9 Kes Saman Tak Masuk Akal

Sembang, ZAP, ZeKool

Mungkin kes-kes mahkamah ni kalau tak disampaikan dalam bahasa marhaen atau bahasa yang orang awam mudah faham, kita tak akan faham kes-kes ni semua pasal apa. Di Malaysia, tak kira lah kita berbangsa apa sekali pun, bila dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan jenayah atau lain-lain, segala pertuduhan kita akan dibacakan oleh jurubahasa. Dan ini tidak bermaksud seseorang tu tidak faham Bahasa Malaysia. Memang itu lah tugas rasmi seorang jurubahasa. Dan laporan media pula bertujuan untuk menceritakan intipati kes-kes mahkamah kepada orang awam.

Selalunya kes-kes saman yang kita baca di akhbar tu banyak melibatkan golongan kelas atasan. Golongan artis pun boleh tahan juga dengan kes-kes saman. Antara kes-kes saman yang kita biasa dengar pula adalah seperti kes saman malu, saman fitnah dan lain-lain. Tapi ada juga kes saman yang kedengaran seperti tak masuk akal. Jadi jom kita tengok apakah kes-kes saman yang dianggap mengarut dan merepek.

1. JELLY BEANS DISAMAN SEBAB MENGANDUNGI GULA

Kes ini berlaku pada tahun 2017 di mana seorang wanita terkejut apabila dia mendapati Jelly Bean mengandungi gula. Dah nama pun gula-gula takkan lah tak ada gula. Wanita tersebut yang berasal dari California membuat tuntutan kepada Jelly Belly, syarikat pembuat gula-gula Jeally Beans kerana menggunakan istilah “tebu sejat” dan bukan perkataan “gula” pada label gula-gula tersebut. Syarikat Jelly Belly turut didakwa menipu pengguna tentang kandungan gula yang digunakan dalam gula-gulanya walaupun berat gula bagi setiap hidangan telah ditulis dengan jelas pada setiap bungkusan gula-gula. Kes ini akhirnya ditolak oleh mahkamah dan tuntutan wanita itu tidak berjaya.

2. WANITA DISAMAN SEBAB MAIN PHONE MASA DATING

Baca tajuk je dah garu kepala kan? Macam mana lah wanita ni boleh kena saman sebab main phone je. Kes ini berlaku pada tahun 2017 dimana seorang lelaki berusia 37 tahun menyatakan rasa tidak puas hati bila wanita yang keluar dating dengan dia asyik bermain telefon. Kejadian ini berlaku ketika mereka sedang menonton wayang cerita “Guardians of The Galaxy Vol. 2.” Lelaki ini mendakwa wanita tersebut telah melanggar peraturan di dalam wayang serta mengganggunya yang sedang menikmati filem tersebut. Wanita tersebut kemudian bersetuju untuk membayar harga tiket wayang mereka dengan syarat lelaki tersebut tidak akan menganggunya lagi. Tidak lama selepas itu lelaki tersebut menarik semula kesnya daripada mahkamah. Mungkin dia ni peminat Marvel so tak boleh kacau fokus dia dalam wayang.

3. KECEWA RED BULL TAK MEMBERI TENAGA

Red Bull yang terkenal dengan slogan “Red Bull gives you wings” telah menghadapi masalah selepas didakwa mengambarkan minuman mereka mampu memberikan tenaga. Pada tahun 2016, minuman Red Bull bukan je didakwa tidak memberikan “sayap” kepada orang yang minum, bahkan tidak menambahkan tenaga pun. Tambahan lagi syarikat Red Bull tidak mampu membuktikan minuman mereka mampu meningkatkan tumpuan seseorang. Red Bull akhirnya menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah dan bersetuju membayar 640,000 USD.

4. PENCULIK SAMAN TEBUSAN SEBAB LARI

Kes ini berlaku pada tahun 2012. Jesse Dimmick merupakan seorang pelarian yang sedang menghadapi tuduhan membunuh. Dia menculik satu pasangan dari Kansas pada bulan September 2009. Semasa Dimmick tertidur, pasangan tersebut berjaya melarikan diri. Tak lama kemudian pasangan tersebut menuntut ganti rugi sebanyak 75,000 USD kepada Dimmick. Yang menariknya, Dimmick membalas saman dengan mendakwa pasangan tersebut telah melanggar kontrak mereka. Dia mendakwa mereka mempunyai perjanjian lisan untuk menyembunyikan Dimmick dari dikesan polis. Kes ini ditolak akhirnya.

