk tulis huruf “X” kat dunia ni. Nampak senang je nak buat huruf “X” ni kan. Tapi sebenarnya ada macam-macam cara kita boleh tulis huruf “X”. Korang yang mana satu?

KATALAKI: Cer korang try cara yang lain untuk tulis “X” selain daripada cara yang korang selalu guna.

Last modified: 23 January 2019