9 Video Game Yang Pernah Kena Banned

Game, Sembang, ZAP, ZeKool

Bila cakap pasal benda yang diharamkan atau kena banned memang laju je kan korang nak tahu? Mungkin korang cakna dengan benda-benda macam ni sebab takut terjebak dalam kancah yang haram. Jadi kali ni aku akan share 9 senarai video game yang kena banned di beberapa buah negara. Mesti korang terfikir video game ni kena banned sebab mengandungi unsur-unsur ganas yang melampau atau terlalu lucah untuk dimainkan. Tapi ada juga video game yang sebenarnya tak ada pun unsur-unsur ganas ni semua, but still kena banned. Nak tahu apakah video game tersebut, jom sambung baca.

9. POKEMON

Dengar macam pelik sebab game Pokémon ni memang tak ada unsur-unsur sensitif langsung. Tapi ianya diharamkan di negara Arab Saudi atas alasan mempromosi unsur-unsur perjudian. Pada tahun 2001, kesemua produk Pokémon telah diharamkan kerana dipercayai mempromosikan perjudian, Zionism serta unsur keagamaan lain yang dianggap sensitif. Ia juga turut dipercayai memaparkan lambang salib dan juga “The Star of David” yang dianggap mensyirikkan. Terdapat fakta menarik dimana pada tahun 1999, dua kanak-kanak berumur 9 tahun telah menyaman syarikat Nintendo kerana telah mengakibatkan mereka memiliki masalah berjudi hasil daripada bermain permainan Pokémon Trading Card.

8. CARMAGEDDON

Game ini telah diharamkan di negara Brazil, German dan juga United Kingdom. Sebab diharamkan kerana mempunyai unsur-unsur ganas yang dipercayai boleh menggalakkan pelakuan ganas dalam kalangan pemain. Game tersebut memerlukan pemain memandu kenderaan dan melanggar pejalan kaki menggunakan kereta untuk mendapat point. Mungkin pencipta game ini mempunyai fantasi untuk melanggar pejalan kaki semasa memandu. Walaupun diharamkan di beberapa negara, game ini dapat dijual di negara-negara lain selepas karakter pejalan kaki itu ditukarkan kepada karakter ‘non-human’ seperti zombie dan juga robot. Tetapi di negara Portugal dan juga Australia, Carmageddon berjaya dijual dalam versi asal.

7. FOOTBALL MANAGER 2005

Siapa sangka game bola juga turut diharamkan, tetapi hanya diharamkan di China sahaja. Permainan video ini selalu mempunyai isu-isu kecil berkaitan copyright tapi tak ada lah sampai kena banned dekat mana-mana. Tapi di China, Football Manager 2005 diharamkan kerana telah memaparkan daerah Tibet serta Taiwan sebagai negara yang asing daripada China. Jadi game tersebut dilihat telah melanggar serta memburukkan kedaulatan negara China. Mungkin ada yang pelik dan cakap Taiwan adalah negara yang asing dari China, tetapi kerajaan China pada ketika itu mempunyai isu tentang teritory Taiwan ini dan menganggap Taiwan adalah sebahagian daripada China. 

6. LEFT 4 DEAD 2

Bagi korang yang main game, mungkin boleh bersyukur sebab undang-undang di negara kita tidak ketat seperti negara Australia. Game ini kena banned dekat Australia sebab tak melepasi tapisan visual yang dibenarkan. Untuk pengetahuan, Left 4 Dead 2 mempunyai rating R18+ yang sesuai dimainkan oleh golongan dewasa. Jadi takkan lah game yang mempunyai unsur ganas yang tidak melampau dan sesuai dimainkan oleh orang dewasa tak lepas tapisan di Australia. Rupanya Australia tidak membenarkan game yang memiliki rating lebih daripada MA15+. Pengharaman game Left 4 Dead 2 di Australia telah mengakibatkan sebanyak 170 orang melakukan tunjuk perasaan dengan tema “Epic Zombie Lurch” di Sydney pada 14 November 2009. 

5. BULLY (CANIS CANEM)

Kalau siapa yang pernah main game ‘Bully’ ni tahu lah yang game ni sebenarnya tak ada kaitan pun dengan aktiviti membuli. Jadi game ini adalah mangsa kepada kata-kata ‘judge a book by its cover.’ Game tersebut telah dituduh mempromosi dan menggalakkan gejala buli di sekolah hanya berdasarkan daripada gambar hiasan game itu termasuk tajuknya. Sebenarnya game ini lebih kepada prank di sekolah serta memaparkan tekanan untuk ‘fit in’ dalam sekolah. Game ini telah diharamkan di negara Brazil, United Kingdom, serta Amerika Syarikat. Di Brazil, sekiranya ditangkap menjual game ini, maka akan di denda sebanyak 1,000 Brazillian Real (matawang Brazil).

4. GTA: SAN ANDREAS

Siri game The Grand Theft Auto (GTA) sememangnya sebuah permainan video yang penuh dengan kontroversi. Tema game tersebut adalah rompakan, aksi keganasan serta dadah. Dalam siri GTA: San Andreas, terdapat satu ‘mini game’ yang dikenali sebagai ‘Hot Coffee.’ ia dikatakan agak sukar dicari di dalam peta game tersebut, tetapi sekiranya jumpa para pemain akan dipaparkan dengan satu andengan seksual antara dua karakter di dalam game itu. Bila hal ini diketahui umum, makan ia terus kena banned di negara Australia dan Amerika Syarikat. Versi yang tidak memaparkan adegan ‘Hot Coffee’ dikeluarkan tak lama selepas itu. 

3. CALL OF DUTY

Kebanyakan game perang-perang mesti akan diselitkan dengan storyline peperangan lampau yang pernah berlaku, di mana ramai gamers muda tak tahu pun pasal perang-perang tu. Tapi dalam siri game COD: Modern Warfare, pemain diperkenalkan dengan konflik peperangan zaman moden. Dalam game COD4: Modern Warfare, terdapat grafik di mana pemain membunuh askar Islam, yang membawa kepada pengharaman game tersebut di negara Arab Saudi dan UAE. Modern Warfare 2 pula telah dikritik hebat di Rusia kerana membenarkan pemain memegang karakter ‘Russian terrorist’ dan membunuh orang awam, dan COD: Black Ops pula dikecam di negara Cuba kerana mempunyai pasukan khas yang cuba membunuh Fidel Castro.

2. POSTAL

Siri Game ini telah diharamkan di 13 buah negara termasuk Australia, New Zealand, Sweden, dan juga Malaysia. Sebab diharamkan? Game ini memaparkan aksi-aksi ganas serta paparan dadah, dan juga rujukan terhadap terrorist. Dalam game ini, pemain boleh membunuh orang awam dan juga tentera, tetapi developer game ini membuktikan bahawa misi game ini boleh diselesaikan tanpa membunuh siapa-siapa.

1. MANHUNT

Permainan video yang ganas kebiasaannya melepasi tapisan kerana ia tidak mengambarkan keadaan sebenar, dan juga tidak mengandungi grafik yang terlalu ganas. Tetapi bagi game Manhunt, game ini memaparkan aksi pembunuhan ganas karakter game menggunakan objek-objek yang boleh didapati di rumah. Game ini turut memberi arahan jelas tentang bagaimana cara untuk melakukan pembunuhan tersebut. Maka, game ini telah diharamkan di beberapa buah negara termasuk Jerman, New Zealand, United Kingdom, dan juga menjadi game pertama yang diharamkan di Ireland.

KATALAKI: Korang pernah main video game yang mana dalam senarai tu?

Last modified: 3 July 2020