5. MICHAEL JORDAN DISAMAN KERANA MENYERUPAI SEORANG LELAKI

Biasanya kita akan suka kalau muka kita ni ada iras-iras dengan selebriti terkenal atau individu terkemukan. Tapi lain pula jadinya dengan seorang lelaki yang bernama Allen Ray Heckard yang berasal dari Portland ini. Pada tahun 2006 dia telah menyaman lagenda bola keranjang bersama Nike kerana mempromosikan Michael Jordan. Lelaki tersebut mendakwa sepanjang 15 tahun dia sering dikelirukan dan disangka sebagai Michael Jordan. Oleh sebab itu dia mengalami penderitaan emosi. Lelaki tersebut kemudian menggugurkan kesnya atas sebab yang tidak diketahui.

6. LELAKI MENYAMAN DIRINYA SENDIRI SEBANYAK 5 JUTA USD

Pada tahun 1995, seorang lelaki telah menyaman dirinya sendiri sebanyak 5 juta USD kerana telah melanggar kepercayaan agamanya dan membuat dirinya ditangkap selepas memecah masuk ke sebuah bangunan. Robert Lee Brock diletakkan di Indian Creek Correctional Center di Virginia. Disebabkan Brock di dalam penjara dan tidak mempunyai pendapatan, maka dia meminta negeri yang memenjarakannya membayar jumlah saman yang dia sendiri tuntut. Hakim menolak kes tersebut. Mungkin terlalu mengarut tuntutan dia.

7. GURU DISAMAN KERANA KEJUT ANAK MURID DARI TIDUR

Ibu bapa kepada salah seorang pelajar di Sekolah Menengah Danbury telah menyaman guru sekolah itu kerana telah mengakibatkan masalah pendengaran kepada anaknya. Guru tersebut telah memukul meja dengan kuat untuk kejutkan pelajar tersebut daripada tidur. Pada tahun 2008, keluarga kepada pelajar tersebut membuat tuntutan terhadap sekolah, lembaga sekolah serta bandar mereka. Kes tersebut akhirnya ditolak oleh mahkamah. Kes-kes melibatkan guru dan ibu bapa kepada pelajar pun banyak juga jadi dekat Malaysia ni.

8. PELAJAR MENYAMAN UNTUK DAPATKAN A+

Brian Delekta merupakan seorang pelajar senior di Memphis High School di Michigan. Dia mendakwa bahawa dia layak mendapat A+ dalam salah satu subjek di kelasnya. Tapi dia cuma dapat A je. Keluarganya juga menuntut untuk grade Delekta dinaikkan ke A+ bagi membolehkannya menjadi pelajar terbaik dalam kelasnya. Kes tersebut yang berlangsung pada tahun 2003 akhirnya berakhir dengan kekalahan. Mungkin dengan cara saman pun tak boleh nak ubah grade kelas.

9. DISAMAN KERANA ‘BABY’ HODOH

Seorang lelaki menyaman isterinya selepas isterinya melahirkan anak mereka. Kata lelaki itu anak mereka kelihatan sangat hodoh dan tidak mempunyai iras muka mereka yang cantik dan kacak. Lelaki tersebut mengesyaki isterinya curang terhadapnya. Tetapi isterinya sebenarnya menyembunyikan sejarah pembedahan kosmetik yang pernah dia lakukan sebelum berjumpa dengan lelaki tersebut. Kes ini berlaku pada tahun 2012 di China. Lelaki tersebut memenangi kes saman itu dan isterinya diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak 120,000 USD. Sebenarnya selepas kes saman ni, ada kempen kesedaran tentang keburukan membuat pembedahan plastik dimana ia digambarkan seperti menipu pasangan masing-masing.

KATALAKI: Kalau nak saman make sure korang punya kes tak merepek. Kalau tak nanti kena kecam dengan netizen…

Last modified: 30 May 2020